Sakit kepala, memang menyakitkan....
Lebih daripada 10 juta rakyat Malaysia bukan hanya mendapat sakit kepala, tetapi mereka juga mengalaminya berkali-kali. Sesetengah orang dilahirkan dengan biologi yang membuat mereka terdedah kepada sakit kepala. Kebanyakannya adalah berupa ketegangan (tension), yang mencakupi 90% daripada semua sakit kepala. Kesakitan ini biasanya merangkumi seluruh kepala, dan anda mungkin merasa sakit yang amat sangat.

Tetapi kira-kira 6 juta orang mengalami migrain, yang lebih teruk lagi. Migrain adalah penyakit kompleks yang menyebabkan kesakitan yang teruk , biasanya terletak di sebelah kepala, sering disertai dengan loya dan sensitiviti cahaya dan bunyi bising, dan gejala-gejala lain. Banyak perkara yang boleh menyebabkan serangan migrain, termasuk perubahan paras hormon, tabiat makan atau tidur, dehidrasi, tekanan, perubahan cuaca dan sebagainya.
Apabila anda berada dalam kesakitan, dan pil penahan sakit tidak memberi kesan, cuba pil penahan sakit semula jadi ini.
Sakit kepala tidak menyeronokkan untuk sesiapa sahaja dan terutama bagi penghidap migrain. Ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen, naproxen, atau acetaminophen boleh membantu, tetapi anda harus berhati-hati agar tidak berlebihan, kerana ia boleh membawa kepada kesan buruk. Berikut adalah rawatan rumah yang terbaik untuk mencegah sakit kepala dan membantu mereka agar sentiasa sihat.

Elakkan MSG
Monosodium glutamate (MSG) boleh menimbulkan rasa pedas atau perisa dalam sup , tetapi jika anda salah seorang daripada orang yang sensitif terhadap penambah perisa ini , ia juga mungkin membawa kepada sakit kepala. Seperti lain-lain penyebab sakit kepala, MSG menyerang dengan mengembangkan saluran darah dan saraf di dalam otak. Jika anda mendapat sakit kepala dan gejala-gejala lain daripada MSG, pastikan ia ditinggalkan apabila anda memesan makanan berupa sup . Banyak barangan berpakej juga mengandungi MSG , jadi bacalah label dengan teliti . Namun nama seperti protein terhidrolisis, glutamat, dan kaseinat, semuanya adalah MSG dalam samaran.

Hot fudge sundae
Elakkan Amina dan Nitrat:
Sundae panas (hot fudge sundae) mungkin kedengaran indah , tetapi ia juga boleh menjadi mimpi ngeri bagi penghidap migrain. Coklat, yang mengandungi sebatian amina yang dipanggil phenylethylamine, boleh menyebabkan saluran darah untuk mencerut, kemudian melebar, yang boleh mencetuskan sakit kepala. Yang paling teruk daripada amina mungkin tyramine, asid amino yang ditemui dalam keju lama , herring jeruk, dan hati. Lain-lain makanan yang mengandungi amina termasuk roti yis buatan sendiri, kacang lima, dan snow peas. Nitrat, sebatian yang biasa dijumpai dalam produk daging diproses seperti hot dog , dan salami, juga mengembangkan saluran darah dan boleh membawa kepada sakit kepala.

Minyak ikan
Satu kajian kecil di Universiti Cincinnati mendapati bahawa mengambil kapsul minyak ikan mengurangkan kekerapan dan keterukan migrain, berbanding dengan mengambil plasebo. Walaupun masih awal, penemuan ini menambah bukti manfaat daripada omega-3 asid lemak dalam ikan. Anda juga boleh makan bersamaan 2 auns lemak ikan setiap hari untuk meraih khasiatnya.
Mandian Hangat
Mandian air hangat yang menenangkan ini dengan ditambah satu sudu kecil biji sawi (digunakan dalam masakan; boleh didapati di kedai-kedai runcit) boleh membantu anda memulihkan sakit kepala. Air panas menyebabkan badan anda mengagihkan semula darah dari kepala yang berdenyut ke seluruh badan . Pada masa yang sama, minyak pati biji sawi merangsang kulit, mengalihkan perhatian anda daripada sakit kepala.
Halia
Herba wangi ini menghalang bahan yang dipanggil A2 thromboxane, yang menghalang pembebasan bahan yang menyebabkan saluran darah mengembang. Dalam erti kata lain, ia boleh membantu memastikan darah mengalir pada tahap yang lebih mantap, yang penting dalam pencegahan migrain. Parut halia segar dan jadikan jus, , gunakan halia segar atau serbuk seperti apabila anda memasak.
Pensil
Apabila anda tertekan atau cemas tanpa disedari ,anda mengancing gigi; ini menyebabkan ketegangan otot di rahang dan boleh mencetuskan sakit kepala . Satu penyelesaian: Letakkan pensel di antara gigi tetapi tidak menggigit. Anda secara automatik merehatkan otot rahang daripada menjadi tegang , yang boleh menghalang kesakitan.

Berdiri lurus
Postur (kedudukan) yang salah akan mewujudkan ketegangan otot yang memberikan tekanan ke atas saraf yang menyebabkan sakit kepala. Bagi orang yang bekerja dengan komputer, masalah postur yang dipanggil postur kepala ke hadapan boleh timbul . Setiap inci kepala anda bergerak ke hadapan berasa seperti 5 kg tambahan kepada otot-otot di bahagian atas belakang dan leher anda,. Cuba teknik ini untuk membetulkan postur kepala ke hadapan: Jajarkan mata anda di atas bahu anda. Apabila anda melakukan ini, anda secara automatik akan meluruskan.
Perhatikan Pengambilan Kafein:
Jika anda minum kafein yang terlalu banyak –tiga kali atau lebih sehari,
boleh menyebabkan atau memburukkan lagi sakit kepala anda. Selain itu, tiba-tiba berhenti dari mengambil kafein juga akan membawa kepada sakit kepala. Tetapi jika anda bukan seorang pengguna kafein biasa, satu cawan kafein adalah baik untuk
melegakan sakit kepala dengan mengecutkan saluran darah .
. Ia juga meningkatkan keberkesanan ubat penahan sakit , yang mana, mengapa ia dijumpai dalam kebanyakan ubat sakit kepala.
Magnesium
Cuba ambil magnesium (200 hingga 400 mg) untuk mengurangkan ketegangan otot dan kekejangan.. Pastikan makanan tambahan itu mengandungi sekurang-kurangnya 200 mg magnesium unsur yang aktif. Sebab magnesium adalah lebih kepada pencegahan daripada merawat . Katakan, sakit kepala prahaid, di mana anda boleh menjangka bila ia datang dan anda boleh mengambil satu dos sehari lebih awal. Mereka yang mempunyai masalah buah pinggang perlu berunding dengan seorang pengamal penjagaan kesihatan sebelum mengambil magnesium.
From the Editors of Prevention
No comments:
Post a Comment