Sunday, April 1, 2012

TOMATO CEGAH KANSER PROSTAT

Seringkali kita dengar tentang lelaki yang mempunyai masaalah berkaitan dengan prostat. Tidak kurang juga yang sentiasa berada dalam kebimbangan terhadap tahap keselamatan diri kerana takut diserang kanser prostat yang telah lama ditakuti oleh lelaki.
Jadi, apakah langkah yang boleh kamu lakukan untuk mencegah kanser prostat ini dari terus menghantui diri?

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor pakar, kamu boleh cuba mencegah penyakit ini dengan mengamalkan dengan memakan buah tomato atau pun apa sahaja makanan yang banyak mengandungi tomato. Ini bukanlah cakap-cakap kosong, tetapi ianya adalah saranan dari beberapa orang pengkaji yang membuat kajian terhadap khasiat tomato sememangnya cukup berkesan untuk mencegah seseorang tersebut dari diserang penyakit kanser prostat.
Sebab itulah sekiranya kamu sedang mengikuti atau mengamalkan diet yang memerlukan kamu mengambil makanan yang mengandungi kandungan tomatonya lebih tinggi., risiko untuk kamu mengalami kanser prostat adalah agak rendah. Ini tidaklah bermakna kamu hanya perlu mengambil atau makan buah tomato mentah dan segar sahaja, tetapi makanan lain yang mengandungi banyak tomato juga boleh membantu anda mencegahnya.

Kenapa tomato berkesan mencegah kanser prostat? Tomato boleh membantu mengurangkan risiko diserang kanser prostat ini kerana ia mengandungi banyak antioksida.

Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh para penyelidik terhadap lebih 47,000 orang lelaki dengan mengambil kira makanan pilihan mereka, mendapati bahawa individu yang mengambil tomato sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko diserang kanser prostat sehingga mencecah 24 % hingga 36 %.
Pendapat ini diperkukuhkan lagi apabila Dr. Edward Giovannucci dari Brigham yang juga membuat kajian terhadap khasiat buah tomato juga telah menyokong hasil kajian pengkaji sebelumnya. Menurutnya, buahan atau sayuran yang mengandungi banyak antioksida boleh mengurangkan risiko seseorang tersebut dari diserang kanser prostat.

“Hasil dari kajian terbaru juga menyokong pendapat bahawa diet makanan yang mengandungi banyak antioksida seperti tomato, buah-buahan lain serta syaur-sayuran kemungkinan besar boleh mengurangkan risiko mereka dari diserang penyakit kanser prostat ini” kata Giovannucci.

Sementara itu, dalam laporan yang dikeluarkan dalam Journal National Cancer Institute pula ada menyebut bahawa antioksida boleh melindungi diri seseorang tersebut daripada penyakit kanser ialah antioksida tadi akan menyerap radikal bebas oksigen iaitu sejenis bahan kimia yang boleh merosakan struktur genetik sel.

Penemuan ini dibuat berdasarkan kepada data dari Kajian Lanjutan Profesional Kesihatan iaitu sebuah projek yang mengikuti perkembangan sejarah kesihatan dan kebiasaan diet 47,000 lelaki yang berusia antara 40 hingga 75 tahun dari tahun 1986 hingga 1998. Sepanjang tempoh tersebut, mereka mendapati seramai 2,481 orang lelaki terkena kanser prostat.

Menurut hasil kajian yang telah dilakukan juga mendapati bahawa tomato yang dimasak lebih berkesan untuk mencegah penyakit ini kerana apabila dimasak tubuh kita akan lebih mudah untuk meyerap zat yang dikeluarkan oleh tomato tadi.

Selain buah tomato, sos spaghetti juga dikatakan cukup bermanafaat untuk melindungi seseorang lelaki tersebut daripada diserang penyakit kanser. Jadi, kepada lelaki-lekai diluar sana, sekiranya anda ingin mengurangkan risiko diri terdedah dari diserang kanser prostat, mulai saat ini banyakanlah memakan buah.

sumber: toyu2u

No comments:

Post a Comment