Showing posts with label khasiat. Show all posts
Showing posts with label khasiat. Show all posts

Saturday, May 18, 2013

KHASIAT GREEN TEA/ TEH HIJAU...





Perumpamaan Cina  ada berkata:

“Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum Green Tea”.

Green Tea telah diamalkan di Negeri Cina semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan kebaikan Green Tea untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan. Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan membezakan jenis teh:

-hijau
-hitam
-oolong

Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengwapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.

Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Green Tea antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Green Tea mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.

Secara umum Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.


Kenapa Green Tea Istimewa?

Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wine merah.

Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.

Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.

Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.


Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan .

Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:


1.Membantu mengawal tekanan darah tinggi
· Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

2.Membantu mengawal paras gula darah
· Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah

· Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4.Menguatkan sistem imun
· Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5.Menurunkan paras kolesterol

· Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6.Menggalakkan pembakaran lemah
· Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2). Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadaman


sumber:  meraban.semenyih

Sunday, November 25, 2012

13 CARA MENGHINDARI RISIKO KANSER...



Mengikut hasil kajian Thomas A. Seller dari Pusat Kanser Moffitt, Tampa, USA, 70% daripada penyebab kanser yang diketahui boleh dihindari kerana ia berkait rapat dengan gaya hidup, seperti diet, senaman dan rokok.

Daripada pelbagai hasil kajian, terdapat 13 cara atau strategi yang boleh diamalkan sebagi langkah pencegahan daripada risiko mendapat kanser, iaitu:

1. Tapis air minuman

Menapis air paip di rumah dapat mengurangkan pengambilan bahan karsinogen dan bahan kimia pengganggu hormon yang kemungkinan besar banyak terlarut dalam air paip. Air tapis lebih selamat dan berkualiti berbanding air minum dibotolkan yang jual dikedai. Sebaik-baiknya air minum disimpan dalam bekas logam tanpa karat (stainless steel) atau gelas, tapi jangan simpan air minum dalam bekas atau botol plastik kerana dikhuatiri bahan kimia berbahaya seperti BPA terhakis atau larut daripada botol plastik tersebut.



2. Jangan isi minyak petrol di stesen minyak

Gas yang bebas ke udara selepas mengisi minyak ke dalam tangki mengandungi bahan kimia toksik seperti benzene penyebab kanser. Apabila terhidu atau terkena kulit, ia boleh masuk terus ke dalam paru-paru. Malangnya, perkara ini agak sukar dielakkan kerana kebanyakan stesen minyak adalah layan diri, jadi kita terpaksa mengisi minyak petrol sendiri.



3. Perap daging dengan rempah ratus sebelum dipanggang atau dibakar

Daging diproses, daging panggang atau daging bakar yang hitam mengandungi heterocyckic amines (HCA) dan polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH) yang menjadi penyebab kanser. HCA meningkatkan faktor risiko bagi kanser kolorektal, perut, paru-paru, pankreas, payudara dan prostat. Heterocyclic amines penyebab kanser terbentuk apabila daging dibakar, dipanggang atau dibarbecue pada suhu yang tinggi, manakala polycyclic aromatic hydrocarbon penyebab kanser terbentuk apabila daging dipanggang/dibakar atas arang batu.

Namun begitu, perkara ini boleh diatasi dengan memerap daging dengan bahan-bahan rempah ratus biasa sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dipanggang/dibakar. Antioksidan yang terdapat dalam rempah-ratus ini dapat mengurangkan HCA sebanyak 78% seperti yang dilaporkan oleh penyelidik dari Kansas State University, USA.



4. Minuman berkafein setiap hari

Kajian juga menunjukkan orang yang minum kopi berkafein 5 cawan atau lebih sehari dapat mengurangkan risiko kanser otak sebanyak 40% dan juga kanser farink serta mulut. Dipercayai juga kopi lebih baik daripada teh bagi menghindari kanser.



5. Banyak minum air

Minum banyak air atau minuman lain dapat mengurangkan risiko kanser pundi kencing kerana air dapat mencairkan kepekatan sebatian penyebab kanser dalam air kencing selain daripada membantu pundi kencing mengeluarkan air kencing dengan cepat kerana ia cepat penuh dan perlu dikeluarkan. Dicadangkan supaya kita minum air sekurang-kurangnya 8 cawan sehari.



6. Makan sayuran hijau

Makan sayuran yang hijau pekat adalah lebih baik kerana ia mengandungi lebih banyak klorofil dan magnesium yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon. Magnesium mempengaruhi fungsi isyarat kepada sel untuk membahagi, di mana jika jumlah magnesium kurang, kemungkinan sel-sel membahagi tanpa kawalan, maka jadilah kanser.



