Monday, April 23, 2012

MAKANAN YANG MENCEGAH KANSER



Daripada hasil kajian yang dijalankan di seluruh dunia, pengambilan suplemen untuk melawan kanser adalah kurang berkesan. Dalam keadaan tertentu di mana pengambilan berlebihan suplemen boleh mengakibatkan kesan sebaliknya iaitu menggalakkan pertumbuhan kanser.

Contohnya, pengambilan suplemen asid folik berlebihan boleh menggalakkan kanser prostat; pengambilan suplemen beta carotene berlebihan pula meningkatkan risiko kanser paru-paru, sakit jantung atau strok, namun begitu pengambilan makanan yang mengandungi beta-carotene mengurangkan risiko kanser; pengambilan supelemen vitamin C dan Vitamin E pula didapati tidak membantu mencegah kanser.

Oleh itu, untuk mencegah kanser, pakar pemakanan dan pakar kanser mencadangkan untuk:

1. Mengambil makanan segar daripada pelbagai jenis yang mengandungi nutrien dan bahan kimia yang diketahui boleh mencegah kanser, bukannya yang diekstrak untuk dijadikan suplemen.

2. Makan bahan mengandungi antioksidan (Vitamin C dan E) melalui makanan bukannya suplemen.

3. Melakukan senaman/aktiviti fizikal untuk mencegah kanser.

4. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (terutamanya sayuran berdaun hijau dan kuning) yang mengandungi nutrien dan fitokimia yang mengurangkan risiko kanser.

5. Ubah gaya hidup dengan meluangkan masa bagi senaman selama 20-30 minit sehari dan mengamalkan pemakanan seimbang, ini dapat mengurangkan risiko kanser.

6. Tidak merokok - bagi mengurangkan risiko kanser paru-paru.

Di antara bahan makanan yang diketahui dapat mencegah dan mengurangkan risiko mendapat kanser, ialah:


1. Avocado - a. kaya dengan glutathione iaitu antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas dalam badan dengan cara menghalang usus menyerap sesetengah jenis lemak yang menjadi pencetus kanser.
b. Avocado juga membekalkan banyak potassium (melebihi pisang) kepada badan.
c. Avocado juga menjadi sumber beta carotene yang baik.
d. Avocado juga berguna bagi merawat hepatitis bervirus (penyebab kanser hati) atau punca lain kepada kerosakan hati.

2. Brokoli, kobis dan bunga kobis (cauliflower) - mengandungi bahan kimia:
a. Indole-3- carbinol yang melawan kanser payu dara dengan cara menukarkan estrogen penggalak-kanser menjadi estrogen penghalang kanser.
b. Antioksidan lutein dan zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko kanser prostat, dsb.

Brokoli juga mengandungi fitokimia sulforaphane (produk glukoraphanin) yang boleh mencegah beberapa kanser, seperti kanser kolon dan rektum.

3. Lobak merah - mengandungi:
a. Beta carotene - membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti kanser paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, kolon, pundi, prostat dan payudara.
b. Falcarinol - juga membantu mengurangkan risiko kanser.

4. Cili merah - mengandungi bahan kimia capsaicin iaitu bahan yang meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser) dan boleh mencegah kanser perut.

Bijian flax

5. Flax - mengandungi:
a. lignin yang memberi kesan sebagai antioksidan dengan menghalang sel berubah menjadi sel kanser.
b. Kaya dengan omega-3 yang membantu mencegah kanser kolon dan sakit jantung.

6. Bawang putih - mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan aktiviti sel imun bagi melawan kanser dan membantu menguraikan bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Bawang putih berpotensi mengurangkan risiko kanser perut dan kolon.

7. Limau bali/ limau abung - mengandungi:
a. Mototerpenes - menghalang kanser dengan cara menyingkirkan karsinogen dari badan.
b. Vitamin C, beta carotene dan asid folik.

8. Anggur merah - mengandungi:
a. Bioflavonoids - iaitu antioksidan yang kuat sebagai pencegah kanser.
b. Resveratol - menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan sel kanser dan menekan respon imun.
c. Ellagic acid - iaitu sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser. Ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan atau terbantut.

9. Sayur-sayuran berdaun hijau dan kuning - mengurangkan risiko kanser perut.

10. Cendawan/kulat - mengandungi:
a. Polysaccharides (lentinan) - berperanan meningkatkan sistem imuniti badan.
b. Beta glucan dan protein (lectin) yang berfungsi menyerang sel kanser dan menghalangnya mengganda.
c. Thioproline - merangsang pengeluaran interferon dalam badan.

11. Kekacang yang mengandungi antioksidan quercetin dan campferol yang berfungsi menekan pertumbuhan sel kanser.
Contoh: Brazil nuts - mengandungi selenium yang boleh mencegah kanser prostat.

12. Limau dan lemon - mengandungi limonene yang merangsang sel imun pembunuh kanser (lymphocytes) dengan menguraikan bahan penyebab kanser.

13. Betik/papaya - mengandungi:
a. Vitamin C - sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan atau menghalang penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses.

14. Rasberi - mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser.

15. Rumpai laut dan rumput laut - banyak mengandungi:
a. Beta carotene, protein, vitamin B12, fiber, klorofil, chlorophylone (asid lemak yang penting bagi membantu melawan kanser payudara).
b. Mineral - seperti potassium, kalsium, magnesium, iron dan iodine.

16. Produk soya - contoh: tofu - mengandungi:
a. Phytoestrogen yang berfungsi mencegah kanser payudara dan prostat serta menghalang perubahan sel kepada sel kanser.
b. Isoflavones

* Jika diambil terlalu banyak, ia mungkin menyebabkan hormon badan tidak seimbang yang mana akan merangsang pertumbuhan kanser.

17. Keledek - mengandungi beta carotene yang mempunyai ciri-ciri anti kanser.

18. Tea (tea hijau dan teh hitam) - mengandungi antioksidan iaitu polyphenol (catechins) yang menghalang sel kanser membahagi.

Teh hijau - mengandungi fitokimia epigallocatechin gallate (EGCG) yang melekat pada protein sel tumor dan seterusnya memperlahankan pertumbuhan tumor tersebut.

19. Tomato - mengandungi:
a. Lycopene (antioksidan yang menyerap molekul oksigen bebas atau radikal bebas yang merangsang kanser, terutamanya kanser mulut.
Tembikai, lobak merah dan cili merah juga mengandungi bahan ini, tetapi ia lebih banyak terdapat dalam tomato.
b. Vitamin C.

20. Kunyit - menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 (COX 2) yang biasanya dikaitkan dengan penyebab keradangan dan kanser seperti kanser kolon atau rektum.

21. Makanan berfiber tinggi - seperti bijirin dan kekacang, bagi mencegah terutamanya kanser prostat.

22. Jus epal tak bertapis - bagi mencegah kanser kolon.

Oleh itu, menafaatkanlah kurniaan Tuhan ini.
Jangan dipersia-siakan, sebelum terlambat....

sumber: Sitik's blog

No comments:

Post a Comment