Wednesday, February 20, 2013

SINDROM DOWN...




Anda mungkin pernah melihat wajah seperti diatas, dan akan mendapatinya serupa disuatu tempat yang lain. Tahukah anda kenapa dan mengapa mereka berwajah serupa? Inilah apa yang yang dipanggil anak sindrom down. Artikel berikut mungkin boleh memberi sedikit maklumat lanjut....


Apa itu sindrom Down?

Bayi dengan sindrom Down mempunyai unsur genetik tambahan di dalam sel mereka. Mereka biasanya mempunyai kromosom tambahan dalam setiap sel, dan ini boleh menjejaskan keseluruhan bahagian badan.

Kesemua kanak-kanak dengan sindrom Down mempunyai masalah pembelajaran, tetapi keseriusannya bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Pada sesetengah daripada mereka, masalah ini ringan sahaja, tetapi pada yang lain ia mungkin masalah yang teruk. Mereka juga mempunyai ciri-ciri fizikal tertentu, namun ia berbeza mengikut individu. Jika bayi anda didiagnos dengan sindrom Down, dia mungkin mempunyai:
otot dan sendi yang longgar dan dia mungkin kelihatan lembik;
satu sahaja garisan pada tapak tangan;
mata sepet, mulut dan telinga yang kecil;
bahagian belakang kepala yang leper;
badan yang lebih kecil dan ringan semasa lahir berbanding bayi lain;
bentuk badan yang pendek dan gempal.


Mengapakah sesetengah bayi dilahirkan dengan sindrom Down?

Sindrom Down berlaku apabila seorang bayi itu menerima unsure genetik tambahan daripada ibu bapanya. Dalam kebanyakan kes, sukar untuk difahami mengapa ia terjadi.

Risiko melahirkan bayi dengan sindrom Down lebih tinggi bagi wanita yang mengandung pada usia yang lewat. Oleh kerana ini melibatkan profil genetik, sesetengah keluarga mempunyai risiko yang lebih tinggi, manakala bagi yang lain pula ia merupakan satu perkara yang berlaku secara rawak.

Jika bayi anda menghidap sindrom Down, jangan salahkan diri sendiri. Perkara ini bukan disebabkan oleh apa-apa perkara yang anda lakukan sebelum atau semasa hamil.


Bolehkah sindrom Down didiagnos sebelum kelahiran?

Jika umur anda lebih daripada 35 tahun, anda mungkin akan ditawarkan saringan untuk sindrom Down semasa anda hamil. Saringan ini termasuk gabungan ujian darah dengan imbasan ultrabunyi (ultrasound).

Ujian-ujian saringan ini tidak dapat memastikan dengan tepat jika bayi anda mempunyai sindrom Down. Ia hanya boleh memberitahu samada terdapat risiko tinggi mengalaminya. Baca artikel kami mengenai imbasan untuk sindrom Down untuk maklumat lanjut.

Jika keputusannya menunjukkan bahawa bayi anda mungkin mengalami sindorm Down, anda boleh memilih untuk menjalani ujian-ujian lanjut seperti amniosintesis dan ujian vilus korionik (chorionic villus sampling - CVS. Ini dilakukan dengan cara memasukkan sebatang jarum halus ke dalam uterus (rahim) dan mengeluarkan sedikit sel untuk diuji di makmal. Terdapat sedikit risiko jangkitan atau keguguran dengan ujian-ujian tersebut. Jika doktor mencadangkan ujian ini dijalankan, beliau perlu menerangkan dengan jelas tentang risiko dan kebaikan ujian-ujian ini.

Untuk mendiagnos sindrom Down selepas bersalin, doktor kepada bayi anda akan membuat pemeriksaan fizikal dan menguji darah bayi untuk mengesan kehadiran kromosom tambahan.




Adakah bayi saya akan mempunyai masalah kesihatan?

