Monday, January 28, 2013

TAHUKAH ANDA?




Mee segera mengandungi lapisan lilin

Tahukah anda mee segera mengandungi lapisan lilin (wax coating) yang juga digunakan dalam pembuatan bekas styrofoam. Lapisan lilin inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain semasa di masak.

Badan kita memerlukan masa 2 hari untuk membersihkan atau menyingkirkan lilin ini. Oleh itu, pastikan anda tidak makan mee segera sekurang-kurangnya 3 hari selepas setiap kali memakannya. Sebaik-baiknya, jangan biasakan makan mee segera, walaupun perut lapar...

Perhatian: Lilin ini adalah karsinogen iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser.



Sumber

Wednesday, January 23, 2013

MAKANAN YANG CEPATKAN PROSES PENUAAN...

Bagi yang prihatin dengan penuaan, anda perlu tahu beberapa perkara di bawah......

Bagi sesetengah orang, proses penuaan merupakan suatu mimpi ngeri, terutamanya bagi mereka yang sangat mementingkan kecantikan fizikal (luaran). Proses penuaan merupakan proses semulajadi yang tidak mungkin boleh dielakkan, tetapi ia boleh diperlahankan dengan pemilihan makanan yang betul dan seimbang (melainkan menjalani pembedahan plastik untuk kecantikan yang mana diharamkan dalam Islam).

Pada asasnya, makanan yang bahaya (yang banyak menyumbang) kepada paras gula dalam darah akan menyebabkan proses penuaan yang cepat, termasuklah kulit berkedut dan sendi-sendi yang sakit atau bermasalah. Pengurangan pengambilan makanan yang menyebabkan cepatnya proses penuaan ini dapat mengurangkan ketuaan dan sentiasa awet muda di mana seseorang itu kelihatan 5-10 tahun lebih muda daripada umur yang sebenar.

Oleh itu, pilihlah makanan yang sesuai yang dapat mengurangkan proses penuaan yang cepat iaitu proses glycation, keradangan (inflammation) dan pengoksidanan.

Di antara tanda penuaan ialah kulit berkedut, rambut semakin menipis atau botak, fungsi organ-organ yang menurun, sendi-sendi yang sakit, dsb.

Makanan yang tidak baik yang mana mempercepatkan proses penuaan, termasuklah:

1. Makanan berasaskan gandum



a. Ini berkaitan dengan proses glycation dalam badan dan bahan yang dinamakan Advanced glycation End Products (AGEs). Bahan AGEs ini mempercepatkan proses penuaan dan merosakkan organ-organ, sendi dan menjadikan kulit berkedut.

Apakah faktor yang meningkatkan AGEs?


Paras gula yang tinggi dalam darah didapati mempercepatkan lagi pertambahan bahan AGEs ini dalam badan. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan pesakit diabetes kelihatan lebih tua daripada umur sebenarnya.

Apa kaitannya dengan makanan yang mengandungi gandum?

* Gandum mengandungi karbohidrat khusus yang dinamakan Amylopectin-A, yang didapati mempercepatkan peningkatan paras gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat daripada bahan makanan yang lain. Ini bermakna, makanan berasaskan gandum (seperti roti, bijirin daripada gandum, muffin, dsb.) akan meninggikan paras gula dalam darah.

* Gandum juga mengandungi gluten iaitu bahan yang memberi kesan buruk atau mengganggu kesihatan.

Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan yang berasaskan gandum.

b. Produk roti dari gandum yang dibakar sehingga berwarna coklat tua/hangus/berkerak

Produk ini mengandungi bahan kimia karsinogen iaitu acrylamides yang dikaitkan dengan risiko kanser dan mempercepatkan proses penuaan.

Selain itu, acrylamides juga didapati tinggi dalam sumber karbohidrat lain yang juga dibakar atau digoreng terlalu garing dan hampir hangus, seperti kentang goreng yang terlalu garing.

Namun begitu, bahan acrylamides berkarsinogen ini dapat dibasmi dengan pengambilan makanan yang betul yang boleh melawannya.



2. Makanan yang boleh menyebabkan keradangan pula ialah bahan yang berasaskan jagung (termasuklah bijirin (emping) jagung, corn chips, sirap jagung, dsb.), minyak kacang soya, minyak sayuran lain yang mengandungi lemak yang diproses, dan gula berlebihan (dalam bentuk gula-gula, kek, minuman bergas yang manis, dsb.).

Apakah makanan yang boleh melawan semua ini?

