Thursday, April 25, 2013

Penemuan Terkini: Rawatan Radiofrekuensi (RF) bagi Sakit Lutut Osteoarthritis



Bagi pengidap sakit lutut
kronik jenis osteoarthritis (OA), rawatan radiofrekuensi (RF) merupakan penemuan terkini yang mampu membantu, dan ini dapat mengelakkan pembedahan lutut.

Mengikut tulisan Dr. Nizar Abdul Jalil dalam Sinar Harian:


Sakit lutut dalam kalangan orang berusia dinamakan osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan oleh proses penuaan yang berlaku dalam sendi. Apa yang berlaku ialah permukaan rawan sendi menipis dan cecair sinovial (pelincir) dalam sendi juga berkurangan.Ruang sendi secara tidak langsung menjadi kecil di samping terdapat tulang baru yang tumbuh di kelilingnya.

Akibat semua perubahan ini pergerakan pada sendi akan menyebabkan geseran kasar dan menyakitkan.

Pada peringkat awal
proses ini akan menimbulkan tindak balas inflamasi / keradangan, itu menjawab kenapa pada peringkat awal ubat than sakit seperti ponstan dan celebrex dapat melegakan sakit.

Tapi lama kelamaan proses artritis ini akan bertukar kepada proses degenerative iaitu satu bentuk proses penuaan. Maka tidak hairanlah ubat tahan sakit tidak lagi berkesan. Ubat yang sesuai pada peringkat ini ialah ubat yang bertindak terus pada pusat sensori saraf pusat (otak) seperti paracetamol, tramadol, ultracet dan oxycontin.

Semua sakit artritis
cenderung untuk berbunyi ‘klik’ kerana geseran kasar sendi tadi dan juga daripada ligamen dan tendon otot yang mengalami beberapa perubahan degenerative pada masa sama.

Semua sakit sendi akan memberi gejala kaku / ketat sendi bila lama berehat seperti baru bangun tidur atau lama menonton TV. Jadi pantang larang untuk orang sakit sendi ialah jangan berehat lama.



Sendi perlu terus digerakkan. Rawatan radiofrequency (RF) untuk sakit lutut OA baru saja diperkenalkan setahun lalu. Penemuan besar ini telah memberi rahmat kepada pengidap sakit lutut seperti bapa anda.

Fokus utama rawatan RF ini ialah mengurangkan rasa sakit dalam lutut dengan ‘melemahkan’ saraf kecil yang mensarafi permukaan lutut.

Apa yang menariknya ialah, suntikan dilakukan di luar lutut bukan dalam lutut. Rawatan ini akan lebih berkesan jika suntikan cecair pelincir lutut (monovisc) turut dilakukan.

Jadi matlamat rawatan yang sempurna ialah dua dalam satu; mengurangkan sakit sendi lutut dan melincinkan pergerakan sendi lutut.

Kejayaannya boleh mencapai 80 peratus terutama bagi pesakit yang tidak mempunyai masalah lebihan berat badan.

Jelas sekali dengan kepakaran baru ini pembedahan sendi lutut boleh dielakkan. Pembedahan bukannya jalan terakhir untuk pesakit OA lutut yang kronik.

Walau bagaimanapun kaedah RF ini hanya sesuai untuk sakit lutut yang belum lagi timbul kecacatan (deformity) seperti lutut yang sudah bengkok.

Di Malaysia pakar sakit kronik (pain specialist) yang dapat melakukan suntikan RF ini amat terhad bilangannya.




sumber:  sitik's

Wednesday, April 24, 2013

TIPS PENYIMPANAN MADU DENGAN BAIK...





Supaya madu dapat disimpan lama, haruslah disimpan dalam keadaan tertentu. Ini kerana madu mempunyai sifat2 yang istimewa.
Simpan madu dalam suhu bilik.

Madu memiliki sifat higroskopis. Dengan kata lain, madu mudah sekali menyerap zat - zat yang ada di lingkungan sekitarnya. Oleh kerana itu bekas  madu harus tertutup rapat dan jauh dari bahan-bahan yang berbau tajam.

Bekas  yang baik  untuk madu iaitu bahan gelas. Agar terhindar  dari proses fermentasi dan kristalisasi, simpanlah pada ruangan dengan suhu sekitar 20 darjah  celcius dan kelembaban udara kurang dari 65 % (FAO 2007).

Tidak digalakkan untuk menyimpan madu di dalam peti sejuk (refrigerator) kerana mempercepat terjadinya kristalisasi dan fermentasi. Selain itu, jauhkan dari sinar matahari secara langsung kerana dapat merosak kualiti madu iaitu glucose oxidase dan menghentikan aktiviti antibakteri.

Madu tidak boleh disimpan dalam bekas logam

Ini adalah untuk mencegah pengkaratan dan penyerapan logam berbahaya. Madu yang disimpan dalam suhu normal, susut 3.6% pada tahun pertama dan susut 25.5% pada tahun kedua kerana terjadinya proses fermentasi . Proses ini menghasilkan alkohol yang selanjutnya berubah menjadi asid asetat. Madu yang rosak rasanya
menjadi masam.


sumber:  Remi Thuok

Tuesday, April 23, 2013

MEMAHAMI DAN MENCEGAH KARIES GIGI...





Tahukah anda penyakit manakah yang paling luas tersebar di seluruh dunia? Kebanyakan daripada kita akan menjawab kanser, diabetes, hipertensi, penyakit jantung dan strok, tetapi jawapan sebenarnya ialah karies gigi.

