Thursday, May 16, 2013

ADAKAH MINUM TEH BAHAYA?



Tidak dapat dinafikan teh mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan, seperti membantu melawan kanser, penyakit jantung, dan diabetes, di samping membantu mengurangkan berat badan dan kandungan kolesterol dalam darah.

Dalam kehidupan moden sekarang, kebanyakan minuman teh kita menggunakan teh uncang, yang mana uncangnya diperbuat daripada kertas atau kain nipis. Uncang teh yang diperbuat daripada kertas ini berbahaya kerana kertas pembungkus (uncang) teh ini selalunya dirawat dengan bahan kimia epichlorohydrin. Epichlorohydrin ini merupakan bahan yang juga terdapat dalam racun makhluk perosak, yang mana ia memberi kesan kepada kesuburan orang lelaki, mengurangkan fungsi imun badan, dan berpotensi menjadi penyebab kanser, terutamanya apabila bahan kimia ini mempunyai ciri larut air.

Sejak kebelakangan ini, uncang teh juga diperbuat daripada plastik atau nylon (polyethylene terephthalate atau PET) atau sebatian fiber yang lain. Bahan ini berpotensi menjadi toksik (beracun) kepada badan kerana bahan toksik ini boleh larut dalam air teh.

Oleh itu,
jalan terbaik bagi mengelakkan semua kesan buruk daripada penggunaan teh uncang ialah menggunakan teh serbuk untuk membuat air teh.




"Kesihatan  adalah teman yang paling hampir"


via: sitik's

Sumber

No comments:

Post a Comment