Jawabnya tentulah makanan yang banyak mengandungi antioksidan, seperti:

* Herba
* Tea
* Rempah ratus

Kebaikan makanan-makanan ini ialah:

* Dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan yang cepat ke atas kulit, organ, otot, sendi, dsb. dengan cara meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan. Ini akan dapat mengawal paras gula dalam darah.

* Mengurangkan bahaya keradangan dalam badan.

* Menseimbangkan hormon dalam badan.

* Meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan.

Hasilnya, pengamal pemakanan yang dinyatakan di atas akan kelihatan lebih muda dan lebih bertenaga, dapat memperbaiki tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, kurang risiko kanser dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan penuaan.

Tq: sitik's

Sumber

Tuesday, January 22, 2013

5 MAKANAN UTAMA PERLU DALAM DIET...

Kita mungkin mengambil sebarang makanan yang asalkan sedap dan mengenyangkan. Tapi beberapa hal di bawah perlu anda ketahui juga.....

5 makanan utama berikut merupakan makanan yang banyak mengandungi nutrien yang sangat diperlukan oleh badan, iaitu asid lemak omega-3, zink, lycopene, magnesium, 8 vitamins, folat, antioksidan, vitamin E dan boron. Kandungan nutrien ini membantu fungsi sistem pembiakan (lelaki dan wanita), menghindari kanser prostat dan mengurangkan penyakit kardiovaskular, dan lain-lain kebaikan.

5 makanan utama tersebut ialah:


* Ikan berlemak

* Oat (whole oat)

* Tomato

* Cendawan / kulat

* Siput




tk kpd: sitik's

Sumber

Friday, January 18, 2013

KELEBIHAN SARAPAN PAGI DENGAN BUAH-BUAHAN....


sihat Fresh Fruit

Sarapan pagi
dengan buah-buahan nampak pelik dan kelihatan tak normal bagi kita di tanah Malaysia ini. Tapi ada beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenainya.....

* Di antara pukul 7-11 pagi, badan kita sedang aktif melakukan penyahtoksikan. Oleh itu, jika makan buah-buahan, yang tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk penghadaman, pada waktu ini dapat memastikan tenaga yang ada digunakan untuk penyaktoksikan badan dan tidak dibazirkan untuk menghadamkan makanan berlemak tinggi yang diambil semasa sarapan.

* Makan buah-buahan semasa sarapan pagi adalah cara yang baik untuk "berbuka" setelah semalaman perut berpuasa kerana buah-buahan tidak memberi tekanan yang mengejut kepada sistem penghadaman dan metabolisme badan, berbanding jika perut menerima makanan berat yang berlemak semasa sarapan.

* Buah-buahan mengandungi fiber yang boleh mencuci kolon, dengan itu memudahkan membuang air besar pada waktu pagi. Ini akan menyebabkan badan terasa segar dan ringan.

* Jika makan buah-buahan dengan cukup untuk sarapan pagi, kita tidak perlu minum kopi kerana gula semulajadi yang terkandung dalam buah-buahan sudah cukup untuk memberi tenaga dan otak yang cerdas.

* Orang yang mengamalkan makan buah-buahan untuk sarapan pagi biasanya mempunyai badan yang langsing, slim, sihat dan lebih produktif sepanjang hari.

Jadi, adakah anda mahu mencuba mendapatkan khasiatnya?

sumber: sitik's

Saturday, January 12, 2013

MANIS YANG BAHAYA....





Badan manusia
dijadikan tidak memerlukan banyak gula, namun begitu sebahagian besar makanan kita terdiri daripada gula kerana makanan berkarbohidrat juga akhirnya akan menghasilkan gula ringkas.

Sebenarnya
gula tidak mempunyai fiber, mineral, protein, lemak atau enzim. Oleh itu, badan perlu mendapatkan zat-zat ini dari sel yang sihat untuk membolehkan gula dimetabolismakan, seperti meminjam kalsium, sodium, potasium dan magnesium dari bahagian badan yang lain.
Ini akan mengakibatkan osteoporosis, gigi berlubang/reput, penyakit gusi, menjadikan darah lebih pekat dan likat yang menyebabkan proses penyerapan terganggu. Gula juga meningkatkan risiko diabetes, batu karang hempedu dan obes (terlalu gemuk).

Gula sirap jagung
pun mengandungi kandungan yang hampir serupa dengan gula pasir. Pengambilan gula tanpa kawalan juga dikaitkan dengan penyakit jantung, darah tinggi dan beberapa jenis kanser biasa.

Gula pasir putih sebenarnya bukan makanan tetapi ia lebih kepada bahan kimia tulen yang diekstrak dari tumbuhan, yang kandungannya menyerupai kokain.

Jumlah pengambilan gula yang sesuai ialah 2-4 sudu teh sehari, manakala setin minuman bergas mengandungi 11 sudu teh gula.

Apakah kesan gula ke atas sistem badan kita?


1. Gula menekan sistem imun badan


Contoh,
sebotol coke atau gula-gula akan menurunkan keupayaan sistem imun badan buat sementara waktu, sehingga beberapa jam lamanya. Bayangkan jika dalam sehari kita minum lebih daripada itu.

2. Gula menggalakkan keradangan


Makanan bergula memberi tenaga yang berlebihan dan menggalakkan berlakunya keradangan, yang mana akhirnya gula ini menggalakkan pula proses penuaan dan penyakit.

3. Gula menekan pengeluaran hormon tumbesaran manusia


Hormon tumbesaran manusia ini bukan sahaja diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar dengan normal tetapi juga diperlukan oleh orang dewasa bagi memperlahankan proses penuaan.
Biasanya hormon tumbesaran ini dirembeskan secara semulajadi oleh abdan. Disebabkan gula yang berlebihan akan menekan pengeluaran hormon tumbesaran, maka perlulah kita hindari makanan yang mengandungi gula yang tinggi supaya proses tumbesaran kanak-kanak tidak terganggu dan proses penuaan dapat diperlahankan.

4. Gula menggalakkan Glycation

Glycation ialah proses di mana molekul gula melekat kepada molekul protein dan lemak dalam saluran darah. Pelekatan ini akan menghasilkan sebatian toksik yang dinamakan Advanced glycation end product (AGEs) yang mempercepatkan proses penuaan, dan kerosakan yang terjadi ini tidak boleh diperbaiki lagi.

5. Gula menaikkan paras insulin

Pengambilan gula (sama ada dari makanan atau minuman) akan meningkatkan paras gula dalam darah secara mendadak. Selepas itu, pankreas akan mendapat isyarat bagi merembeskan banyak insulin bagi membantu menyingkirkan gula dari saluran darah ke sel. Apabila paras gula dalam darah menurun, paras insulin akan kembali normal.
Apabila keadaan begini sering berlaku (selalu mengambil makanan bergula secara berlebihan), pankreas akan terus mengeluarkan insulin, sehinggalah ke satu tahap di mana ia berhenti mengeluarkan insulin dan tidak respon lagi kepada keperluan menyingkirkan gula dalam darah. Pada masa ini, bermulalah penyakit kencing manis (diabetes) dan perlukan suntikan insulin.

Memandangkan betapa bahayanya pengambilan gula yang berlebihan, jadi sebagai langkah pencegahan "Kurangkan gula dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman".... wallahu a'lam.



via: sitik's

Sumber 1, 2

Sunday, January 6, 2013

PENYEBAB SEBENAR PENGUMPULAN LEMAK DI PERUT





Semakin umur meningkat,
pengumpulan lemak di perut semakin menebal, seperti tidak mampu dielakkan lagi oleh kebanyakan kita. Umum juga mengetahui, pengumpulan lemak ini berkait rapat dengan proses metabolisma badan yang semakin berkurangan. Namun begitu, banyak lagi sebab lain yang menjadi punca kepada pengumpulan lemak di badan, terutamanya di bahagian perut dan pinggang.



Mari kita amati apakah penyebab sebenar atau penyebab asas bagi pengumpulan lemak di bahagian perut, di antaranya ialah:

1. Makan tidak sesuai dengan bentuk badan

Bentuk badan berlainan memerlukan jenis atau rancangan pemakanan yang berbeza. Oleh itu, sesuaikan jenis makanan yang diambil dengan keadaan dan bentuk badan masing-masing (seperti gemuk, kurus, badan orang tua, badan orang muda, dsb.)

2. Pengambilan protein yang salah

Protein berkualiti atau protein berlebihan boleh menghalang keupayaan hati menyimpan lemak. Dengan itu, lebih banyak lemak akan berkumpul di bawah kulit badan.

3.
Senaman yang salah dengan jenis badan

Senaman lasak dan banyak mengeluarkan peluh boleh membakar lemak. Badan pula hanya boleh membakar lemak apabila hormon dirangsang dengan betul.

4. Pengambilan enzim yang kurang daripada makanan

Makanan yang dimasak, diproses, dibasmi kuman (pasteur), dihaluskan (dimurnikan), dan dipanggang menghalang pengambilan enzim daripada makanan tersebut, termasuk enzim pembakar lemak.

5. Pola senaman yang salah

Senaman yang optimum dapat ditentukan dengan mengukur tempoh aktiviti dan pemulihan seseorang itu. Ia berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.

6. Penyimpanan bendalir tersembunyi

Kandungan garam (sodium) yang tersembunyi dalam MSG (perisa tiruan) sebagai kanji makanan yang diubahsuai dan pemanis tiruan boleh mempenagruhi pertambahan berat bendalir dalam badan.

7. Latihan berlebihan

Perlu diingat bahawa pembakaran lemak hanya berlaku 24-48 jam selepas melakukan senaman/latihan fizikal, iaitu semasa rehat dan bukannya semasa melakukan latihan/senaman tersebut. Oleh itu, tidak perlulah melakukan latihan/senaman yang berlebih-lebihan sehingga memudaratkan badan.

8. Halangan kelenjar berfungsi

Alkohol, ubat-ubatan, bahan kimia, dan gula tiruan/buatan dalam makanan boleh menghalang kelenjar dan organ berfungsi dengan baik.

9. Makanan rendah potassium

Potassium membantu menghalang penyimpanan lemak. Oleh itu, pengambilan potassium yang rendah daripada diet akan menyebabkan penyimpanan dan pengumpulan lemak yang banyak.

10. Gula tersembunyi


Gula merangsang pengeluaran insulin dan kehadiran insulin pula menghalang pengeluaran hormon pembakaran lemak. Ini menyebabkan banyak lemak terkumpul di bawah kulit.

11. Stres yang tinggi bersamaan dengan pengeluaran hormon kortisol yang tinggi

Terlalu stres akan menyebabkan terhasilnya kandungan hormon kortisol yang tinggi juga, yang mana ini akan menghalang hormon pembakaran lemak berfungsi, yang akhirnya akan menyebabkan banyak lemak terkumpul.

12. Tidak cukup tidur dan tidur tak berkualiti


Pembakaran lemak berlaku semasa tidur nyenyak, bukannya pada waktu siang ahri. Oleh itu, tidur yang cukup (lebih kurang 7 jam) dan nyenyak (berkualiti) sangat penting bagi membolehkan badan membakar lemak-lemak yang tidak dikehendaki.

13. Gangguan persekitaran ke atas sistem endokrina


Gangguan dari persekitaran ke atas sistem endokrina dan seterusnya kecekapan pengeluaran hormon boleh menghalang hormon-hormon berfungsi dengan baik, termasuklah hormon bagi pembakaran lemak.

14. Kelaparan atau mengidam makanan


Makanan yang mengandungi nutrien yang tinggi akan menghentikan rasa lapar dan mengidam makanan yang amat sangat. Jika dibiarkan perut lapar, ia akan merangsang pengeluaran kortisol yang memberi kesan seperti dinyatakan di atas.

15. Silap tujuan makan untuk mengurangkan pengambilan kalori (berat badan) bukan untuk kesihatan

Tujuan makan hendaklah dibetulkan supaya makan untuk sihat dan secara tidak langsung menurunkan berat badan, bukannya makan untuk turunkan berat supaya sihat. Tidak semua orang yang berjaya turunkan berat badan itu sihat, sebaliknya orang yang sihat sudah tentulah berat badannya tidak berlebihan atau obes.

Setelah mengetahui penyebab-penyebab sebenar bagi pengumpulan lemak di perut, bolehlah kita bertindak untuk menghindari faktor penyebab ini. Azam yang bersungguh-sungguh dan dilakukan secara konsisten amat perlu bagi mendapatkan hasil yang diidamkan.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan pengumpulan lemak?


Secara amnya, langkah-langkah berikut adalah dicadangkan oleh kebanyakan pakar pemakanan:

1. Pengambilan pil
diet dan perangsang pembakaran lemak (perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu).
2. Kurangkan pengambilan kalori dalam diet - pilih makanan berkalori rendah.
3. Lebihkan senaman.
4. Amalkan pemakanan seimbang dan sederhana banyaknya.
5. Kurangkan selera makan - kurangkan makanan pembuka selera, minum air dan makan buah-buahan sebelum makan nasi.
6. Banyakkan minum air - sekurang-kurang 8 gelas air sehari dan diet sayuran/buah-buahan yang banyak mengandungi air.
7. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng.