Karies gigi, dikenali juga sebagai kereputan gigi, kaviti atau gigi berlubang. Walaupun terdapat penurunan yang ketara dalam kes karies gigi dalam beberapa dekad ini kerana amalan kebersihan mulut yang lebih baik, namun ia masih lagi merupakan masalah besar.

Dr Carlos Sabrosa, Profesor Madya di Sekolah Pergigian State University of Rio de Janeiro yang juga seorang doktor pergigian merupakan penceramah undangan yang didatangkan oleh 3M ESPE Bahagian Pergigian dari 3M Malaysia bersempena Konvensyen Saintifik MDA/FDI ke-20.

Beliau berkongsi masalah dihadapi dalam menilai, menguruskan dan mencegah karies gigi serta menyentuh mengenai sebahagian daripada kemajuan-kemajuan terbaru dalam bidang pergigian.

Penyakit berjangkit

Apa yang menghairankan, ramai orang masih tidak mengetahui bahawa karies gigi merupakan penyakit berjangkit. Ia berpunca daripada bakteria dan menyebabkan penyahmineralan dan kerosakan tisu keras seperti enamel, dentin dan simentum akibat penapaian bakteria ke atas cebisan makanan pada permukaan gigi.

Menurut Dr Sabrosa, jika proses penyahmineralan pantas daripada faktor pemineralan semula air liur, kalsium dan ubat gigi berfluorida; tisu keras tersebut akan musnah dan karies gigi terbentuk.

“Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kesakitan, membawa kepada jangkitan, kehilangan gigi dan selulitis iaitu jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria,” katanya.

Menurutnya, majoriti pengguna tidak tahu tentang kemajuan dalam bidang pergigian dan tidak berusaha mendapatkan rawatan bagi masalah gigi yang bukan sahaja menyakitkan malah mencacatkan dari segi fizikal dan rupa. Ini boleh memberi kesan negatif terhadap harga diri pesakit. Walhal ia boleh ditangani.

Rawatan bukan sahaja boleh memperbaiki wajah seseorang tetapi juga memberi keyakinan diri serta hidup yang bebas daripada kesakitan,” katanya.

Bagi kebanyakan kita, kebimbangan terhadap sakit gigi atau kemungkinan gigi terpaksa ditampal atau dicabut serta kehilangan rupa paras yang cantik sudah cukup untuk membuatkan kita memberus atau memflos dua kali sehari dan pergi berjumpa doktor gigi untuk penskaleran.

Kesan makanan segera

Jadi mengapakah sesetengah individu lebih mudah mendapat karies gigi berbanding orang lain? “Gigi pada asasnya adalah mineral yang sentiasa mengalami proses penyahmineralan
dan pemineralan semula oleh air liur. Individu yang mempunyai mulut kering – suatu keadaan di mana kurang air liur dihasilkan atau kelenjar air liur musnah akibat terapi radiasi – berisiko
tinggi,” katanya.

Menurutnya,
bentuk gigi, tabiat kebersihan gigi seseorang individu, diet dan keupayaan penimbalan air liur mereka menentukan sama ada individu tersebut mudah mendapat karies
gigi.

Kepelbagaian
makanan segera, masa yang diproses dan tinggi kandungan gula yang kini mudah didapati, langsung tidak membantu dalam menjaga kesihatan mulut.

“Minuman ringan mempunyai pH rendah dan kandungan sukrosa yang tinggi, manakala minuman tenaga pula menyediakan persekitaran yang ideal untuk penyahmineralan.

“Penyahmineralan berlaku dalam persekitaran mulut yang mempunyai pH di bawah 5.5 (berasid). Minuman ringan dan minuman tenaga biasanya mempunyai pH 2.5 hingga 3 (sangat berasid).

Jadi, sebagai langkah awal mengurangkan risiko karies gigi, jauhilah minuman ringan,” katanya. Walaupun ubat gigi berfluorida boleh membantu mengelak karies gigi, mereka yang berisiko tinggi perlu berbincang dengan doktor gigi mengenai ubat gigi anti-kaviti yang mempunyai kandungan fluorida efektif berbanding ubat gigi biasa.

Kepekatan fluorida dan tri-kalsium fosfat dalam produk seperti 3M Espe's Clinpro Tooth Creme membantu mencegah proses penyahmineralan dan pada masa sama membantu proses pemineralan semula.

“Produk seperti ini boleh digunakan bagi menggantikan ubat gigi biasa, tetapi ia perlu dipreskripsikan oleh doktor gigi. Individu yang mempunyai kaviti, mulut kering dan pemilih gaya hidup atau diet yang membawa risiko karies gigi, perlu berbincang dengan doktor gigi mereka mengenai langkah pencegahan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata,
dalam pergigian, seperti juga cabang perubatan lain, pencegahan adalah pilihan terbaik. Apabila berdepan dengan masalah, segera dapatkan rawatan, lebih awal lebih baik.

“Mencabut gigi merupakan pilihan terakhir dan jika perlu, pelbagai teknik baru telah diperkenalkan. Kemajuan dalam teknik dan bahan dalam pergigian sememangnya menakjubkan.

