Kenapa kopi perlu dikaitkan dengan kesihatan? Apakah ada kelebihan kopi yang boleh memberi kebaikan kepada tubuh badan kita? Topik kali ini membincangkan amalan minum kopi dan keberkesanannya untuk kesihatan diri.
1. Diabetes
Bagi mereka yang sukakan kopi dan mempunyai diabetes, mungkin ada khabar gembira untuk anda. Kajian mendapati bahawa, semakin banyak anda minum kopi lagi kurang risiko diabetes.Juga antioksida,mineral dan kafein dalam kopi tersebut meningkatkan kadar metabolisme glukosa dan sensitiviti insulin dalam tubuh badan. Tambahan pula, sesiapa yang mengamalkan 3 ke 4 cawan kopi setiap hari berkelebihan 50% untuk tidak dijangkiti diabetes tahap 2 berbanding mereka yang tidak meminati kopi.
2. Gout.
Kopi boleh merendahkan risiko gout? Saintis barat mendedahkan, 4 atau lebih cawan kopi sehari berupaya merendahkan risiko penyakit gout untuk lelaki, dan kebarangkalian tahap asid urik dalam darah juga akan berkurangan.
3. Sakit jantung
Kopi yang mengandungi antioksida mampu untuk merendahkan risiko diabetes tahap 2 dan tidak dinafikan jika kopi juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Sudah memadai jika 2 cawan kopi sehari untuk membenarkan hidup lebih bahagia dengan jantung yang sihat.
4. Kuatkan daya ingatan otak
Tahukah anda bahawa satu kajian yang dijalankan pada 2009 mendapati bahawa mereka yang mengamalkan 5 cawan kopi sehari boleh menjadikan mereka 65% terselamat daripada terkena penyakit Alzheimer pada usia tua. Juga kafein yang terkandung dalam kopi membantu mengurangkan protein beta-amyloid, yang kebiasaan terhasil pada otak pesakit Alzheimer.
5. Kanser
Penggemar kopi juga bernasib baik kerana dikatakan bahawa mereka yang meminum kopi berupaya untuk kurangnya risiko mendapat kanser kulit. Pakar menjelaskan, kafein bertindak sebagai ejen merendahkan kanser tersebut. Selain itu, mereka menambah, makanan yang mengandungi kafein seperti teh, kola dan coklat merendahkan risiko kanser.
6. Risiko strok
Penyelidikan yang dijalankan di Universiti Havard menemui yang peminum kopi – walaupun kopi yang tiada kafein – boleh merendahkan risiko strok, kerana kopi tersebut kaya dengan antioksida yang berfaedah!
"Perhatikan kesihatanmu, ia kehidupanmu"
sumber: Kevin Zahri

Perumpamaan Cina ada berkata:
“Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum Green Tea”.
Green Tea telah diamalkan di Negeri Cina semenjak 4000 tahun dahulu.
Orang cina telah menggunakan kebaikan Green Tea untuk merawat segala
macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan. Kesemua jenis teh
adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah
pemprosesan membezakan jenis teh:
-hijau
-hitam
-oolong
Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan
proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian.
Selepas pengwapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh
hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.
Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Green Tea
antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute,
1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Green
Tea mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita
Cina sebanyak 60%.
Secara umum Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa
rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit
kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.
Kenapa Green Tea Istimewa?
Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya
epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat.
Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan
25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA
daripada kerosakan oksidan ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari
resveratol yang terdapat dalam wine merah.
Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus,
melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal
bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam
badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah,
penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.
Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.
Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah,
pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan
gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung
dan strok.
Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau
Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di
dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan .
Antara
kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara
berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:
1.Membantu mengawal tekanan darah tinggi
· Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
2.Membantu mengawal paras gula darah
· Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.
3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah
· Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
4.Menguatkan sistem imun
· Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
5.Menurunkan paras kolesterol
· Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
6.Menggalakkan pembakaran lemah
· Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus
kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ
dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik
dan diabetes jenis 2). Tiga komponen utama perawatan yang penting
adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik
dan pankreas untuk penghadaman
sumber: meraban.semenyih