Sumber

Thursday, January 3, 2013

HOMOCYSTIENE : PENANDA LAIN BAGI PENYAKIT JANTUNG







Selain daripada kepentingan diet, senaman dan ubat menurunkan paras kolesterol dalam darah, mengetahui paras homocysteine boleh dijadikan sebagai penunjuk yang lebih tepat bagi menentukan penyakit jantung berbanding dengan paras kolesterol sahaja.

Apa itu Homocysteine?


Homocysteine ialah sejenis asid amino. Jika ia tidak dimetaboliskan dengan sempurna, ia akan menjadi radikal bebas dan ia boleh berkumpul di dalam saluran darah yang menjadikannya toksik kepada badan. Radikal bebas ini juga boleh menyebabkan pembekuan darah dan trombosis vena yang dalam. Ini boleh menyebabkan kerosakan arteri, arterosklerosis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronori dan strok. Oleh itu, menjaga paras homocysteine dalam julat yang sihat adalah perlu.

Paras homocysteine boleh diketahui melalui ujian darah yang mudah. Berikut adalah senarai bacaan paras homocysteine dalam darah bagi menentukan kadar risikonya kepada penyakit jantung:

Sihat = <6 br="br"> Risiko rendah = 6-9
Risiko sederhana = 9-12
Risiko tinggi = 12-15
Risiko sangat tinggi = 15-20
Risiko tersangat tinggi = >20

Kenaikan paras homocysteine juga boleh menyebabkan penyakit lain yang berkaitan, seperti hipotiroid, diabetes Type 2, migrain, osteoartritis, artritis reumatoid, fibromialgia, sindrom keletihan kronik, kekurangan magnesium, mati pucuk, leukemia, kanser kolon, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, nyanyuk, depresi, penyakit Crohn dan penyakit keradangan/ulser usus besar (Ulcerative colitis).

Kenapa paras homocysteine meningkat?

Di antara sebabnya ialah:

* Kurang vitamin B - ini akan mengurangkan kecekapan proses metabolisma homocysteine.
* Hormon tiroid yang rendah menyebabkan paras homocysteine meningkat.
* Penyakit buah pinggang.
* Psoriasis
* Minum teh, kopi dan alkohol berlebihan.
* Stres
* Sindrom ketahanan insulin.

Bagaimanakah cara untuk menurunkan paras homocysteine dalam darah secara semulajadi?

Sebelum melakukan apa-apa langkah untuk menurunkan paras homocysteine, perlulah diperiksa paras sebenar homocysteine dalam darah terlebih dahulu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit berkaitan atau berisiko sindrom ketahanan insulin (sindrom metabolisma), penyakit buah pinggang dan psoriasis.

Di antara caranya ialah:

1. Kurangkan minuman berkafein, terutamanya kopi dan teh.

2. Tingkatkan pengambilan vitamin B6, B9 dan B12 melalui suplemen dan juga diet yang kaya dengan vitamin B, seperti daging, bijirin yang diperkaya dengan vitamin B, produk tenusu, telur, ikan, buah-buahan, hati, kacang pea, ayam, nasi, makanan laut, sayur bayam, biji bunga matahari dan walnut.

3. Kurangkan stres melalui senaman fizikal dan minda seperti yoga, tai chi, qigong, solat dan zikir, serta tidur yang cukup dan nyenyak bagi mendapatkan kerehatan badan sepenuhnya.

via: sitik's

Wednesday, January 2, 2013

CARA TIDUR GAMBARKAN PERSONALITI DAN KESIHATAN



Mengikut pendapat seorang pakar bahasa tubuh, Robert Phipps, cara dan posisi tidur menggambarkan mood, aras stres dan personaliti seseorang. Oleh itu, kenalilah posisi kegemaran masing-masing kerana ia mempengaruhi mood dan kehidupan pada keesokan harinya.

Kebiasaannya, terdapat 6 jenis posisi tidur, iaitu:



1. Posisi fetus (janin)

Ini merupakan cara/posisi tidur yang biasa di mana badan mengiring di sebelah dengan kedudukan kedua-dua kaki bengkok seperti janin di dalam rahim dan kedua-dua tangan juga dibengkokkan di atas bantal atau kadang-kadang sebelah tangan di bawah bantal. Posisi ini dianggap paling selesa, mungkin mengikut fitrah manusia, di mana seseorang itu dapat menghilangkan stres semasa tidur setelah bekerja seharian suntuk. Posisi ini paling disukai oleh kaum wanita berbanding lelaki.