“Berbincanglah dengan doktor gigi anda mengenai rawatan yang sesuai, buat sedikit kajian sendiri dan tetapkan pencegahan karies gigi sebagai matlamat utama,” katanya.

sumber: SinarHarian.com

Saturday, April 20, 2013

PENTINGNYA PROTEIN DALAM PROSES MENURUNKAN BERAT BADAN





Pemakanan seimbang adalah perkara yang amat penting bagi mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan. Teknik ini termasuklah dengan pengambilan vitamin, karbohidrat, dan zat-zat besi . Namun begitu, teknik pemakanan seimbang tidak akan lengkap tanpa pengambilan protein yang secukupnya.

Mengapa protein?

Protein merupakan salah satu ejen yang membentuk sel-sel di dalam badan. Ia juga mempunyai manfaat lain seperti membantu meningkatkan metabolisme dalam proses pembakaran lemak. Hal ini disebut oleh seorang pakar nutrisi yang menambah bahawa protein merupakan satu nutrisi yang lambat dicerna oleh tubuh badan kita. Dengan ini, ia akan memanjangkan tempoh kita berasa kenyang. Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan amaun makanan yang diambil.

Di samping itu, protein turut membantu dalam proses membakar lemak dengan cara membekalkan tenaga kepada otot-otot kita. Ia juga membantu untuk proses penghasilan otot. Dalam sehari, tubuh badan kita memerlukan sebanyak 15-25 peratus kandungan protein untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita..

Jumlah protein yang paling ideal untuk diambil dalam sehari adalah sebanyak 120-140 gram. Jumlah itu bersamaan dengan 1 potongan ayam dada yang sederhana tanpa kulit, sepotong daging merah rendah lemak, seekor ikan bersaiz sederhana. Dengan berbekalkan amaun protein yang secukupnya, pemakanan yang seimbang boleh dilaksanakan.

Selain daripada itu, pengamalan pengambilan whey protein juga membantu dalam proses menurunkan berat badan. Whey protein datang daripada susu lembu yang diolah untuk menjadi tepung protein yang berkualiti tinggi. Ia mengandungi asid amino yang amat membantu untuk kesihatan tubuh.

Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi merupakan sebuah diet nutrisi amat penting untuh tubuh badan kita selain daripada vitamin, zat besi dan karbohidrat. Akan tetapi pastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan kerana jika berlebihan, ia juga akan memberikan kesan sampingan yang tidak elok untuk tubuh badan anda. Pengambilan makanan dan nutrisi yang seimbang dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan.


sumber Kevin Zahri

KESAN DIET PROTEIN TINGGI





Protein adalah salah satu menu dalam makanan seimbang selain karbohidrat, lemak, fiber dan lain-lain. Pengambilan protein dicerna sama seperti makanan lain. Penghadaman dilakukan dan protein akan dipecahkan mengikut kepada zarah yang lebih kecil yang dipanggil asid amino.

Diet tinggi protein amat popular dikalangan individu yang ingin mengurangkan berat badan kerana ia mungkin dapat membantu rasa kenyang yang lebih lama dan membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Walaupun begitu, ia juga terdapat kesan yang tidak elok jika mengambilnya secara berlebihan. Tubuh manusia tidak boleh menyimpan protein yang berlebihan. Hal ini mungkin boleh menyumbang kepada beberapa perkara seperti berikut:-

1) Masalah buah pinggang

Pengambilan protein yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah terhadap buah pinggang anda. Hal ini kerana apabila protein berubah menjadi asid amino, keton dilepaskan ke dalam sistem anda. Keton diproses oleh buah pinggang.

Ia akan mengakibatkan peningkatan aktiviti di buah pinggang yang sekaligus membuatkan buah pinggang anda ‘bekerja lebih’ dan boleh memberi kesan yang tidak elok kepada buah pinggang anda seperti terjadinya batu karang.

Selain daripada itu, ia boleh mengakibatkan buah pinggang anda tidak berupaya untuk memproses asid urik dengan cepat yang akhirnya boleh mengakibatkan penyakit gout, sejenis artritis. Asid urik yang berkumpul di sendi, dengan itu menyebabkan kesakitan dan ketegangan.

Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi dimana pengumpulan keton dalam darah yang dikenali sebagai ketosis akan membuat buah pinggang mengusir protein berlebihan bersama-sama dengan air, dan dengan itu membuat anda berasa lemah dan letih.


2)Peningkatan kolesterol

Seperti yang kita tahu,  jenis makanan protein adalah seperti daging dan telur. Kebanyakannya adalah dari sumber haiwan yang sangat tinggi lemak yang boleh membawa risiko kepada peningkatan kolesterol dan jika lebih teruk boleh mengakibatkan penyakit jantung. Selain daripada itu, sumber lemak tepu tersebut juga berisiko untuk pertambahan berat badan.


3)Osteoporosis

Pengambilan protein berlebihan juga akan mengakibat jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan meningkat. Jika tulang anda kurang mendapat kalsium, ia akan membawa kepada osteoporosis di mana tulang cenderung untuk menjadi rapuh dan memutuskan mudah.

Terdapat beberapa fakta yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti terjadinya kepada wanita yang mengambil protein berlebihan akan lebih cenderung untuk mempunyai pergelangan tangan patah, berbanding dengan wanita yang kurang makan protein.

Oleh itu
, anda seharusnya mengimbangkan sumber makanan yang diambil didalam kalori harian anda kerana jika mengambil salah satu sumber dengan secara berlebihan boleh membawa kesan sampingan. Kesannya mungkin tidak terjadi sekaligus, ianya mungkin mengambil masa. Jadi, pengawalan pemakanan seimbang amat penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan anda.

sumber: Kevin Zahri

Thursday, April 18, 2013

KELEBIHAN CAMPURAN KUNYIT DAN LADA HITAM....