Jika bayi anda didiagnos dengan sindrom Down, anda tentu sekali risau mengenai masa depannya, lebih-lebih lagi kanak-kanak sepertinya biasanya boleh mengalami masalah kesihatan. Terdapat banyak organisasi yang memberi sokongan kepada keluarga kanak-kanak sindrom Down yang boleh anda rujuk (lihat Direktori A-Z Special Needs kami).

Sindrom Down boleh menjejaskan setiap bahagian badan dan mungkin menjurus kepada:
masalah dengan pergerakan otot, sendi dan tulang;
masalah penglihatan dan pendengaran;
mudah terkena jangkitan;
masalah penghadaman;
paru-paru tidak normal;
kecacatan jantung.Mereka yang mempunyai sindrom Down juga mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat leukimia dan masalah lain yang berkaitan dengan darah.

Penting bagi anak mendapat penjagaan kesihatan yang baik sepanjang hayatnya supaya sebarang masalah dapat dikesan dan diuruskan dengan baik. Dia harus kerap dibawa mendapatkan pemeriksaan kesihatan termasuk ujian-ujian pendengaran dan penglihatan. Anak anda juga perlu mendapat perhatian daripada mereka yang pakar dalam masalah pembelajaran.


Bagaimana dengan masa depan anak saya?

Semua kanak-kanak sindrom Down mempunyai masalah pembelajaran. Namun, tahap keseriusannya berbeza bergantung kepada individu tersebut. Kebanyakan kanak-kanak sindrom Down dapat mencapai tahap perkembangan seperti belajar berjalan, menggunakan tandas, bercakap, membaca dan menulis, tetapi mereka mengambil masa untuk melakukannya bergantung kepada kemampuan sendiri.

Demi memastikan anak anda mencapai potensinya ialah dengan memastikan dia mendapat penjagaan kesihatan yang baik serta menerima sokongan yang sepatutnya dari segi sosial dan pendidikan.

Anak anda mungkin memerlukan bantuan tambahan seperti terapi percakapan, fisioterapi dan pendidikan khas. Seperti mana kanak-kanak lain, anak sindrom Down perlukan kasih sayang dan perhatian daripada keluarga, dan dia perlukan sokongan untuk membantu perkembangannya. Sesetengah kanak-kanak sindrom Down dapat mengikuti pelajaran di sekolah biasa. Individu dewasa dengan sindrom Down juga dapat hidup dengan sihat dan aktif sehingga melepasi usia 50 tahun.


Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?

Bantuan yang paling dekat ialah pakar kanak-kanak atau doktor keluarga yang biasa memeriksa anak anda. Anak anda juga mungkin akan diletakkan di bawah penjagaan kumpulan pakar di hospital atau klinik kerajaan berdekatan.

Pakar kanak-kanak yang memeriksa anak anda mungkin akan merujuk anda kepada Yayasan Kiwanis Sindrom Down. Di sini terdapat kelas-kelas untuk membantu dalam perkembangan dan pembelajaran anak anda. Di Malaysia, kanak-kanak sindrom Down boleh didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan sumber-sumber dan sokongan tambahan.

Membesarkan anak dengan sindrom Down boleh jadi satu cabaran besar. Ia mungkin bukan sesuatu yang anda jangkakan. Ada masa-masa yang sukar dan yang indah juga. Tetapi anda akan dapat banyak sokongan daripada keluar-ga-keluarga lain yang telah mempunyai pengalaman positif dalam membesarkan anak-anak sindrom Down mereka

Sumber:

http://www.babycenter.com.my/a1053568/sindrom-down#ixzz2LPKJpXTA

Tuesday, February 19, 2013

KEAJAIBAN PISANG...



Allah Subhanahu wa Ta'ala menceritakan tentang para penghuni Syurga dan kenikmatan yang dialami mereka dengan firman-Nya:

” Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada diantara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah.” (QS. Al-Waaqi’ah: 27-31)


Dan yang menjadi pendapat majoriti  Ulama dari kalangan Shahabat dan Tabi’in adalah bahwa yang dimaksud dengan الطلح adalah pisang. Dan ini adalah yang disebutkan oleh para ahli Tafsir seperti ath-Thabari, ar-Razi, al-Qurtubi, Ibnu Katsir dan asy-Syaukani rahimahumullah.

