Sunday, May 26, 2013

RAWATAN PEMULIHAN ARTHRITIS, SAKIT SENDI & OTOT...




Terdapat 2 jenis sakit sendi (arthritis) kronik yang utama iaitu:
1. OsteoArthritis – berkaitan kehausan sendi & tulang rawan
2. Reumatoid arthritis– penyakit sistem imun yang menyerang tisu sendi.

Wanita mempunyai risiko 2 kali ganda mendapat serangan sakit sendi akibat arthritis manakala lelaki lebih berisiko mendapat penyakit gout.

Antara simptom penyakit sendi ialah:

* Kesakitan melampau
* Kejang sendi
* Radang dan bengkak
* Kemerahan
* Sukar bergerak

Selalunya simptom-simptom tersebut sangat berkait rapat dengan penyakit arthritis yang semakin menular di kalangan penduduk Malaysia.

Antara faktor yang meningkatkan risiko serangan arthritis ialah:


* Keturunan
* Peningkatan usia
* Masalah kecederaan lama
* Berat badan berlebihan



Penyakit arthritis boleh dirawat dan dipulihkan dengan ubat-ubat berikut, mengikut keserasian masing-masing:

1. Marine Collagen peptide


Ia berfungsi untuk memperbaiki struktur sendi dan membina semula rawan, tendon dan ligamen yang telah rosak akibat penuaan dan kecederaan. Dengan kadar penyerapan sehingga 95%, ia mempercepatkan proses pemulihan sendi.

2. Asid Pantotenik atau Vitamin B5

Vitamin B5 dalam Royal Jelly mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Ia juga meningkatkan penghasilan acetylcholine yang merangsang gerakan otot dan deria rasa.

3. Glycosaminoglycan

Glycosaminoglycan iaitu sejenis asid amino dari ekstrak sarang burung berfungsi untuk membina dan membentuk semula rawan sendi yang telah rosak.

4. Vitamin C

Vitamin C mempunyai kebolehserapan tinggi yang dapat melancarkan penghasilan kolagen. Ia juga berfungsi menyingkirkan asid laktik yang menyebabkan rasa sengal pada otot selepas melakukan kerja berat.

5. Fosfolipid

Fosfolipid yang terdapat dalam Royal Jelly mampu menurunkan paras kolesterol, membersihkan salur darah dari plak, melancarkan pengaliran darah seterusnya meningkatkan pengaliran oksigen ke anggota tubuh bagi mengurangkan kesakitan dan kejang sendi.

6. Hormon Steroid Semulajadi


Fosfolipid juga bertindakbalas dengan DHA dan EPA dalam tubuh bagi menghasilkan sejenis sebatian yang mampu berfungsi seolah-seolah hormone steroid dalam tubuh bagi mengurangkan keradangan sel dan juga bertindak seperti ubat penahan sakit.

7. 10-HDA (Hydroxy Acid)


Royal Jelly satu-satunya makanan tambahan yang membekalkan asid lemak 10-HDA (Hydroxy Acid) yang dapat merawat, melindungi dan merangsang stem sel saraf serta neuron. Stem sel berfungsi melindungi dan melancarkan fungsi sistem saraf pusat yang berkait rapat dengan sistem imun tubuh.


sumber: sitik's

Wednesday, May 22, 2013

5 TIPS MUDAH BERDIET...



Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet?
Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?

Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:



1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah dilihat.


Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ''minum air kosong secukupnya!'', ''makan buah-buahan!'', atau ''tidur 8 jam sehari!''. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.


sumber: Kevin Zahri

10 MAKANAN TINGGI SERAT UNTUK KURUS...


 
10 Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus

Adakah anda tahu bahawa makanan berserat atau fiber membantu anda menguruskan badan?

Inilah masa yang anda perlu tahu! Kajian saintifik menunjukkan diet serat yang seimbang bukan sahaja untuk sistem pencernaan yang baik dan melancarkan pergerakan kumuh/tahi dalam usus besar manusia malah ianya juga membantu menurunkan berat badan!

Jadi pentingnya untuk anda memasukkan serat sebagai komponen diet anda sebagaimana memberikan kita rasa 'kenyang' dan paling penting, TIDAK menggemukkan.  Berikut senarai sumber serat yang anda boleh cuba masukkan dalam diet harian anda.