Sebagaimana kita semua tahu kunyit mempunyai khasiat kesihatan tertentu seperti anti-kanser, anti-angiogenesis (nutrien melawan tumor), memberi kesan anti-radang, mengecutkan rahim bagi ibu-ibu selepas bersalin, dan sebagainya.



Kesan kesihatan yang baik ini adalah disebabkan oleh bahan aktif yang terdapat dalam kunyit yang dikenali sebagai curcumin iaitu sejenis polyphenol atau bahan kimia daripada tumbuhan.

Namun begitu, keberkesanan curcumin dalam kunyit terhadap kesihatan didapati kurang menyerlah jika hanya kunyit sahaja digunakan dalam masakan.

Penemuan kajian terkini menunjukkan apabila kunyit dicampur dengan lada hitam dalam masakan seperti kari atau lain-lain, keberkesanan kunyit ini didapati meningkat dengan begitu mendadak sehingga 1000 - 2000 kali ganda. Ini adalah disebabkan oleh kesan tindakbalas sifat panas piperine yang terdapat dalam lada hitam membantu meningkatkan keberkesanan curcumin dalam kunyit.

Oleh itu, jika anda masak menggunakan kunyit, pastikan masakan tersebut ditambah dengan lada hitam bagi mendapatkan khasiat kunyit yang sebenarnya.




via:   sitik's
Sumber

KEBAIKAN MINUM AIR....




sumber: Kay Maria

BAHAYA SOTONG KERING....




Sedarkah anda,
selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok.
Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

PEGAWAI penyelidik CAP,
Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian
yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Para penggemar sotong pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam sejenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.

Kandungan kadmium tersebut juga dikatakan mampu menyebabkan peminatnya berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat serta berupaya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Pendedahan mengejutkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain seperti tiram dan udang juga mengandungi kadmium.

Menurut persiden CAP, S.M. Mohamed Idris, hasil ujian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering agak membimbangkan malahan ada yang melebihi empat kali ganda daripada kadar dibenarkan.

“Dalam satu ujian secara rawak, enam sampel sotong kering diuji untuk mengesan kandungan kadmium. Hasilnya, lima sampel mengandungi cadmium dengan tiga daripadanya melebihi piawaian keselamatan.

“Mengikut Peraturan Makanan 1985, jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian persejuta,” katanya pada siding akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik pembuatan aloi, pigmen dan plastik selain memantapkan baja fosfat.

Mohamed Idris berkata, selain menjadi bahan kimia pengganggu endrokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium dan zat besi.

Katanya, kadmium dibawa menerusi aliran darah oleh sel-sel darah merah dan molekul protein yang besar.

“Kebanyakan beban kadmium dalam tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. Walaupun buah pinggang menjadi organ sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin berlaku dalam tulang dan perut.

“Ini diperhatikan melalui satu sindrom yang berlaku di Jepun di mana pesakit mengalami sakit tulang teruk serta osteomalasia (pelembutan tulang),” jelasnya.

sumber: Azlina Abd Karim

Tuesday, April 16, 2013

PETUA MENGHALAU LALAT...









Lalat merupakan haiwan yang sangat menjengkelkan. Walaupun berbadan kecil, makhluk ni mampu membuatkan kita naik darah kerana selalu mengganggu kita ketika masak atau makan makanan di dapur.

Ni sedikit petua yang berkesan untuk menghalau lalat2 ini:


1) Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

2) Ambil ​secekak daun kari,
kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

3) Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

4) Ambil sedikit cecair peluntur(clorox)  dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

5) Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.


sumber

MENGAPA GATAL BILA NYAMUK MENGGIGIT...?




Adakah anda tahu, nyamuk yang menggigit kita ternyata hanya nyamuk betina ?

Dia menggigit untuk menghisap darah. Darah sebenarnya cepat menggumpal bila keluar dari tubuh. Darah yang menggumpal tentunya sulit dihisap oleh nyamuk. Apalagi mulut nyamuk itu sangatlah kecil. Agar darah yang dihisap tidak membeku, nyamuk ketika  menggigit menyuntikkan semacam ’racun’.

Ketika kemasukan racun, tubuh kita secara otomatik mengirimkan zat antiracun yang disebut histamin. Histamin ini akan melawan racun tersebut. Efek perlawanan inilah yang kita rasakan sebagai ’gatal’.

Hal serupa terjadi ketika  kita digigit serangga lain, seperti kutu, semut dan penyengat  atau lebah. Racun yang masuk ke tubuh kita dilawan oleh histamin. Kita merasakannya sebagai gatal, kemerahan dan bengkak.

Nah, Kini Aku Tahu... :). Alhamdulillah.


sumber: Kata-kata Hikmah

Monday, April 15, 2013

KEADAAN MATA PENUNJUK KESIHATAN...



Selain bahagian-bahagian badan yang lain, keadaan mata juga boleh dijadikan penunjuk kepada kesihatan seseorang yang tersembunyi atau tidak disedari. Ini merupakan penanda awal tentang sesuatu penyakit atau masalah kesihatan yang lain. Apabila tanda-tanda ini wujud, sebaik-baiknya segeralah dapatkan nasihat doktor dan rawatan yang sewajarnya.