Pisang (Banana) adalah pohon jenis Terna (pohon dengan batang yang lembut  dan tidak berkayu) dari suku Musaceae, yang tingginya mencapai enam meter, dengan batang yang kuat, dan daun-daun yang besar memanjang dan berwarna hijau tua. Buah pohon ini nampak dalam bentuk sisir-sisir, yang tiap sisirnya berisi (10- 20) pisang, dan dalam buahnya tidak terdapat biji.

Kata pisang (dalam bahasa Arabnya الموز) berasal dari bahasa India (موزا), dan namanya dalam bahasa Arab adalah sebagaimana yang tercantum dalam al-Qur’an, yaitu الطلح. Dan orang-orang Arab menyebutnya dengan Banan (jari-jari), kerana ia mirip dengan jari-jari kedua tangan. Dan ketika ia sampai ke Eropah melalui jalur Sepanyol, mereka (orang Eropah) menyebutnya dengan kata dalam bahasa Arab yaitu Banana (pisang). Dan manusia telah mengenal pisang semenjak ribuan tahun SM (sebelum Masehi), dan ada yang mengatakan bahwa ia pada asalnya berasal India.

Pisang Dalam Ilmu Kedoktoran Kuno

Disebutkan dalam pengubatan kuno bahwa pisang bermanfaat dalam (pengubatan) inflamasi (radang) , paru-paru, dan batuk. Dan melancarkan buang air kecil, dan bermanfaat untuk luka ginjal dan kandung kemih. Ia juga membangkitkan hasrat hubungan suami isteri dan meningkatkan produksi sperma (air mani).

Di samping itu ia juga melunakkan perut, meningkatan produksi hempedu, dan kelenjar yang lain, namun terlalu banyak mengkonsumsinya juga kurang bagus kerana ia berat dicerna (oleh perut). Dan masih banyak lagi manfaat pisang yang lainnya.

Komposisi Ilmiah Dan Zat Aktif Yang Dikandungnya

Analisis menunjukkan bahwa pisang mengandungi (68%) air, (25%) gula, (2%) protein, (1%), lemak dan minyak, (1%) serat Selulosa. Sebagaimana juga ia mengandung pati dan asam tanin, vitamin A (300 IU per seratus gram), vitamin B dengan berbagai jenisnya; B1, B2, B 6, dan 12 (100 mg per seratus gram), persentase yang cukup dari vitamin D, dan sedikit Vitamin Z. Dan pisang juga mengandungi Kalsium (100 mg per seratus gram), Fosfor, Besi, Sodium, Kalium (potassium), Magnesium, dan Zink.

Pisang Dalam Kedoktoran Modern

1. Pisang terhitung sebagai makanan (sumber gizi) yang hampir sempurna dikeranakan ia mengandung nutrisi yang enam, yaitu: air, gula, protein, lemak, vitamin, dan mineral. Dan berkat tingginya nilai gizi yang dikandungnya, maka ia telah menjadi makanan penting (pokok) bagi banyak orang.

2. Sebagaimana juga pisang terhitung sebagai salah satu makanan yang menyediakan energi dan kalori bagi tubuh dalam jumlah yang cukup. Maka setiap 100 gram pisang segar dan matang memberikan tubuh (100 kalori), yaitu seperti yang diberikan oleh seratus gram daging. Dan adapun seratus gram pisang kering memberikan (250 kalori)

3. Sebagaimana juga dapat dimanfaatkan dari pisang dalam pencegahan Osteomalasia (pelembutan tulang pada bayi) pada anak dan Osteoporosis (pereputan tulang) pada orang dewasa (tua), dan kekurangan kalsium pada wanita hamil dan ibu menyusu. Dikeranakan ia mengandung jumlah kalsium yang cukup, yaitu setiap 1 kg pisang mengandung 1gr kalsium. Dan perlu diketahui bahwa keperluan  harian kalsium untuk tubuh adalah satu setengah gram, dan bahwasanya kalsium pisang lebih mudah dicerna dibandingkan kalsium susu dan kalsium dari produk susu.