1. Bran
Dedak gandum, dedak jagung contoh yang terbaik untuk serat yang maksimum berbanding makanan lain. Ianya mengandungi kandungan serat yang tinggi berbanding oat. 

2. Kacang
 Kacang rebus membekalkan kandungan serat yang agak tinggi. Secawang kacang pea sahaja membekalkan 8.8g serat. 


3. Berries 
Berri juga sumber terbaik membekalkan serat. Secawan berries boleh memberikan 8 ke 10 g serat untuk anda. Berries juga boleh dimakan mentah untuk kesan yang baik!

4. Coklat
Banyak juga kajian menunjukkan coklat terutamanya dark coklat(mentah) memberikan kebaikan kepada kesihatan. Dark chocolate (coklat hitam) ini sumber iron dan potassium yang mantap selain hidangan sebanyak 100g boleh memberikan 33.2 g serat. Bagaimanapun, coklat yang bersusu yang tidak mengandungi serat yang mencukupi haruslah dielakkan.

5. Bijian
Kebaikan bijian ini tidak dapat dinafikan kerana  bijian/bijirin ini digunakan dalam setiap masakan dan roti untuk meningkatkan serat dalam makanan. Jadi tidak ada masalah untuk anda mendapatkan serat dalam diet anda.

6. Kekacang
Sumber kekacang seperti gajus, kacang tanah dan kacang almond merupakan sumber serat mudah yang boleh didapati di mana mana. 100g hidangan kacang almond sudah cukup membekalkan 12.2g serat. Apa tunggu lagi? 

7. Sayuran
Sayuran kaya dengan iron dan juga serat. Pastikan makanan harian anda ada  sayuran untuk meningkatkan serat dalam pemakanan. Anda boleh cuba bayam atau lobak atau apa apa sahaja yang anda rasa itu sayuran tapi pastikan serat.


8. Artichoke
Artichok mengandungi serat, vitamin K dan folate. Ianya juga sumber vitamin C, magnesium, manganese dan potassium yang bagus.


9. Lentils
Kacang dalca atau dal contoh amat baik dalam memberikan sumber serat. 1 cawan lentils yang dimasak mengandungi 15.6g serat. 

10. Herba
Mengandungi vitamin dan mineral yang banyak, herba yang dikeringkan ini juga sumber serat. Contoh kulit kayu manis memberikan 53.1g per 100g hidangan. Banyak bukan? Cuba untuk masukkan ramuan herba dalam masakan anda, anda tidak perlu khuatir lagi tentang serat.


sumber : Kevin Zahri


Monday, May 20, 2013

KOPI, KAITANNYA DENGAN KESIHATAN...








Kenapa kopi perlu dikaitkan dengan kesihatan? Apakah ada kelebihan kopi yang boleh memberi kebaikan kepada tubuh badan kita? Topik kali ini membincangkan amalan minum kopi dan keberkesanannya untuk kesihatan diri.

1. Diabetes


Bagi mereka yang sukakan kopi dan mempunyai diabetes, mungkin ada khabar gembira untuk anda. Kajian mendapati bahawa, semakin banyak anda minum kopi lagi kurang risiko diabetes.Juga antioksida,mineral dan kafein dalam kopi tersebut meningkatkan kadar metabolisme glukosa dan sensitiviti insulin dalam tubuh badan. Tambahan pula, sesiapa yang mengamalkan 3 ke 4 cawan kopi setiap hari berkelebihan 50% untuk tidak dijangkiti diabetes tahap 2 berbanding mereka yang tidak meminati kopi.


2. Gout.

Kopi boleh merendahkan risiko gout? Saintis barat mendedahkan, 4 atau lebih cawan kopi sehari berupaya merendahkan risiko penyakit gout untuk lelaki, dan kebarangkalian tahap asid urik dalam darah juga akan berkurangan.


3. Sakit jantung

Kopi yang mengandungi antioksida mampu untuk merendahkan risiko diabetes tahap 2 dan tidak dinafikan jika kopi juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Sudah memadai jika 2 cawan kopi sehari untuk membenarkan hidup lebih bahagia dengan jantung yang sihat.


