Thursday, December 27, 2012
RAWATAN ALTERNATIF BAGI MATA BENGKAK...
Kadang-kadang selepas bangun tidur kita didapati mata bengkak atau sembab tanpa diketahui sebabnya. Biasanya, mata bengkak ini disebabkan oleh alergi, tidak cukup tidur, terlalu banyak kerja atau tersilap makan.
Di antara rawatan alternatif yang disarankan bagi mengurangkan ataau meredakan bengkak mata ialah:
1. Sudu makan
- Lalukan belakang sudu makan dengan air batu cair, kemudian letakkan belakang sudu ini di atas mata yang bengkak selama 30 saat bagi setiap mata.
2. Peti sejuk
- Jika anda bangun tidur dengan mata yang bengkak, buka pintu peti sejuk dan masukkan kepala ke dalamnya selama 30 saat.
3. Krim hemorrhoid
- Sapukan krim ini di atas mata yang bengkak.
4. Timun
- Hiris timun sederhana nipisnya. Letakkan hirisan timun di atas mata yang bengkak selama 15-20 minit.
5. Teh hijau atau teh hitam
- Selepas rendam air teh, perah beg teh yang telah sejuk dan letakkan di atas mata yang bengkak selama 15 minit. Lakukan ini sambil baring.
sumber: sitik's
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment