Mee segera mengandungi lapisan lilin
Tahukah anda mee segera mengandungi lapisan lilin (wax coating) yang juga digunakan dalam pembuatan bekas styrofoam. Lapisan lilin inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain semasa di masak.
Badan kita memerlukan masa 2 hari untuk membersihkan atau menyingkirkan lilin ini. Oleh itu, pastikan anda tidak makan mee segera sekurang-kurangnya 3 hari selepas setiap kali memakannya. Sebaik-baiknya, jangan biasakan makan mee segera, walaupun perut lapar...
Perhatian: Lilin ini adalah karsinogen iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser.
Sumber
Bagi yang prihatin dengan penuaan, anda perlu tahu beberapa perkara di bawah......
Bagi sesetengah orang, proses penuaan merupakan suatu mimpi ngeri, terutamanya bagi mereka yang sangat mementingkan kecantikan fizikal (luaran). Proses penuaan merupakan proses semulajadi yang tidak mungkin boleh dielakkan, tetapi ia boleh diperlahankan dengan pemilihan makanan yang betul dan seimbang (melainkan menjalani pembedahan plastik untuk kecantikan yang mana diharamkan dalam Islam).
Pada asasnya, makanan yang bahaya (yang banyak menyumbang) kepada paras gula dalam darah akan menyebabkan proses penuaan yang cepat, termasuklah kulit berkedut dan sendi-sendi yang sakit atau bermasalah. Pengurangan pengambilan makanan yang menyebabkan cepatnya proses penuaan ini dapat mengurangkan ketuaan dan sentiasa awet muda di mana seseorang itu kelihatan 5-10 tahun lebih muda daripada umur yang sebenar.
Oleh itu, pilihlah makanan yang sesuai yang dapat mengurangkan proses penuaan yang cepat iaitu proses glycation, keradangan (inflammation) dan pengoksidanan.
Di antara tanda penuaan ialah kulit berkedut, rambut semakin menipis atau botak, fungsi organ-organ yang menurun, sendi-sendi yang sakit, dsb.
Makanan yang tidak baik yang mana mempercepatkan proses penuaan, termasuklah:
1. Makanan berasaskan gandum 
a. Ini berkaitan dengan proses glycation dalam badan dan bahan yang dinamakan Advanced glycation End Products (AGEs). Bahan AGEs ini mempercepatkan proses penuaan dan merosakkan organ-organ, sendi dan menjadikan kulit berkedut.
Apakah faktor yang meningkatkan AGEs?
Paras gula yang tinggi dalam darah didapati mempercepatkan lagi pertambahan bahan AGEs ini dalam badan. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan pesakit diabetes kelihatan lebih tua daripada umur sebenarnya.
Apa kaitannya dengan makanan yang mengandungi gandum?
* Gandum mengandungi karbohidrat khusus yang dinamakan Amylopectin-A, yang didapati mempercepatkan peningkatan paras gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat daripada bahan makanan yang lain. Ini bermakna, makanan berasaskan gandum (seperti roti, bijirin daripada gandum, muffin, dsb.) akan meninggikan paras gula dalam darah.
* Gandum juga mengandungi gluten iaitu bahan yang memberi kesan buruk atau mengganggu kesihatan.
Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan yang berasaskan gandum.
b. Produk roti dari gandum yang dibakar sehingga berwarna coklat tua/hangus/berkerak
Produk ini mengandungi bahan kimia karsinogen iaitu acrylamides yang dikaitkan dengan risiko kanser dan mempercepatkan proses penuaan.
Selain itu, acrylamides juga didapati tinggi dalam sumber karbohidrat lain yang juga dibakar atau digoreng terlalu garing dan hampir hangus, seperti kentang goreng yang terlalu garing.
Namun begitu, bahan acrylamides berkarsinogen ini dapat dibasmi dengan pengambilan makanan yang betul yang boleh melawannya. 
2. Makanan yang boleh menyebabkan keradangan pula ialah bahan yang berasaskan jagung (termasuklah bijirin (emping) jagung, corn chips, sirap jagung, dsb.), minyak kacang soya, minyak sayuran lain yang mengandungi lemak yang diproses, dan gula berlebihan (dalam bentuk gula-gula, kek, minuman bergas yang manis, dsb.).
Apakah makanan yang boleh melawan semua ini?
Jawabnya tentulah makanan yang banyak mengandungi antioksidan, seperti:
* Herba
* Tea
* Rempah ratus
Kebaikan makanan-makanan ini ialah:
* Dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan yang cepat ke atas kulit, organ, otot, sendi, dsb. dengan cara meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan. Ini akan dapat mengawal paras gula dalam darah.
* Mengurangkan bahaya keradangan dalam badan.
* Menseimbangkan hormon dalam badan.
* Meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan.
Hasilnya, pengamal pemakanan yang dinyatakan di atas akan kelihatan lebih muda dan lebih bertenaga, dapat memperbaiki tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, kurang risiko kanser dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan penuaan.
Tq: sitik's
Sumber
Kita mungkin mengambil sebarang makanan yang asalkan sedap dan mengenyangkan. Tapi beberapa hal di bawah perlu anda ketahui juga.....
5 makanan utama berikut merupakan makanan yang banyak mengandungi nutrien yang sangat diperlukan oleh badan, iaitu asid lemak omega-3, zink, lycopene, magnesium, 8 vitamins, folat, antioksidan, vitamin E dan boron. Kandungan nutrien ini membantu fungsi sistem pembiakan (lelaki dan wanita), menghindari kanser prostat dan mengurangkan penyakit kardiovaskular, dan lain-lain kebaikan.