Di antara penanda keadaan mata yang boleh digunakan bagi menunjukkan keadaan kesihatan, termasuklah:

1. Mata merah

Mata merah biasanya terjadi disebabkan oleh pembengkakan atau pembesaran salur darah di permukaan bahagian putih mata (sklera).



Di antara faktor yang menyebabkan mata menjadi merah ialah:

* Sakit mata (conjunctivitis) - boleh dirawat dengan ubat mata atau titisan air saline.
* Alergi kepada sesuatu - ini juga boleh diubati dengan menggunakan titisan air saline dan hindari penyebab kepada alergi tersebut.
* Terdedah kepada udara panas dan kering.
* Terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari yang terik.
* Terlalu lama menghadap skrin komputer sehingga menyebabkan mata menjadi tertekan (strain) - mata perlu direhatkan dari masa ke masa, jangan lihat skrin secara berterusan.
* Habuk
* Berenang dalam kolam berklorin tinggi.
* Terlalu banyak minum alkohol sehingga menyebabkan salur darah halus dalam mata mengembang dan kelihatan seperti berdarah.
* Demam yang agak kuat.
* Ada sesuatu benda yang masuk ke dalam mata.
* Terlalu lama memakai kanta pelekap mata.
* Jangkitan penyakit.
* Kecederaan mata.
* Batuk yang kuat - memberi tekanan kepada mata yang boleh menyebabkan mata menjadi merah.

2. Mata putih atau mata refleksi putih - Retinoblastoma (Rb)


Retinoblastoma adalah sejenis bentuk kanser mata dan mungkin juga menunjukkan kanser otak. Retinoblastoma sebenarnya ialah kanser yang berkembang di dalam sel-sel retina, iaitu tisu mata yang boleh dikesan oleh cahaya kerana terdapat refleksi cahaya putih yang jelas. Kebanyakannya (95-98%) dikesan pada kanak-kanak dan sebahagian mereka hidup sehingga dewasa.



Tanda-tanda biasa bagi retinoblastoma ialah:

* Pupil mata kelihatan tidak normal.
* Penglihatan semakin kabur.
* Mata menjadi merah atau gatal dengan glaucoma.

Kenapa terjadi retinoblastoma?

Di kalangan kanak-kanak, kebanyakan kes retinoblastoma adalah disebabkan oleh faktor genetik di mana terjadinya mutasi kromosom 13 iaitu pada gen RB1. Mutasi gen ini menyebabkan terjadinya kanser.

3. Gegelang putih di keliling iris mata (Corneal arcus)


Keadaan di mana terbentuknya gegelang putih di keliling iris mata atau dikenali juga sebagai Corneal arcus atau Arcus senilis corneae ialah sejenis penyakit kornea. Suatu gegelang berwarna putih, kelabu atau kebiruan terdapat di tepi kornea atau di depan tepi iris mata. Arka atau gegelang berwarna putih ini adalah disebabkan oleh pengumpulan fosfolipid dan kolesterol yang biasanya dikaitkan dengan paras lipid atau kolesterol yang tinggi dalam darah dan boleh membawa kepada penyakit jantung atau serangan sakit jantung.



Ia biasanya terjadi di kalangan orang yang telah berumur (umur lebih daripada 60 tahun), tetapi jika ia terdapat di kalangan orang muda, ini menunjukkan penyakit atau gangguan dalam metabolisma lipid (lemak) dan menunjukkan tanda hiperkolesterolemia atau hiperlipidemia.

Selain itu, bintil-bintil kuning yang kecil di atas kulit kelopak mata juga menunjukkan pengumpulan kolesterol yang tinggi dalam darah.

4. Katarak

Katarak ialah keadaan di mana kanta mata menjadi kelabu kerana bahagian tengah-tengah pupil mata berwarna putih disebabkan oleh katarak. Ini secara beransur-ansur menyebabkan penglihatan semakin kabur dan boleh buta atau rabun jika dibiarkan tanpa dirawat. Keadaan buta atau rabun terjadi apabila kanta mata yang kelabu disebabkan katarak tadi menghalang cahaya masuk melaluinya untuk difokuskan di retina yang terletak di bahagian belakang mata. Oleh itu, retina tidak dapat menangkap atau menerima imej yang dihantar kepadanya.



Pengidap katarak juga bermasalah melihat warna, kontras, memandu kereta, membaca, mengenal muka orang, dan masalah dengan pantulan cahaya yang terang.

Di antara sebab atau faktor terjadinya katarak ialah:


a. Umur

Katarak ini biasanya dikaitkan dengan proses penuaan di mana semakin meningkat umur, pigmen kuning-coklat akan berkumpul di dalam lensa mata dan seterusnya menghalang penembusan cahaya melalui kanta dan ini memberi kesan ke atas penglihatan.

