Sunday, April 29, 2012

MINUMAN BERAIS ATAU AIR SEJUK : KEBURUKAN DAN KEBAIKANNYA



Keburukan Minum Ais Untuk Manusia :
Kepada yang gemar minum minuman berais, fakta ini mungkin menyedarkan anda.

1) Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Dan akan menyebabkan lemak-lemak terkumpul di sesuatu tempat. Ianya akan melemahkan penghadaman.

2)Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid, ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding dengan makanan pejal yg lain.

3)Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser. Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.

Antara kebaikan minuman sejuk atau berais adalah:

1).“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”

2)Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

3)Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

4) Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

5)Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

6)Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.


Kebaikan Air Sejuk:
7)Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

8) Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

9)Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

10)Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

11)Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

12)Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

13)Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

14)Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. Tetapi bukanlah dengan memberinya air berais.

15)Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

16)Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

17)Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

18)Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

19)Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

20Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

21)Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

22)Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

23)Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

24)Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

25)Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

sumber: anaksungkai.blogspot.com

Monday, April 23, 2012

MAKANAN YANG MENCEGAH KANSER



Daripada hasil kajian yang dijalankan di seluruh dunia, pengambilan suplemen untuk melawan kanser adalah kurang berkesan. Dalam keadaan tertentu di mana pengambilan berlebihan suplemen boleh mengakibatkan kesan sebaliknya iaitu menggalakkan pertumbuhan kanser.

Contohnya, pengambilan suplemen asid folik berlebihan boleh menggalakkan kanser prostat; pengambilan suplemen beta carotene berlebihan pula meningkatkan risiko kanser paru-paru, sakit jantung atau strok, namun begitu pengambilan makanan yang mengandungi beta-carotene mengurangkan risiko kanser; pengambilan supelemen vitamin C dan Vitamin E pula didapati tidak membantu mencegah kanser.

Oleh itu, untuk mencegah kanser, pakar pemakanan dan pakar kanser mencadangkan untuk:

1. Mengambil makanan segar daripada pelbagai jenis yang mengandungi nutrien dan bahan kimia yang diketahui boleh mencegah kanser, bukannya yang diekstrak untuk dijadikan suplemen.

2. Makan bahan mengandungi antioksidan (Vitamin C dan E) melalui makanan bukannya suplemen.

3. Melakukan senaman/aktiviti fizikal untuk mencegah kanser.

4. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (terutamanya sayuran berdaun hijau dan kuning) yang mengandungi nutrien dan fitokimia yang mengurangkan risiko kanser.

5. Ubah gaya hidup dengan meluangkan masa bagi senaman selama 20-30 minit sehari dan mengamalkan pemakanan seimbang, ini dapat mengurangkan risiko kanser.

6. Tidak merokok - bagi mengurangkan risiko kanser paru-paru.

Di antara bahan makanan yang diketahui dapat mencegah dan mengurangkan risiko mendapat kanser, ialah:


1. Avocado - a. kaya dengan glutathione iaitu antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas dalam badan dengan cara menghalang usus menyerap sesetengah jenis lemak yang menjadi pencetus kanser.
b. Avocado juga membekalkan banyak potassium (melebihi pisang) kepada badan.
c. Avocado juga menjadi sumber beta carotene yang baik.
d. Avocado juga berguna bagi merawat hepatitis bervirus (penyebab kanser hati) atau punca lain kepada kerosakan hati.

2. Brokoli, kobis dan bunga kobis (cauliflower) - mengandungi bahan kimia:
a. Indole-3- carbinol yang melawan kanser payu dara dengan cara menukarkan estrogen penggalak-kanser menjadi estrogen penghalang kanser.
b. Antioksidan lutein dan zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko kanser prostat, dsb.

Brokoli juga mengandungi fitokimia sulforaphane (produk glukoraphanin) yang boleh mencegah beberapa kanser, seperti kanser kolon dan rektum.

3. Lobak merah - mengandungi:
a. Beta carotene - membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti kanser paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, kolon, pundi, prostat dan payudara.
b. Falcarinol - juga membantu mengurangkan risiko kanser.