4. Pisang juga mengandungi Fosfor dalam jumlah yang cukup, dan inilah yang membuatnya bermanfaat dalam perkembangan otak dan kemampuan akal, seperti kecerdasan, berfikir dan menghafal. Dahulu dikatakan tentang pisang bahwa ia adalah makanan para ahli Filosofi, kerana mereka memakannya secara rutin, seperti yang terjadi pada orang-orang (bangsa) Asyur dari bangsa kuno.

5. Pisang juga bermanfaat dalam perlindungan dan pencegahan gigi dari kerosakan. Dan juga bermanfaat untuk radang mulut dan gusi, kerana ia mengandung fluoride, yaitu suatu zat penyeteril.

6. Pisang mengandung zat Besi dan vitamin D, sehingga berguna dalam pencegahan dan pengobatan anemia dan kekurangan zat Besi, dimana vitamin D mempermudah penyerapan zat besi dalam usus.

7. Pisang mengandung vitamin B 1, B 6, B 12, kerana itu ia berguna dalam pengubatan peradangan (infeksi) saraf dan kerusakan saraf, seperti dalam disk (gangguan pada saraf lumbar dan sakral) dan cerebral Bell (gangguan pada saraf wajah). Dan yang perlu diketahui bahwa kekurangan vitamin vitamin B 1, B 6, B 12 menyebabkan peradangan saraf yang berbeda dari yang lain, dan kekurangan vitamin B 12 menyebabkan anemia, di samping radang saraf.

8. Sebagaimana pisang juga berguna untuk memperbaiki penglihatan dan mencegah timbulnya penyakit mata dan penglihatan, kerana ia mengandung vitamin A dalam jumlah yang cukup (300 IU per seratus gram). Dan yang perlu diketahui bahwa keperluan harian vitamin A bagi tubuh adalah (3500 IU per hari)

9. Dan pisang juga bermanfaat dalam pengubatan cirit-birit (diare), jika pisang itu matang namun, jika ia mentah maka ia berguna dalam pengubatan sembelit.

10. Penelitian baru menguatkan bahwa pisang mengandung hormon-hormon yang berfungsi untuk mengatur aktiviti sistem saraf dan pisang juga bermanfaat dalam pengubatan penyakit psikologis dan depresi, terutama pada anak-anak.

Pisang Tingkatkan Konsentrasi Anak

Manfaat Pisang ternyata dapat meningkatkan konsentrasi anak. Buah Pisang termasuk buah yang padat nutrisi dan energi. Teksturnya yang lembut membuat pisang sering dijadikan buah pilihan untuk makanan bayi. Bagi anak-anak, manfaat pisang juga boleh menjadi bekal sihat ke sekolah.

Di
banyak negara maju
, pisang kerap menjadi bekal makanan anak-anak ke sekolah. Mereka juga memiliki resepi pisang tersendiri dengan memasukkan potongan buah pisang ke dalam sereal dan susu saat sarapan. Pisang menyediakan cukup energi bagi anak-anak untuk siap mengikuti pelajaran di sekolah. Dr Ir Sobir dari Pusat Kajian Buah-buahan Tropika IPB menjelaskan, sebuah penelitian tentang buah pisang dilakukan terhadap 200 pelajar di sekolah Twickehnham di Middlesex, Inggeris. Kepada mereka diberikan makanan tambahan berupa buah pisang saat sarapan,rehat, dan makan siang. Penelitian dilakukan menjelang waktu ujian.

Hasilnya, menurut Dr Sobir, konsumsi pisang ( produk kesihatan) tersebut membantu proses belajar mereka. Kalium yang terdapat pada pisang inilah yang berperanan meningkatkan konsentrasi belajar anak.

Selain itu, kandungan vitamin B pada pisang yang cukup tinggi juga mampu mempertahankan aktiviti  kerja sistem saraf. Hal inilah yang mendorong pelajar dapat  berkonsentrasi lebih lama. Dalam satu pisang memang terkandung banyak zat gizi. ”Kandungan vitamin dan mineralnya lebih unggul dibandingkan buah dan sayuran lain, terutama untuk vitamin B6 (piridoksin), C, kalium, serat, dan mangan,” katanya.

