Monday, July 25, 2011

  



   SELAMAT DATANG KE BLOG INI

 'Orang yang sihat mempunyai berbagai-bagai     keinginan, tapi orang sakit hanya ada satu
         keinginan iaitu, sihat'




 
Hai, Assalamualaikum,
Semua pembaca  yang budiman,

            Saya , Abu Syafie Mnoor ,  menetap di Klang Selangor, , ingin berkongsi info dengan semua pembaca mengenai hal-hal kesihatan. Ini adalah kerana minat saya mendalam dalam hal ini kerana bagi saya info kesihatan amat berguna untuk diri kita sendiri, anak isteri bahkan semua makhluk samada manusia mahu pun haiwan.  Kerana dengan kesihatan yang baik sahaja kita dapat mengharungi segala macam ragam hidup ini ataupun memenuhi tuntutan agama kita. Misalnya jika  ingin berkerja menyara anak isteri ,kita perlukan badan yang sihat atau fikiran yang waras. Tanpanya, kita tidak dapat menunaikan tanggungjawab kita, bahkan jika  diri kita terlantar, maka orang lain pula yang terpaksa menanggung kita. Oleh itu kesihatan amat penting untuk kita menjalani hidup yang sempurna.


              Jika kita sakit, misalnya kencing manis, kita tidak dapat melakukan atau makan-minum sebarangan. Takut jumlah gula kita akan naik. Orang yang sihat boleh melakukan bermacam-macam benda. Boleh berkerja, bermain, berjalan-jalan atau apa saja yang ia mahu lakukan. Tetapi orang yang sakit tidak, dia hanya mahu satu saja , iaitu sembuh daripada  sakitnya.


            Biasanya sedang kita sihat kita selalu lupa dan lalai menjaga kesihatan kita. Makan berlebihan, tiada senaman, dan tidak pedulikan apa-apa. Tetapi apabila sakit telah datang, mulalah kita mencari-cari penawarnya. Ada yang jumpa, tak kurang juga yang terus menanggung kesakitan sehingga akhirnya membawa kepada maut. Tidak jarang kita kita berjumpa mereka yang mati sebelah badannya. kaki yang di potong, rambut yang gugur, dan bermacam-macam lagi. Ini semua adalah kerana kerosakan atau gangguan terhadap organ2 badan tertentu yang telah sampai ketahap yang kronik. 

               Pertama, saya ingin memperkenalkan apa itu Radikal Bebas. Apa hubungannya dengan tahap kesihatan kita, dari mana ia berpunca dan bagaimana cara untuk menghindar atau mengnyahkannya dari tubuh badan kita.

              Seterusnya saya ada menyediakan koleksi info2 kesihatan . Sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah memberi nama dan emel seperti dibawah sekali nanti.




           








APAKAH  PUNCA  PENYAKIT?



 


RADIKAL BEBAS PUNCA SAKIT KRONIK:


             Saintis percaya ,kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah  kesihatan kronik.  

             Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan  dan meningkat risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis , artritis dan kanser
             Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari.



APAKAH RADIKAL BEBAS?

Radikal bebas adalah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.


           Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron pasangan. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.
          Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul keda ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.
          Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.
         


DARI MANA DATANGNYA RADIKAL BEBAS?:


Radikal dikenal pasti datang dari beberapa sumber iaitu:
1)  Makanan tidak sihat - makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar.
2)  minuman beralkohol
3)  rokok- sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trillion radikal bebas kedalam sisten peredaran darah.
4)  tekanan - semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.
5)  bahan kimia toksik (seperti racun serangga)
6)  sinaran ultra ungu
7)  pencemaran alam sekitar - pencemaran udara, air  dan makanan




BAGAIMANA MENGIMBANGI RADIKAL BEBAS?

             Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai  penyelidik , terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan yang  mengandungi  'ANTIOKSIDAN'.
            Antioksidan adalah bahan yang dikenalpasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan  mendermakan satu elektron kepada atom radikal bebas.
            Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekaligus melindungi kerosakan sel badan.
          Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semulajadi terutama seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
          Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umum dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik.  Inilah sebabnya kita disaran mengambil 5 hingga 9 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.












ANDA INGIN INFO LEBIH LANJUT?


        Saya berminat mengumpul artikel2 mengenai kesihatan, baik mengenai penyakit2, rawatan2, nasihat2,  petua-petua tradisional, atau apa saja info yang berkaitan dengan kesihatan. Jika pembaca budiman ingin berkongsi info-info tersebut saya  amat alu-alukan. Mungkin pembaca akan mendapat sedikit menafaat daripadanya, yang mana boleh dijadikan panduan dan amalan seharian yang amat berguna. Jikalau tuan/puan mahu melanggannya secara percuma, sila letakkan nama  tuan/puan diruangan di bawah. Saya akan terus menghantar info tersebut terus ke inbox emel tuan/puan. Info-info tersebut sentiasa bertambah dari masa ke semasa:











SILA ISI NAMA DAN E-MEL ANDA DIBAWAH

Name:
Email:


TERIMA KASIH




















ListWire - Free Autoresponders
click here for your free autoresponder