Contoh: 1/2 cawan bayam dimasak mengandungi 75 mg magnesium iaitu 20% daripada keperluan harian.

7. Brazil nut sebagai makanan ringan


Brazil nut adalah sumber selenium iaitu antioksida yang dapat mengurangkan risiko kanser pundi kencing pada wanita. Kajian juga menunjukkan orang yang mempunyai kandungan selenium yang tinggi dalam darah mempunyai kadar kematian berpunca daripada kanser paru-paru dan kolorektum yang rendah. Ini disebabkan selenium melindungi sel daripada kerosakan oleh radikal bebas, meningkatkan fungsi imun dan membantutkan pembentukan salur darah yang membekalkan tumor kanser.



8. Hindari faktor risiko kanser payudara

Senaman sederhana, seperti jalan cepat selama 2 jam seminggu dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 18%. Jika dilakukan senaman ini secara berterusan, ia dapat membantu membakar lemak yang akhirnya mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.



9. Mengetahui densiti (isipadu) payudara

Densiti payudara dapat diketahui setelah menjalani mamogram. Jika bacaan skor densiti payudara 75% atau lebih, risiko mendapat kanser payudara adalah 4 hingga 5 kali ganda daripada wanita yang mempunyai skor densiti payudara yang rendah. Densiti payudara menjadi tinggi disebabkan oleh paras estrogen yang tinggi. Oleh itu, mengurangkan lemak badan melalui senaman adalah penting bagi mengurangkan faktor risiko kanser dan memberi isyarat kepada protein (seperti adipokines) dan hormon (seperti insulin) memberhentikan proses menggalakkan kanser dalam sel.



10. Hindari kerja dry cleaning menggunakan peluntur perc (perchloroethylene)

Hasil kajian menunjukkan pekerja dry cleaning yang menggunakan bahan peluntur perc (perchloroethylene) adalah berisiko tinggi mendapat kanser hati, ginjal dan leukimia. Oleh itu, jika perlu juga dry cleaning pakaian, carilah kedai dry cleaning yang tidak menggunakan perc. Alternatif lain ialah basuh kain yang lembut (seperti sutera asli) dengan tangan, sabun mandi, atau sidai sahaja. Jika ada tompok kotor pada pakaian, sental tempat yang ada kotoran itu dengan cuka makan untuk menghilangkannya.



11. Jauhi risiko kesan telefon bimbit

Gunakan telefon bimbit untuk bercakap sekejap sahaja dan lebihkan guna pesanan ringkas (sms). Jika perlu bercakap lama, gunakan alatan hand-free yang jauh dari kepala. Ini kerana gelombang radio dari telefon bimbit meningkatkan risiko kanser otak (walaupun perkara ini kerap dinafikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi).

12. Gunakan pakaian berwarna di bawah sinar matahari

Jika keluar rumah, pilihlah pakaian berwarna-warni bagi melindungi kulit daripada risiko kanser kulit. Pakaian berwarna biru dan merah dapat melindungi kulit daripada sinar UV lebih baik daripada pakaian berwarna putih dan kuning.

13. Ambil makanan yang berkhasiat


Di antara makanan yang berkhasiat yang dicadangkan termasuklah:

a. Makan daging atau ayam yang tidak ada antibiotik dan hormon tambahan kerana ini akan menyebabkan masalah sistem endokrina, termasuk juga kanser.

b. Makan sayuran dan buah-buahan yang ditanam tanpa menggunakan racun makhluk perosak. Sekurang-kurangnya terdapat 40 jenis karsinogen dalam racun makhluk perosak.

c. Makan banyak buah-buahan dan sayuran dari pelbagai jenis.

d. Pilih makanan yang dikenali dapat melawan kanser, contohnya:

* Beta carotene - keledek merah mengandungi beta-carotene 2 kali ganda lebih daripada lobak merah.

* Beta-cryptoxanthin - 1 hidangan betik mengandungi beta-cryptoxanthin 11 kali ganda lebih daripada oren segar, dan 6 kali ganda lebih daripada secawan jus oren.

* Lutein/zeaxanthin - Kale yang dimasak mengandungi lutein/zeaxanthin 7 kali ganda lebih daripada bayam segar.

Kale

* Ellagic acid - raspberry segar mengandungi ellagic acid 3 kali ganda lebih daripada strawberry.

* Glucosinolates - 1/2 cawan brussel sprout mengandungi glucosinolates (sebatian melawan kanser) 4 kali ganda lebih daripada 1/2 cawan broccoli.

Brussel sprouts


sumber: sitik's