Proses ini dipercepatkan lagi jika seseorang itu mengidap penyakit darah tinggi, diabetes dan sebab-sebab lain seperti terdedah kepada toksin persekitaran, radiasi dan cahaya UV.

b. Genetik

Katarak juga berkait rapat dengan faktor genetik atau kromosom yang tak normal.

c. Radiasi

Cahaya UV terutamanya UV-B boleh menyebabkan katarak. Penipisan lapisan ozon, yang menahan pancaran UV berlebihan ke bumi, juga menyebabkan kadar pengidap katarak bertambah kerana paras cahaya UV di bumi meningkat. Kajian juga menunjukkan bahawa terdedah kepada ketuhar microwave meningkatkan risiko mendapat katarak. Pekerja yang terdedah kepada api panas secara terus seperti pekerja di relau atau peniup kaca juga berisiko tinggi mendapat katarak.

d. Merokok

Aktiviti merokok juga meningkatkan kadar katarak.

e. Ubat-ubatan

Pengambilan sesetengah ubat yang mengandungi steroid, seperti corticosteroids dan ubat asthma yang lain, dalam tempoh yang lama akan menggalakkan terjadinya katarak.

f. Kekurangan Iodin

Kekurangan iodin dalam badan juga boleh menyebabkan katarak.

g. Penyakit-penyakit lain

Penyakit-penyakit lain seperti diabetes Type-2, Rubella dan lain-lain juga boleh menyebabkan katarak.

Bagi mencegah
terjadinya katarak, faktor risikonya perlu dihindari seperti kurangkan terdedah kepada UV-B dan merokok, Oleh itu, selalulah memakai cermin mata dengan perlindungan UV supaya risiko mendapat katarak mampu dikurangkan.

Cara rawatan katarak yang terbaik setakat ini ialah melalui pembedahan mata.

via: sitik's

Sumber

Sunday, April 14, 2013

TIPS KURUSKAN BADAN.....





Obesiti telah merata di dalam negara kita, Malaysia. Ada banyak sebab mengapa ianya terjadi. Banyak pula ditawarkan produk menguruskan badan oleh bermacam-macam pengeluar. Ada yang mahal, ada yang murah. Ada yang mujarab , ada yang tidak.


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tips menguruskan badan secara alami atau semulajadi. Moga ianya akan memberi sedikit menafaat bagi yang rajin mencuba....


Tips kuruskan badan secara semulajadi


1. Limau nipis

Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi.

Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat.  Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

2. Nanas

Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.

3. Buah delima

Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat dua jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setia bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya.

Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam, dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

4. Lobak merah dan timun

Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.

5. Daun salam (atau daun kari)


Daun salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti.

Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

6. Halia

Jus halia ini pula perkongsian dari kawan cik tom. Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita.

Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.  Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air halia  sebelum makan pada waktu siang dan malam.


Tips dari penyanyi, Aizat menguruskan badan...

1. Set jangkamasa nak kurus & target weight. ( Target saya: 75kg- 3 bln). Saya dulu 112kg.

2. Stop makan nasi, air bergas dan  fast food utk 3 bulan tu. Makan tiap2 4 jam..apa2 makanan yang kurang lemak, minyak dan kurang gula. Aizat dulu banyak makan benda-benda organik. Basically makanan diproses Aizat avoid.

3. Exercise 30 minit tiap2 hari..jogging,... swim,futsal, etc..ni tak boleh miss selama 3 bulan.

4. Yang paling penting is self will and determination! Jangan mudah give up.

Semoga berjaya...

via: Mazni Mokhtar
- Ladies Store -

Saturday, April 13, 2013

RAMBUT BERUBAN...



Rambut beruban bukanlah tanda tua bagi mereka yang berumur dalam lingkungan 50an tetapi ia lebih kepada penunjuk kualiti darah yang kurang baik dan keadaan ginjal yang agak lemah.

Tahukah anda bahawa minum jus wheatgrass muda setiap hari dapat mengembalikan warna rambut yang beruban kepada warna hitam atau warna semulajadi seseorang itu.

Selain itu, jus ini juga mampu memperlahankan proses penuaan secara keseluruhan dengan cara menggalakkan penghasilan sel-sel badan yang baru, menyahtoksikkan badan, melawan pertumbuhan tumor, menegangkan kulit yang tua dan kendur.

Tuesday, April 9, 2013

10 TIPS TINGKATKAN METABOLISME....





Apa itu metabolisme?

Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.

Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Metabolisme
bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,
mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.
 


Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah?

Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

1) Minum Air Secukupnya.

Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

2) Jangan lupa suplemen kalsium.


 Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

3)Makan!

Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

4)Tidur yang cukup.

Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

5)Jangan Stress.

Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

6)Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda.


Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.


7)Lakukan senaman menggunakan pemberat.


Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.

Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basic metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

Tak pandai kira BMR atau keperluan kalori seharian anda? Dapatkan panduan teliti melalui ebook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

8)C untuk cergas.

Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

9)Pedas!



Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

10)Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.

Teh Oolong

Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

sumber: kevinzahri.com

Monday, April 8, 2013

16 KEBAIKAN SUJUD DALAM SHOLAT....




Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam.
Wallahu a’lam.

sumber: Harian metro online

Saturday, April 6, 2013

HINDARI MINUMAN BERAIS SELEPAS MAKAN....




Anda suka minum
air ais setelah makan? Jika ya, sebaiknya kebiasan itu segera dihentikan. Kenapa begitu? Menurut ilmu kedoktoran, minum air ais  setelah makan akan membekukan makanan berminyak yang baru dikonsumsi.

'Mencegah lebih baik daripada mengubati',
itulah nasihat yang sering diingatkan orang tua kita. Tapi terkadang kita lalai dan bahkan sering melanggar. Pola makanan dan minuman yang kita konsumsi setiap hari sangat berpengaruh terhadap kesihatan kita, hidangan cepat saji dan minuman ais adalah salah satu yang memberi kontribusi buruk terhadap kesihatan, mengapa?