Orang yang suka tidur dengan posisi ini selalunya lebih berhati-hati, sangat sensitif, beremosi dan sering berasa bimbang, walaupun kadang-kadang nampak keras secara luaran.

2. Posisi kayu balak


Ini juga merupakan posisi tidur yang biasa di mana badan mengiring di sebelah dengan kaki dan belakang lurus dan tangan diletakkan secara lurus di atas punggung dan paha.

Orang yang suka tidur dengan posisi ini dikatakan mempunyai personaliti sangat degil, suka menjadi ketua, tidak mudah mengalah dan mahu orang lain mengikut caranya sahaja.

3. Posisi perindu

Ini juga adalah posisi mengiring di sebelah dengan belakang lurus dan kaki bengkok sedikit, tangan pula diluruskan ke hadapan.

Orang yang suka tidur dengan posisi ini selalunya sukakan cabaran baru bagi mencapai cita-citanya, setiap hari dianggapnya sebagai permulaan untuk menghadapi cabaran, pemurah apabila percaya kepada seseorang, lambat membuat keputusan tetapi akan tetap dengan keputusan yang dibuatnya.

Ketiga-tiga posisi
di atas (posisi fetus, kayu balak, dan perindu) adalah posisi mengiring, di mana sebaik-baiknya mengiring sebelah kanan badan untuk mengurangkan tekanan ke atas jantung (jantung terletak di sebelah kiri dada). Tidur mengiring juga dapat meningkatkan peredaran darah, mengurangkan pedih ulu hati dan refluks asid perut. Ia juga baik bagi orang yang mengalami masalah tulang belakang bahagian bawah, dan posisi ini memudahkan tidur.

Posisi ini juga dianggap mengikut sunnah di mana posisi ini telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW sejak lebih 1400 tahun dahulu, seperti dalam hadis berikut:

"Al-Barra bin Azib r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW jika akan tidur, baginda mengiring ke sebelah kanan kemudian membaca: (Maksudnya); "Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan mengadapkan wajah ku pada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan."

“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (HR Bukhari dan Muslim)

4. Posisi askar


Ini merupakan posisi terlentang dengan kaki lurus dan tangan juga lurus rapat di sisi badan.

Orang yang tidur dengan posisi ini biasanya pendiam, kurang bersosial, sangat beremosi, setia, dan pentingkan kesempurnaan.

5. Posisi tapak Sulaiman

Ini juga posisi terlentang dengan kaki lurus tetapi tangan terbuka luas atau dikembangkan berdekatan dengan bantal.

Orang yang tidur dengan posisi ini selalunya adalah pendengar yang baik, terbuka kepada idea baru, bersedia membantu orang lain, dan tidak suka menonjolkan diri di khalayak ramai.

Kedua-dua posisi tidur terlentang ini agak kurang selesa pada waktu malam kerana posisi ini boleh menyukarkan tidur, menambah dengkur dan komplikasi bernafas, serta mudah dapat refluks asid perut. Namun begitu, tidur terlentang dapat mengurangkan tekanan ke atas bahu, leher dan tulang belakang, terutamanya tanpa bantal.

Tidur pada posisi ini juga dapat mengurangkan kulit berkedut dan menyokong payudaya pada kedudukan yang betul.

Posisi tidur terlentang juga pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang terdapat dalam hadis berikut:

"Daripada Abbad bi Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di Masjid sambil meletakkan satu kaki diatas yang lain." (HR Bukhari dan Muslim)

6. Posisi meniarap

Tidur meniarap dengan tangan dikembangkan di kiri dan kanan merupakan posisi yang paling tidak selesa. Posisi tidur seperti ini meratakan lengkung semulajadi tulang belakang yang mana akan menambah sakit belakang dan leher. Kebaikannya cuma memudahkan berdengkur dan tidur lena.

Orang yang biasa tidur dengan posisi ini selalunya tidak mampu menangani cabaran yang banyak dalam satu-satu masa, mempunyai perasaan ingin tahu dan sukar mengawal perasaan.

Bagi orang Islam, tidur meniarap ini adalah dilarang, seperti dinyatakan dalam hadis berikut:

“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (HR At- Tirmidzi)

Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (HR Bukhari)

asal:  sitik's
Sumber