Monday, May 20, 2013

KOPI, KAITANNYA DENGAN KESIHATAN...








Kenapa kopi perlu dikaitkan dengan kesihatan? Apakah ada kelebihan kopi yang boleh memberi kebaikan kepada tubuh badan kita? Topik kali ini membincangkan amalan minum kopi dan keberkesanannya untuk kesihatan diri.

1. Diabetes


Bagi mereka yang sukakan kopi dan mempunyai diabetes, mungkin ada khabar gembira untuk anda. Kajian mendapati bahawa, semakin banyak anda minum kopi lagi kurang risiko diabetes.Juga antioksida,mineral dan kafein dalam kopi tersebut meningkatkan kadar metabolisme glukosa dan sensitiviti insulin dalam tubuh badan. Tambahan pula, sesiapa yang mengamalkan 3 ke 4 cawan kopi setiap hari berkelebihan 50% untuk tidak dijangkiti diabetes tahap 2 berbanding mereka yang tidak meminati kopi.


2. Gout.

Kopi boleh merendahkan risiko gout? Saintis barat mendedahkan, 4 atau lebih cawan kopi sehari berupaya merendahkan risiko penyakit gout untuk lelaki, dan kebarangkalian tahap asid urik dalam darah juga akan berkurangan.


3. Sakit jantung

Kopi yang mengandungi antioksida mampu untuk merendahkan risiko diabetes tahap 2 dan tidak dinafikan jika kopi juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Sudah memadai jika 2 cawan kopi sehari untuk membenarkan hidup lebih bahagia dengan jantung yang sihat.


4. Kuatkan daya ingatan otak

Tahukah anda bahawa satu kajian yang dijalankan pada 2009 mendapati bahawa mereka yang mengamalkan 5 cawan kopi sehari boleh menjadikan mereka 65% terselamat daripada terkena penyakit Alzheimer pada usia tua. Juga kafein yang terkandung dalam kopi membantu mengurangkan protein beta-amyloid, yang kebiasaan terhasil pada otak pesakit Alzheimer.


5. Kanser

Penggemar kopi juga bernasib baik kerana dikatakan bahawa mereka yang meminum kopi berupaya untuk kurangnya risiko mendapat kanser kulit. Pakar menjelaskan, kafein bertindak sebagai ejen merendahkan kanser tersebut. Selain itu, mereka menambah, makanan yang mengandungi kafein seperti teh, kola dan coklat merendahkan risiko kanser.


6. Risiko strok

Penyelidikan yang dijalankan di Universiti Havard menemui yang peminum kopi – walaupun kopi yang tiada kafein – boleh merendahkan risiko strok, kerana kopi tersebut kaya dengan antioksida yang berfaedah!


"Perhatikan kesihatanmu, ia kehidupanmu"



sumber: Kevin Zahri

No comments:

Post a Comment