Beberapa jenis ubat kolesterol
Masalah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah merupakan masalah universal sekarang ini, termasuk juga bagi penduduk di negara ini.
Sebagaimana kita semua tahu, paras jumlah kolesterol yang tinggi akan menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung dan strok. Bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, doktor akan memberi mereka beberapa jenis ubat untuk turunkan paras kolesterol dalam darah. Ubat-ubat ini agak berkesan.
Persoalannya, adakah ubat yang menurunkan paras kolesterol (dikenali sebagai statin) ini memberi kesan sampingan yang berbahaya jika ia kerap diambil?
Mengikut kajian terkini Dr. Muldoon dari Pittsburgh , pengambilan statin seperti Zocor, Lipitor, Pravackol dan Mevacor secara berterusan akan menyebabkan lemah atau sakit otot, di samping risiko lain seperti memberi kesan kepada fungsi otak dan sistem saraf pusat, termasuk masalah kognitif. Jika terdapat kesan-kesan ini, pengambilan statin perlulah dihentikan serta merta.
Bagi mengelakkan semua risiko ini, sebaik-baiknya jangan makan ubat ini tetapi gunakan kaedah alternatif lain, seperti menjaga pemakanan dengan hanya mengambil jenis-jenis makanan yang telah dikenalpasti dapat menurunkan paras kolesterol, di samping senaman dan tabiat harian yang lain. Walaupun penurunannya agak perlahan, ia perlu dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki.
______________________________________________________
Satu testimoni:
Pokmat Ukah Pokok Nyoor ambo adalah bekas pesakit stroke ringan pada tahun 2008 akibat kolestrol tinggi 9.8 yg menyebaakan saluran darah tersumbat.. guna ubat statin ni & ambo jadi debar knalin sokmo2.. pah ambo breti lalau ikut caro alternatif ambo make buah nenas jah hari2 .. keputusan terkini kolesterol dalam darah ambo kekal dlm linbgkungan 4 - 5 sahaja loni...Alhamdulillah syukur... slamat mencuba..
(yang saya ambil dari komen beliau di FB group Tumpat pada 24/2/12)

No comments:
Post a Comment