Tidak dapat dinafikan teh mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan, seperti membantu melawan kanser, penyakit jantung, dan diabetes, di samping membantu mengurangkan berat badan dan kandungan kolesterol dalam darah.
Dalam kehidupan moden sekarang, kebanyakan minuman teh kita menggunakan teh uncang, yang mana uncangnya diperbuat daripada kertas atau kain nipis. Uncang teh yang diperbuat daripada kertas ini berbahaya kerana kertas pembungkus (uncang) teh ini selalunya dirawat dengan bahan kimia epichlorohydrin. Epichlorohydrin ini merupakan bahan yang juga terdapat dalam racun makhluk perosak, yang mana ia memberi kesan kepada kesuburan orang lelaki, mengurangkan fungsi imun badan, dan berpotensi menjadi penyebab kanser, terutamanya apabila bahan kimia ini mempunyai ciri larut air.
Sejak kebelakangan ini, uncang teh juga diperbuat daripada plastik atau nylon (polyethylene terephthalate atau PET) atau sebatian fiber yang lain. Bahan ini berpotensi menjadi toksik (beracun) kepada badan kerana bahan toksik ini boleh larut dalam air teh.
Oleh itu, jalan terbaik bagi mengelakkan semua kesan buruk daripada penggunaan teh uncang ialah menggunakan teh serbuk untuk membuat air teh.
"Kesihatan adalah teman yang paling hampir"
via: sitik's
Sumber

Terlalu banyak gula dalam makanan dan minuman amat membahayakan kesihatan, terutamanya gula pasir dan gula tiruan.
Di antara kesan buruk akibat pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak gula ialah:
1. Memberi tekanan kepada sistem imun (ketahanan) badan.
2. Menyebabkan naik berat badan (gemuk) dan obesiti.
3. Meningkatkan risiko mendapat penyakit hati berlemak.
4. Menyebabkan sakit kepala, termasuk migrain.
5. Menyumbang kepada hiperaktiviti, kebimbangan, depresi (kemurungan) dan sukar memberi tumpuan (konsentrasi).
6. Mempercepatkan proses penuaan, menyebabkan kulit cepat berkedut dan rambut cepat beruban.
7. Menyebabkan gigi cepat reput dan berlubang.
8. Meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah.
9. Menyebabkan diabetes.
10. Meningkatkan risiko kanser payudara, kolon dan prostat.
"Kurangkan gula dalam minuman
tambahkan manis dalam senyuman"
sumber: sitik's
Sambil
rehat-rehat atau bersantai2... kita boleh la cuba2 repair badan kita
sendiri atau pasangan (suami/isteri).
Rujuk grafik.
Picit dan gosoklah bahagian2 berkenaan di tapak
tangan kita. InsyaAllah bermanfaat untuk kesihatan. Lagi baik kalau
sedang memicit2 atau menggosok2 tu kita baca Surah Al-Fatihah, Ayat
Kursi dan 3 Surah Qul...
"Sihat itu anugerah Tuhan"
sumber: Amalan Hidup Sihat
Limau nipis
1 . Ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . Ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas
air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya
dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada
dahi pesakit.
3. Ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang
dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak
dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
Limau kasturi
4 . Ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.
Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar.
Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . Ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5
titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi
tadi.
Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak
mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6 .Ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum
setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam,
kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut
anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . Ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang
diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian
bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji
air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala
lembap.
Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . Ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau
kasturi tadi dengan sedikit garam.
Kemudian, gosokkan campuran di atas
pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya
selama 5 hingga 10 minit.
Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir
sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain
macam biasa.
9 . Ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji
limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala.
Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain
mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening
& menyejukkan kepala.
10 . Ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau
hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama.
Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian
lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat &
jelas lebih lama.