4. Kuatkan daya ingatan otak

Tahukah anda bahawa satu kajian yang dijalankan pada 2009 mendapati bahawa mereka yang mengamalkan 5 cawan kopi sehari boleh menjadikan mereka 65% terselamat daripada terkena penyakit Alzheimer pada usia tua. Juga kafein yang terkandung dalam kopi membantu mengurangkan protein beta-amyloid, yang kebiasaan terhasil pada otak pesakit Alzheimer.


5. Kanser

Penggemar kopi juga bernasib baik kerana dikatakan bahawa mereka yang meminum kopi berupaya untuk kurangnya risiko mendapat kanser kulit. Pakar menjelaskan, kafein bertindak sebagai ejen merendahkan kanser tersebut. Selain itu, mereka menambah, makanan yang mengandungi kafein seperti teh, kola dan coklat merendahkan risiko kanser.


6. Risiko strok

Penyelidikan yang dijalankan di Universiti Havard menemui yang peminum kopi – walaupun kopi yang tiada kafein – boleh merendahkan risiko strok, kerana kopi tersebut kaya dengan antioksida yang berfaedah!


"Perhatikan kesihatanmu, ia kehidupanmu"



sumber: Kevin Zahri

Saturday, May 18, 2013

KHASIAT GREEN TEA/ TEH HIJAU...





Perumpamaan Cina  ada berkata:

“Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum Green Tea”.

Green Tea telah diamalkan di Negeri Cina semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan kebaikan Green Tea untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan. Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan membezakan jenis teh:

-hijau
-hitam
-oolong

Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengwapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.

Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Green Tea antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Green Tea mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.

Secara umum Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.


Kenapa Green Tea Istimewa?

Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wine merah.

Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.

Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.

Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.


Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan .

Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:


1.Membantu mengawal tekanan darah tinggi
· Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

2.Membantu mengawal paras gula darah
· Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah

· Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4.Menguatkan sistem imun
· Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5.Menurunkan paras kolesterol

· Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6.Menggalakkan pembakaran lemah
· Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2). Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadaman


sumber:  meraban.semenyih

Thursday, May 16, 2013

ADAKAH MINUM TEH BAHAYA?



Tidak dapat dinafikan teh mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan, seperti membantu melawan kanser, penyakit jantung, dan diabetes, di samping membantu mengurangkan berat badan dan kandungan kolesterol dalam darah.

Dalam kehidupan moden sekarang, kebanyakan minuman teh kita menggunakan teh uncang, yang mana uncangnya diperbuat daripada kertas atau kain nipis. Uncang teh yang diperbuat daripada kertas ini berbahaya kerana kertas pembungkus (uncang) teh ini selalunya dirawat dengan bahan kimia epichlorohydrin. Epichlorohydrin ini merupakan bahan yang juga terdapat dalam racun makhluk perosak, yang mana ia memberi kesan kepada kesuburan orang lelaki, mengurangkan fungsi imun badan, dan berpotensi menjadi penyebab kanser, terutamanya apabila bahan kimia ini mempunyai ciri larut air.

Sejak kebelakangan ini, uncang teh juga diperbuat daripada plastik atau nylon (polyethylene terephthalate atau PET) atau sebatian fiber yang lain. Bahan ini berpotensi menjadi toksik (beracun) kepada badan kerana bahan toksik ini boleh larut dalam air teh.

Oleh itu,
jalan terbaik bagi mengelakkan semua kesan buruk daripada penggunaan teh uncang ialah menggunakan teh serbuk untuk membuat air teh.




"Kesihatan  adalah teman yang paling hampir"


via: sitik's

Sumber

Wednesday, May 15, 2013

KESAN BURUK GULA...



Terlalu banyak gula dalam makanan dan minuman amat membahayakan kesihatan, terutamanya gula pasir dan gula tiruan.

Di antara kesan buruk akibat pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak gula ialah:

1. Memberi tekanan kepada sistem imun (ketahanan) badan.
2. Menyebabkan naik berat badan (gemuk) dan obesiti.
3. Meningkatkan risiko mendapat penyakit hati berlemak.
4. Menyebabkan sakit kepala, termasuk migrain.
5. Menyumbang kepada hiperaktiviti, kebimbangan, depresi (kemurungan) dan sukar memberi tumpuan (konsentrasi).

6. Mempercepatkan proses penuaan, menyebabkan kulit cepat berkedut dan rambut cepat beruban.
7. Menyebabkan gigi cepat reput dan berlubang.
8. Meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah.
9. Menyebabkan diabetes.
10. Meningkatkan risiko kanser payudara, kolon dan prostat.

