Tuesday, February 12, 2013

Ubat penyebab Testosteron Rendah



Kajian terkini
menunjukkan terdapat ubat-ubatan yang digunakan dalam pelbagai rawatan kesihatan memberi kesan sampingan terhadap paras hormon testosteron (hormon lelaki). Paras hormon testosteron bagi lelaki normal ialah antara 300 - 800 ng/dl. Jika paras testosteron kurang daripada 300 ng/dl, keadaan ini dikenali sebagai Testosteron Rendah atau hipogonadism.


Apakah simptom Testosteron Rendah?


Di antara simptom biasa bagi lelaki yang mempunyai paras testosteron rendah ialah:

* Pengurangan jisim otot.

* Penurunan densiti tulang (dan meningkatkan risiko osteoporosis).

* Kurang nafsu berahi.

* Mudah lupa.

* Sukar konsentrasi atau kurang penumpuan.

* Kemurungan (depresi).

* Pertambahan berat badan yang sukar dikawal.

* Masalah mati pucuk.

* Kurang bertenaga.

Secara semulajadinya, paras hormon testosteron akan mula secara beransur-ansur kurang selepas umur 30 tahun. Namun begitu, banyak kes di mana testosteron rendah dialami oleh lelaki sebelum masanya disebabkan oleh ubat yang diambil.

Di antara ubat-ubatan yang boleh menyebabkan testosteron rendah ialah:

1. Ubat penahan sakit opioids seperti hydrocodon (Vicodin) dan oxycodone (Oxycontin).

2. Statins seperti simvastatin (Zocor) atau atorvastatin (Lipitor) yang selalunya digunakan untuk merawat masalah mati pucuk.

3. Ubat Illicit (dadah) termasuklah anabolic steroids, marijuana, cocaine dan methamphetamines yang juga boleh memberi kesan ke atas kesuburan lelaki.

4. Kemoterapi - Ubat yang digunakan dalam kemoterapi boleh merosakkan sel yang menghasilkan hormon testosteron.

5. Antidepressants - Ubat yang digunakan untuk merawat kemurungan (depresi).

Sumber

No comments:

Post a Comment