Kerana kebiasaan
minuman ais  setelah makan akan mempersempit saluran usus kita. Memang enak, minum air dingin usai makan, seperti : Cola ais, teh manis ais, ais krim atau sirap dingin lainnya, tapi ingat……. ! Hal itu boleh  berakibat fatal. Kondisi dingin akan membekukan makanan berminyak yang baru dimakan. Ini akan memperlambat proses pencernaan.

Bila lemak-lemak terbentuk dalam usus, ia akan mempersempit saluran pencernaan dan lama kelamaan akan menyebabkan lemak berkumpul sehingga kita semakin gemuk atau menuju ke arah munculnya berbagai penyakit.

Untuk menghindari
hal demikian terjadi, biasakanlah minum air panas, teh panas atau yang lainnya. Tentu saja dengan panas yang layak untuk diminum. Kurangi kebiasaan meminum-minuman dingin baik yang telah didinginkan di peti ais  atau dicampur ais. Minuman yang dingin boleh  mengakibatkan mengecutnya saluran-saluran darah dari yang besar hingga sekecil diameter rambut kita.




Orang-orang Jepun
dan China telah membiasakan minum Teh Panas atau Sup Panas usai makan dan bukannya air dingin. Ternyata kebiasaan mereka itu dapat mengurangi ataupun menghambat munculnya serangan jantung.

Tentang air panas kaitannya dengan “serangan jantung” tentu ada korelasinya. Bagi mereka yang memiliki penyakit jantung koroner berapapun peratus  penyumbatannya, akan memudahkan terjadinya serangan jantung apabila terbiasa minum air dingin. Hal demikian kerana saluran koronernya boleh  mengeras dan atau mengecut sehingga lubang salurannya boleh  mengecil yang pada gilirannya dapat menghambat laju darah  ke jantung. Oleh kerana itu, untuk menghambat proses mengecut dan mengerasnya saluran koroner, biasakanlah meminum air panas.

Bagi mereka yang mendapat serangan jantung koroner, ada baiknya minum air panas untuk mengembangkan saluran koronernya ,memperlancar laju darah, sebelum diambil tindakan medik selanjutnya.

Setiap orang harus mengenali tanda-tanda serangan jantung terutama jantung koroner. Apabila tangan sebelah kiri merasakan sering sakit-sakit 
mulai dari jari tangan hingga bahu dan kemudian diikuti seringnya kesemutan. Kemudian, rasa sakit di dada sebelah kiri hingga tembus ke punggung. Selanjutnya diikuti rasa pusing, sesak nafas dan berkeringat dingin.

Maka gejala-gejala demikian adalah awal atau permulaan serangan jantung. Apabila kita mengenali gejala tersebut, maka segeralah melakukan tindakan yang diantaranya minum air panas, sebelum meminum ubat-ubat untuk melancarkankan darah seperti Trombo aspilet, ascardia atau palavic.

Terapi saluran koroner dengan air panas yang diminum itu, tentu saja hanya sebagai mencegah berlanjutnya serangan jantung. Jalan yang terbaik untuk mencegah munculnya serangan jantung koroner itu adalah perilaku sihat kita, sebagaimana tips di bawah ini.

1. Melakukan tindakan olah raga secara rutin sesuai dengan kadar usia dan dilakukan secara konsisten. Kalau memungkinkan, dilakukan setiap hari dengan minimal 10 ribu langkah ;

2. Makanlah yang baik dan halal serta menghindari yang berkadar lemak tinggi seperti pada daging bahgian dalam, bersantan, berminyak (Goreng-gorengan), dan yang mengandung zat kimia (pemanis, pengawet dan pelazat). Hindari merokok. Ini berbahaya;

3. Hidup bersahaja, bersabar, hidup bersih diri dan persekitaran

4. Untuk mengurangi kadar kolesterol dalam darah kita, maka biasakan melakukan diet melalui puasa atau mengurangi makanan seperti pada point kedua

5. Apabila saat ini kita sudah merasakan gejala serangan jantung, maka rajinlah konsultasi dengan doktor

Semakin banyak kita mengenali gejala awal serangan jantung, dan melakukan tindakan-tindakan seperti point pertama  hingga keenam, maka akan semakin terbuka lebar terhindar dari serangan jantung yang mematikan. Mudah-mudahan kita senantiasa diberikan kesihatan oleh Allah SWT. dan dengan sihat itu, kita dapat beribadah dengan baik dan menjalani kehidupan dengan tenang.


sumber: Unik dan Keren

Thursday, April 4, 2013

20 CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN....




Umumnya daya ingatan atau kemahiran kognitif seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain.



Pakar-pakar kognitif menggariskan beberapa kaedah bagi meningkatkan daya ingatan, iaitu dengan:

1. Senaman dan aktiviti fizikal (seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift) secara rutin

Ini dapat menyihatkan jantung, kurang risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak.

2. Tukar rutin harian

Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir. Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan. Contohnya, tukar cat dinding atau wall paper, ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir.

3. Tidur sekejap waktu siang

Kelebihan tidur sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sudah menjadi sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada >1430 tahun yang lalu. Kini, kelebihan tidur sekejap waktu siang juga telah diakui oleh pakar kerana ia dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan bagi tempoh yang lama.