Jika dibandingkan dengan epal , pisang mengandung 4 kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, tiga kali lebih banyak fosfor, lima kali lebih banyak vitamin A dan zat besi, serta dua kali lebih banyak vitamin dan mineral lainnya. Banyak manfaat yang dapat  diperoleh dari satu pisang. Selain sangat bermanfaat dalam mencegah stres, pisang juga meningkatkan daya pikir, mengubati radang cerna, serta menyiehatkan mata.

Sembuhkan Radang /Bisul Perut

Bagi anak yang mengalami gangguan pencernaan, pisang juga boleh dimanfaatkan. Beberapa penelitian, seperti dijelaskan Dr Sobir, menemukan bahwa pisang dapat menyembuhkan luka pada sistem pencernaan. Penelitian atas efek antipektin pada haiwan ujian yang diberi perlakuan ekstrak pisang varietas Palo dan Horn, mampu menyembuhkan luka sebesar 70 dan 88 persen dibandingkan tanpa perlakuan.

Pisang pun dianjurkan untuk dikonsumsi anak yang bermasalah dengan sistem pencernaan kerana tekstur isi  buahnya yang halus dan lembut. ”Pisang dapat dimakan tanpa menambah kerja sistem pencernaan. Latek yang terdapat pada pisang juga dapat mencegah iritasi dengan melapisi dinding perut  dan usus,” ujar Dr Sobir.

Bagi anak yang mengalami anemia, pisang merupakan makanan yang baik. Ini kerana pisang kaya dengan  zat besi yang dapat merangsang pembentukan sel darah merah. Tambahan lagi, dengan mengonsumsi pisang, anak tidak akan sembelit, seperti yang terjadi apabila diberi suplemen zat besi.

Sudah tahu manfaat pisang... Nah, cubalah memperkaya buah pisang dalam menu harian anak-anak. Selain mudah didapat, pisang juga relatif murah, tetapi tidak murahan. Kan jelas-jelas padat gizi untuk kesihatan!

Selain menjadi favorit sebagian besar atlet, buah pisang juga memiliki khasiat bagi kesihatan serta kecantikan. Namun untuk mendapatkan manfaatnya, Anda perlu cermat memilih. Pasalnya hanya pisang yang matang saja yang dapat mengubah gula darah menjadi glukosa alami, serta cepat diabsorsi ke dalam peredaran darah.

Ciri-ciri pisang yang matang, adalah pisang yang kulitnya berwarna hijau kekuning-kuningan dengan bertompok cokelat atau kuning.

Berikut beberapa manfaat pisang:

1. Sumber Tenaga

Pisang dapat dicerna dengan mudah, sehingga gula yang terdapat didalamnya akan diubah menjadi sumber tenaga yang baik untuk pembentukan tubuh, kerja otot dan juga sangat bagus untuk menghilangkan lelah.

2. Ibu Hamil

Wanita yang tengah hamil dianjurkan untuk mengkonsumsi pisang, kerana mengandungi asid folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin, pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadi cacat bawaan.Seulas  pisang matang, akan mengandungi sekitar 85-100 kalori. Sehingga dengan memakan dua biji  pisang segar, kperluan asid folat yang sekitar 58 mikrogram dapat terpenuhi. Di samping itu pisang akan membantu menjaga kadar gula darah yang dapat mengurangi morning sick, sehingga pisang sangat baik untuk sneks ibu hamil.

3. Penderita Anemia

Kandungan zat besi yang cukup tinggi pada pisang, dapat menstimulasi produksi hemoglobin dalam darah bagi penderita anemia. Dua biji  pisang sehari, sangat baik untuk penderita anemia.