4. Cili merah - mengandungi bahan kimia capsaicin iaitu bahan yang meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser) dan boleh mencegah kanser perut.

Bijian flax

5. Flax - mengandungi:
a. lignin yang memberi kesan sebagai antioksidan dengan menghalang sel berubah menjadi sel kanser.
b. Kaya dengan omega-3 yang membantu mencegah kanser kolon dan sakit jantung.

6. Bawang putih - mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan aktiviti sel imun bagi melawan kanser dan membantu menguraikan bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Bawang putih berpotensi mengurangkan risiko kanser perut dan kolon.

7. Limau bali/ limau abung - mengandungi:
a. Mototerpenes - menghalang kanser dengan cara menyingkirkan karsinogen dari badan.
b. Vitamin C, beta carotene dan asid folik.

8. Anggur merah - mengandungi:
a. Bioflavonoids - iaitu antioksidan yang kuat sebagai pencegah kanser.
b. Resveratol - menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan sel kanser dan menekan respon imun.
c. Ellagic acid - iaitu sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser. Ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan atau terbantut.

9. Sayur-sayuran berdaun hijau dan kuning - mengurangkan risiko kanser perut.

10. Cendawan/kulat - mengandungi:
a. Polysaccharides (lentinan) - berperanan meningkatkan sistem imuniti badan.
b. Beta glucan dan protein (lectin) yang berfungsi menyerang sel kanser dan menghalangnya mengganda.
c. Thioproline - merangsang pengeluaran interferon dalam badan.

11. Kekacang yang mengandungi antioksidan quercetin dan campferol yang berfungsi menekan pertumbuhan sel kanser.
Contoh: Brazil nuts - mengandungi selenium yang boleh mencegah kanser prostat.

12. Limau dan lemon - mengandungi limonene yang merangsang sel imun pembunuh kanser (lymphocytes) dengan menguraikan bahan penyebab kanser.

13. Betik/papaya - mengandungi:
a. Vitamin C - sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan atau menghalang penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses.

14. Rasberi - mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser.

15. Rumpai laut dan rumput laut - banyak mengandungi:
a. Beta carotene, protein, vitamin B12, fiber, klorofil, chlorophylone (asid lemak yang penting bagi membantu melawan kanser payudara).
b. Mineral - seperti potassium, kalsium, magnesium, iron dan iodine.

16. Produk soya - contoh: tofu - mengandungi:
a. Phytoestrogen yang berfungsi mencegah kanser payudara dan prostat serta menghalang perubahan sel kepada sel kanser.
b. Isoflavones

* Jika diambil terlalu banyak, ia mungkin menyebabkan hormon badan tidak seimbang yang mana akan merangsang pertumbuhan kanser.

17. Keledek - mengandungi beta carotene yang mempunyai ciri-ciri anti kanser.

18. Tea (tea hijau dan teh hitam) - mengandungi antioksidan iaitu polyphenol (catechins) yang menghalang sel kanser membahagi.

Teh hijau - mengandungi fitokimia epigallocatechin gallate (EGCG) yang melekat pada protein sel tumor dan seterusnya memperlahankan pertumbuhan tumor tersebut.

19. Tomato - mengandungi:
a. Lycopene (antioksidan yang menyerap molekul oksigen bebas atau radikal bebas yang merangsang kanser, terutamanya kanser mulut.
Tembikai, lobak merah dan cili merah juga mengandungi bahan ini, tetapi ia lebih banyak terdapat dalam tomato.
b. Vitamin C.

20. Kunyit - menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 (COX 2) yang biasanya dikaitkan dengan penyebab keradangan dan kanser seperti kanser kolon atau rektum.

21. Makanan berfiber tinggi - seperti bijirin dan kekacang, bagi mencegah terutamanya kanser prostat.

22. Jus epal tak bertapis - bagi mencegah kanser kolon.

Oleh itu, menafaatkanlah kurniaan Tuhan ini.
Jangan dipersia-siakan, sebelum terlambat....

sumber: Sitik's blog