4. Minda fotograf

Ingatan diproses dan disimpan di kawasan berlainan dalam otak. Oleh itu, bagi membantu menguatkan ingatan, amalkan minda fotograf iaitu dengan cara tangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti deria penglihatan (lihat dan ingat apa-apa yang anda lihat, perhatikan warna, tekstur, rupa bentuk yang unik, dsb. yang boleh mengingatkan anda sesuatu yang pernah dilihat.), deria bau (camkan bau-bau tertentu), deria rasa (camkan rasa tertentu) dan lain-lain.

Menggunakan minda fotograf ini dapat membantu anda mengingati sesuatu dalam tempoh yang lama.

5. Kurangkan makan

Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya, dan juga pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan. Kedua-dua faktor ini dapat memperbaiki daya ingatan.

Kajian juga mendapati orang yang makan dengan diet Mediterranean iaitu makanan yang kaya dengan sayuran, kekacang, ikan dan minyak monotepu (seperti minyak zaitun), daging dan produk tenusu kurang lemak mempunyai risiko paling rendah menghadapi masalah kognitif dan penyakit Alzheimer.

6. Permainan latih otak

Permainan latih otak seperti soduko, silang kata, dan lain-lain, dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan nyanyuk.

7. Layari internet

Beri masa bagi melayari internet dalam tempoh tertentu bagi melatih otak semasa mencari maklumat. Pakar neurologi yang bernama Gary Small (Pengarah di UCLA Memory & Aging Center, USA yang juga pengarang buku iBrain mengatakan bahawa melayari internet untuk mendapat sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus latihan otak, terutamanya bagi orang-orang yang berumur antara 55 hingga 76 tahun. Ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kerana maklumat yang banyak dalam minda/otak.

8. Berhenti sekejap untuk minum teh atau kopi

Teh hijau dan teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi. Kafein yang banyak dalam kopi pula meningkatkan konsentrasi. Namun begitu, jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya, terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua.

9. Atasi depresi (kemurungan)


Depresi yang tidak dirawat boleh mengganggu memori/daya ingatan. Jika anda mengalami depresi, segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.

10. Amalkan multi-tasking (kerja pelbagai)

Multi-tasking atau kebolehan melakukan pelbagai kerja/tugas dalam satu masa boleh meningkatkan daya ingatan. Contohnya, dengar muzik atau radio sambil belajar. Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati sesuatu melodi tersebut. Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa, anda perlulah belajar dan praktiskan.

11. Kawal tahap gula dalam darah


Kajiaan menunjukkan fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah naik. Ini kerana salur darah yang membekalkan darah ke otak rosak. Jika anda pengidap diabetes Type-2, tahap gula dalam darah perlu dikawal. Jika sekiranya anda bukan pesakit diabetes, berat badan yang normal perlu dijaga dengan mengamalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes.

12. Senaman mata

Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan.

13. Makan sayuran hijau

Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk. Sayuran hijau pula merupakan sumber folate yang baik (contohnya, sayur salad, bayam, asparagus, parsley, brokoli, cauliflower (bunga kobis), beets dan sayur kacang) bagi mengurangkan nyanyuk. Selain itu, suplemen seperti vitamin C, gingko biloba, vitamin E dan kismis juga digalakkan.

14. Tangani apnea tidur

Orang yang mengalami apnea semasa tidur (iaitu keadaan yang melibatkan laluan udara tersumbat semasa tidur menyebabkan pernafasan terhenti sebentar) akan menyebabkan keadaan tisu di otak yang menyimpan memori akan merosot.

15. Belajar sesuatu yang baru

Dalam kehidupan seharian, banyak perkara atau aktiviti baru yang boleh dipelajari, selain daripada aktiviti yang biasa dilakukan secara rutin. Contohnya, permainan latihan minda yang baru, belajar bahasa baru, dan aktiviti-aktivi lain. Ini akan meningkatkan daya ingatan.

16. Berhenti merokok

Perokok mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok.

17. Makan coklat hitam


Coklat hitam yang mengandungi sebatian epicatechin memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah. Makanan lain yang mengandungi epicatechin ialah blueberries, anggur dan teh.

18. Letak barang-barang pada tempatnya

Ingatan kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu berfungsi mengingatinya.

Bagi memudahkan diri sendiri mengingati sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa, buatlah nota peringatan.

19. Jangan bersara awal

Jika anda gembira dan merasai kepuasan dengan kerja yang dilakukan, janganlah bersara awal. Bekerja akan membantu mengekalkan daya ingatan dan tidak cepat menjadi pelupa atau nyanyuk. Jika bersara anda akan berhenti terus berfikir mengenai kerja kerana anda hanya lakukan kerja rutin yang tidak perlu menggunakan fikiran yang tajam, dan ini akan mempercepatkan lagi seseorang itu menjadi pelupa.

20. Majlis silaturrahim dengan rakan taulan


Mengadakan majlis perjumpaan, majlis ilmu dan bersilaturrahim sesama rakan-rakan dapat meningkatkan daya ingatan, terutamanya bagi warga emas dan mampu melambatkan risiko nyanyuk.

via: sitik's
Sumber

Tuesday, April 2, 2013

KUNCI KESIHATAN SEPANJANG HAYAT...





Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya.

Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik adalah menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan.

Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi
melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit.

Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah
kepada serangannya.

Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat?




Faktor yang melemahkan
sistem imun termasuklah tidak cukup rehat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh,
terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1,
artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus.

Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV,
hepatitis dan kayap.

Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis.
Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang?

Renungkan fakta berikut:
Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.


Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.


Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.


Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.


Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.


Udara dan sumber air juga turut tercemar.

Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?

sumber: kesihatan.biz