4. Penderita Sakit Ulser

Sebagai buah yang dapat dikonsumsi terus,  pisang tak membuat iritasi atau kerosakan usus bagi penderita ulser. Buah ini sering digunakan untuk melawan penyakit usus, sebab teksturnya lembut. Pisang juga dapat meneutralkan kelebihan asid perut dan melapisi perut sehingga mampu mengurangi iritasi. Bagi yang mengalami penyakit usus atau sakit perut  akibat asid perut. Anda dapat mengkonsumsinya dengan di campur pada segelas susu cair.

5. Penderita Penyakit Hati

Bagi penderita hati, dua biji  pisang sehari dengan tambahan satu sendok madu, akan baik untuk menambah nafsu makan dan meningkatkan tenaga

6. Penderita Luka Bakar

Khusus untuk penderita luka bakar, Anda dapat menggunakan daun pisang sebagai pengubatan. Caranya, kulit yang terbakar dioles dengan campuran abu daun pisang dan minyak kelapa. Campuran ini mampu mendinginkan kulit yang terbakar.

7. Yang Mengalami Stress

Pisang mengandung potasium, yaitu mineral vital yang membantu menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan kadar air dalam tubuh. Ketika mengalami stress, metabolisme tubuh akan meningkat drastik sehingga mengurangi kadar potasium tubuh. Dengan pisang, potasium dalam tubuh kadarnya akan seimbang.

8. Penderita Stroke


Berdasarkan riset The New England Journal of Medicine, mengkonsumsi pisang setiap hari akan menurunkan risiko kematian akibat stroke hingga 40%.

9. Mengawal Temperatur


Di beberapa negara, pisang dipandang sebagai makanan pendingin yang dapat menurunkan temperatur fizik dan emosional ibu hamil. Di Thailand contohnya, ibu hamil mengkonsumsi pisang untuk memastikan bayi lahir dengan temperatur sejuk.

10. Meningkatkan Kekuatan Otak

Di sebuah sekolah Inggeris, 200 pelajar mampu menyelesaikan ujian akhir hanya dengan sarapan pisang. Mereka juga kerap mengkonsumsi pisang sewaktu rehat serta makan siang, sebab pisang mampu meningkatkan kekuatan otak.

Penyusun: rsyarifario

sumber:
  naturalhealthmagazine
via:  zilzaal
الطلح المنضود: الموز

Sunday, February 17, 2013

SAWAN BOLEH DIUBATI....



Bersama Dr Fadzillah Ghazali

bminggu@bharian.com.my

Gangguan pada arus elektrik dalam otak dikenal pasti sebagai punca penyakit sawan..

SOALAN:

DOKTOR, anak saya disahkan mengalami penyakit sindrom nefrotik. Adakah penyakit ini boleh diubati? Bagaimana pula dengan pemakanannya? Adakah diet tertentu yang harus diambil? Selain itu, seorang anak saudara saya menghidapi penyakit sawan sejak umur enam bulan. Dia diserang sawan dua kali dalam sebulan. Dia masih masih bergantung pada ubat epilepsi yang diberi oleh hospital kerajaan. Adakah cara lain untuk mengatasi masalah ini.


Ahmad Kamal.


JAWAPAN:

Penyakit sindrom nefrotik ialah sejenis masalah buah pinggang yang kronik. Ia disebabkan oleh kehilangan protein yang berlebihan di dalam air kencing. Air kencing biasa tidak mengandungi bahan protein. Ini menyebabkan di sekeliling mata, muka dan kakinya bengkak.

Air kencing juga nampak kotor, berbuih dan berkurangan. Penyakit ini boleh diubati dengan rawatan steroid. Jika tidak ada kes berulang dalam masa lima tahun, peluang untuk kes tidak berulang sehingga dewasa adalah lebih tinggi.

Pemakanan kanak-kanak yang menghidap penyakit ini sama seperti kanak-kanak biasa. Kurangkan pengambilan garam dalam makanannya terutama makanan ringan dan makanan yang diproses. Lebihkan mengambil makanan yang tinggi kandungan protein.