5 makanan utama tersebut ialah:
* Ikan berlemak
* Oat (whole oat)
* Tomato
* Cendawan / kulat
* Siput
tk kpd: sitik's
Sumber

Sarapan pagi dengan buah-buahan nampak pelik dan kelihatan tak normal bagi kita di tanah Malaysia ini. Tapi ada beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenainya.....
* Di antara pukul 7-11 pagi, badan kita sedang aktif melakukan penyahtoksikan. Oleh itu, jika makan buah-buahan, yang tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk penghadaman, pada waktu ini dapat memastikan tenaga yang ada digunakan untuk penyaktoksikan badan dan tidak dibazirkan untuk menghadamkan makanan berlemak tinggi yang diambil semasa sarapan.
* Makan buah-buahan semasa sarapan pagi adalah cara yang baik untuk "berbuka" setelah semalaman perut berpuasa kerana buah-buahan tidak memberi tekanan yang mengejut kepada sistem penghadaman dan metabolisme badan, berbanding jika perut menerima makanan berat yang berlemak semasa sarapan.
* Buah-buahan mengandungi fiber yang boleh mencuci kolon, dengan itu memudahkan membuang air besar pada waktu pagi. Ini akan menyebabkan badan terasa segar dan ringan.
* Jika makan buah-buahan dengan cukup untuk sarapan pagi, kita tidak perlu minum kopi kerana gula semulajadi yang terkandung dalam buah-buahan sudah cukup untuk memberi tenaga dan otak yang cerdas.
* Orang yang mengamalkan makan buah-buahan untuk sarapan pagi biasanya mempunyai badan yang langsing, slim, sihat dan lebih produktif sepanjang hari.
Jadi, adakah anda mahu mencuba mendapatkan khasiatnya?
sumber: sitik's

Badan manusiadijadikan tidak memerlukan banyak gula, namun begitu sebahagian besar makanan kita terdiri daripada gula kerana makanan berkarbohidrat juga akhirnya akan menghasilkan gula ringkas.
Sebenarnya gula tidak mempunyai fiber, mineral, protein, lemak atau enzim. Oleh itu, badan perlu mendapatkan zat-zat ini dari sel yang sihat untuk membolehkan gula dimetabolismakan, seperti meminjam kalsium, sodium, potasium dan magnesium dari bahagian badan yang lain.
Ini akan mengakibatkan osteoporosis, gigi berlubang/reput, penyakit gusi, menjadikan darah lebih pekat dan likat yang menyebabkan proses penyerapan terganggu. Gula juga meningkatkan risiko diabetes, batu karang hempedu dan obes (terlalu gemuk).
Gula sirap jagung pun mengandungi kandungan yang hampir serupa dengan gula pasir. Pengambilan gula tanpa kawalan juga dikaitkan dengan penyakit jantung, darah tinggi dan beberapa jenis kanser biasa.
Gula pasir putih sebenarnya bukan makanan tetapi ia lebih kepada bahan kimia tulen yang diekstrak dari tumbuhan, yang kandungannya menyerupai kokain.
Jumlah pengambilan gula yang sesuai ialah 2-4 sudu teh sehari, manakala setin minuman bergas mengandungi 11 sudu teh gula.
Apakah kesan gula ke atas sistem badan kita?
1. Gula menekan sistem imun badan
Contoh,
sebotol coke atau gula-gula akan menurunkan keupayaan sistem imun badan buat sementara waktu, sehingga beberapa jam lamanya. Bayangkan jika dalam sehari kita minum lebih daripada itu.
2. Gula menggalakkan keradangan
Makanan bergula memberi tenaga yang berlebihan dan menggalakkan berlakunya keradangan, yang mana akhirnya gula ini menggalakkan pula proses penuaan dan penyakit.
3. Gula menekan pengeluaran hormon tumbesaran manusia
Hormon tumbesaran manusia ini bukan sahaja diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar dengan normal tetapi juga diperlukan oleh orang dewasa bagi memperlahankan proses penuaan.
Biasanya hormon tumbesaran ini dirembeskan secara semulajadi oleh abdan. Disebabkan gula yang berlebihan akan menekan pengeluaran hormon tumbesaran, maka perlulah kita hindari makanan yang mengandungi gula yang tinggi supaya proses tumbesaran kanak-kanak tidak terganggu dan proses penuaan dapat diperlahankan.
4. Gula menggalakkan Glycation
Glycation ialah proses di mana molekul gula melekat kepada molekul protein dan lemak dalam saluran darah. Pelekatan ini akan menghasilkan sebatian toksik yang dinamakan Advanced glycation end product (AGEs) yang mempercepatkan proses penuaan, dan kerosakan yang terjadi ini tidak boleh diperbaiki lagi.
5. Gula menaikkan paras insulin
Pengambilan gula (sama ada dari makanan atau minuman) akan meningkatkan paras gula dalam darah secara mendadak. Selepas itu, pankreas akan mendapat isyarat bagi merembeskan banyak insulin bagi membantu menyingkirkan gula dari saluran darah ke sel. Apabila paras gula dalam darah menurun, paras insulin akan kembali normal.
Apabila keadaan begini sering berlaku (selalu mengambil makanan bergula secara berlebihan), pankreas akan terus mengeluarkan insulin, sehinggalah ke satu tahap di mana ia berhenti mengeluarkan insulin dan tidak respon lagi kepada keperluan menyingkirkan gula dalam darah. Pada masa ini, bermulalah penyakit kencing manis (diabetes) dan perlukan suntikan insulin.
Memandangkan betapa bahayanya pengambilan gula yang berlebihan, jadi sebagai langkah pencegahan "Kurangkan gula dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman".... wallahu a'lam. 
via: sitik's
Sumber 1, 2