Mengenai masalah sawan, seperti yang diketahui, penyakit sawan ialah sejenis penyakit kronik yang memerlukan rawatan jangka panjang. Ia terjadi disebabkan gangguan pada arus elektrik dalam otak iaitu manifestasi yang terjadi bergantung pada bahagian saraf otak yang terbabit.

Sekiranya menjejaskan keseluruhan bahagian otak, ia akan menyebabkan grand mal epilepsi. Sekiranya anak saudara masih mendapat sawan walaupun mengambil ubat sawan secara berterusan, beberapa perkara perlu dikaji semula sama ada:


1) Dos ubat yang diambil mencukupi,
2)Ubat yang diberi bersesuaian untuk jenis sawan yang dihidapi dan,
3)Perlu penambahan ubat yang lain atau tidak.

Tujuan utama rawatan penyakit sawan ialah memastikan pesakit tidak lagi diserang sawan dan dapat menjalani kehidupan dengan normal. Sekiranya tiada diserang sawan selama dua tahun dan ujian ulangan EEG adalah normal, ubat sawan mungkin boleh diberhentikan.

Secara amnya, kanak-kanak yang menghidap sawan mempunyai IQ yang lebih rendah dan mengalami masalah dalam membaca, mengeja dan mengira. Ini mungkin disebabkan oleh kerosakan pada bahagian otak yang menyebabkan sawan. Sesetengah ubat sawan juga boleh menyebabkan anak kurang cergas dan hilang tumpuan ketika belajar.


Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan kepada :
"Doktor di Berita Minggu" melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau
melalui pos di alamat:
Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Jawapan disediakan oleh: Dr Fadzillah Ghazali, Pakar Runding Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Darul Ehsan.--- BERITA HARIAN

Friday, February 15, 2013

GULA TERSEMBUNYI...



Gula diperbuat daripada 2 molekul atau dikenali sebagai gula ringkas, iaitu fruktos dan glukos. Fruktos berlebihan disimpan sebagai lemak oleh hati manakala glukos berlebihan pula meningkatkan kandungan gula dalam darah yang menyebabkan badan merembeskan insulin (hormon yang bertindak bagi proses penyimpanan lemak). Kedua-dua jenis gula ringkas ini menyebabkan kita berselera untuk makan yang manis-manis dan selalu rasa lapar.

Tidak dinafikan kebanyakan kita makan terlalu banyak gula setiap hari. Selain daripada gula semulajadi yang terdapat dalam makanan sihat seperti buah-buahan dan sesetengah sayuran (seperti jagung, beets, dan ubi kentang), lebih daripada 50% gula yang diambil setiap hari bersumber daripada makanan diproses. Walaupun sesetengah makanan tidak terasa manisnya, tetapi terdapat kandungan gula tersembunyi yang tinggi dalam makanan tersebut.

Gula juga banyak terdapat dalam kicap, sos tomato, salad dressing, yogurt berperisa, sos barbecue, biskut kering, sop, dan hampir semua makanan diproses.

Kebanyakan industri makanan menggunakan gula dan sirap jagung berfruktos tinggi yang murah sebagai bahan tambahan dalam makanan diproses bagi mendapatkan warna coklat, tekstur likat dan pekat, serta perisanya. Walaupun sekarang banyak produk makanan yang berhenti menggunakan sirap jagung berfruktos tinggi atas sebab-sebab kesihatan, tetapi mereka masih menggunakan gula sebagai bahan makanan tambahan. Namun begitu, penggunaan gula yang berlebihan juga sama toksiknya dengan sirap jagung berfruktos tinggi.


Apakah cara mudah untuk mengelakkan pengambilan gula berlebihan dalam badan?

Kaedah atau langkah-langkah berikut boleh diamalkan bagi mengelakkan pengambilan gula berlebihan:

1. Jangan minum air manis - amalkan minum air putih/air mineral/ air suam.

2. Makan lebih buah-buahan sebagai sumber gula semulajadi yang sihat.

3. Lakukan senaman atau aktiviti fizikal yang kerap bagi membantu badan memetabolismakan gula yang ada dalam badan supaya ia ditukarkan kepada tenaga bukannya disimpan sebagai lemak.

4. Makan madu bagi menggantikan gula pasir dalam minuman.

5. Jangan sesekali lupa baca label pada makanan diproses bagi mengetahui kandungan gula atau kalori dalam makanan tersebut.

Berikut adalah jadual bagi menunjukkan kandungan gula per 100g dan kandungan gula (dalam kuantiti sudu teh) bagi setiap hidangan makanan untuk kita jadikan panduan.

Wednesday, February 13, 2013

AMALAN HARIAN YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN GINJAL






Kerosakan ginjal (buah pinggang) ini bukannya terjadi dengan secara tiba-tiba kerana secara semulajadinya Allah menjadikan ginjal seseorang itu sejak lahir lagi berfungsi dengan baik bagi meneruskan kehidupan. Malangnya, perlakuan dan amalan harian yang kurang sihat yang menyebabkan lama-kelamaan ginjal semakin rosak dan tidak mampu berfungsi, yang mana akhirnya terus gagal berfungsi. Saya beranggapan semua orang tahu, apakah akibatnya jika ginjal gagal berfungsi? jawapannya ialah haemodilisis jika mahu terus hidup.

Mari kita amati amalan harian yang boleh menyebabkan kerosakan ginjal yang perlu dihindari sebelum ginjal gagal berfungsi, di antaranya ialah:

1. Suka menahan kencing.

2. Tidak minum air yang secukupnya setiap hari.

3. Mengambil terlalu banyak garam dalam makanan.

4. Tidak merawat infeksi kuman di dalam ginjal dengan berkesan.

5. Terlalu banyak makan daging merah.

6. Tidak cukup makan.

7. Penggunaan ubat penahan sakit secara berlebihan.

8. Terlupa makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan.

9. Terlalu banyak mengambil minuman keras.

10. Tidak mempunyai rehat yang mencukupi.

~ Oleh Dr. Sharib Azni

sumber: sitik's

Tuesday, February 12, 2013

Ubat penyebab Testosteron Rendah



Kajian terkini
menunjukkan terdapat ubat-ubatan yang digunakan dalam pelbagai rawatan kesihatan memberi kesan sampingan terhadap paras hormon testosteron (hormon lelaki). Paras hormon testosteron bagi lelaki normal ialah antara 300 - 800 ng/dl. Jika paras testosteron kurang daripada 300 ng/dl, keadaan ini dikenali sebagai Testosteron Rendah atau hipogonadism.


Apakah simptom Testosteron Rendah?


Di antara simptom biasa bagi lelaki yang mempunyai paras testosteron rendah ialah:

* Pengurangan jisim otot.

* Penurunan densiti tulang (dan meningkatkan risiko osteoporosis).

* Kurang nafsu berahi.

* Mudah lupa.

* Sukar konsentrasi atau kurang penumpuan.

* Kemurungan (depresi).

* Pertambahan berat badan yang sukar dikawal.

* Masalah mati pucuk.

* Kurang bertenaga.

Secara semulajadinya, paras hormon testosteron akan mula secara beransur-ansur kurang selepas umur 30 tahun. Namun begitu, banyak kes di mana testosteron rendah dialami oleh lelaki sebelum masanya disebabkan oleh ubat yang diambil.

Di antara ubat-ubatan yang boleh menyebabkan testosteron rendah ialah:

1. Ubat penahan sakit opioids seperti hydrocodon (Vicodin) dan oxycodone (Oxycontin).

2. Statins seperti simvastatin (Zocor) atau atorvastatin (Lipitor) yang selalunya digunakan untuk merawat masalah mati pucuk.

3. Ubat Illicit (dadah) termasuklah anabolic steroids, marijuana, cocaine dan methamphetamines yang juga boleh memberi kesan ke atas kesuburan lelaki.

4. Kemoterapi - Ubat yang digunakan dalam kemoterapi boleh merosakkan sel yang menghasilkan hormon testosteron.

5. Antidepressants - Ubat yang digunakan untuk merawat kemurungan (depresi).

Sumber