"Kurangkan gula dalam minuman
  tambahkan manis d
alam senyuman"



sumber: sitik's

Tuesday, May 14, 2013

PETUNJUK REFLEKSOLOGI.....




Sambil rehat-rehat  atau bersantai2... kita boleh la cuba2 repair badan kita sendiri atau pasangan (suami/isteri).
Rujuk grafik.
Picit dan gosoklah bahagian2 berkenaan di tapak tangan kita. InsyaAllah bermanfaat untuk kesihatan. Lagi baik kalau sedang memicit2 atau menggosok2 tu kita baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Surah Qul...


"Sihat itu anugerah Tuhan"



sumber: Amalan Hidup Sihat

10 KEGUNAAN LIMAU KASTURI atau LIMAU NIPIS...


Limau nipis

1 . Ubat batuk


limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . Ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Ubat ketiak

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

Limau kasturi


4 . Ubat pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . Ubat lelah

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.
Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 .Ubat kurus

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . Ubat kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap.
Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . Ubat hilang minyak pada baju

Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit.
Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . Ubat wangi rambut


Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . Ubat kilatkan cermin mata


Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama.
Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.



MENGHINDARI DIABETES....







Diabetes
merupakan antara penyakit yang banyak dihidapi oleh penduduk di negara ini kerana perubahan gaya hidup, pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pergerakan dan makanan seharian yang kurang berkualiti, iaitu makanan yang terlalu banyak gula dan lemak terutamanya jenis-jenis makanan segera.

Bagi menghindari diabetes, setakat bersenam pada masa-masa tertentu dalam seminggu dan mengambil diet buah-buahan serta sayur-sayuran sahaja tidak mencukupi. Kajian menunjukkan mengubah gaya hidup juga amat perlu bagi mengawal kandungan gula dalam darah, mengekalkan berat badan yang sihat, dan mengurangkan risiko mendapat penyakit hati berlemak.

Selain daripada melakukan senaman pada waktu atau hari tertentu, pada waktu lain dalam sehari juga tidak boleh hanya duduk di depan komputer tanpa melakukan aktiviti fizikal lain seperti selalu berjalan, berdiri setiap 20 minit, dan lebih banyak gunakan tangga daripada lif. Orang yang sentiasa bergerak didapati lebih sihat, lebih tahan daripada serangan penyakit, dan dapat mengawal berat badan.

Masalah banyak lemak di hati (disebabkan pemakanan tidak seimbang dan tidak sihat) akan mengganggu pengawalan gula dalam darah secara fisiologinya, dan ini akan menyebabkan rintangan insulin dan akhirnya mendapat Diabetes Type-2.


Berjalan banyak setiap hari merupakan cara terbaik untuk menghindari diabetes sebelum ia terjadi. Disarankan seseorang itu berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari, sama ada secara berterusan atau boleh berhenti-henti kemudian sambung balik. Boleh juga amalkan berjalan antara 500-1,000 langkah setiap beberapa jam, dan lakukan begini sehingga mencapai sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari.

"Kesihatan adalah kekayaan"

sumber: sitik's

Sunday, May 12, 2013

PENEMUAN TERKINI: SEBIJI EPAL SEHARI, HINDARI KANSER KOLON....



Kata-kata nasihat iaitu "an apple a day can keep the doctor away" (sebiji epal sehari boleh jauhi doktor) memang sudah terkenal di mana-mana. Penyelidikan terkini juga telah mengesahkan kata-kata ini secara saintifik. Penemuan penyelidikan menunjukkan epal adalah salah satu daripada ubat semulajadi bagi kanser, di mana makan epal mampu mengurangkan risiko mendapat beberapa jenis kanser, terutama sekali kanser kolon.

Epal kaya dengan nutrien, termasuk vitamin C, potassium, pectin, fiber dan gula semulajadi oligosaccharide. Oligosaccharide ialah sejenis karbohidrat yang mengandungi antara 3 hingga 6 unit gula ringkas dari segi struktur kimianya. Oligosaccharide yang diasingkan daripada beberapa bahagian epal (kulit, isi, biji dan batang) didapati mampu membunuh 17.6% sel kanser kolon manusia yang dinamakan HT29 dalam masa 36 jam walaupun pada kepekatan yang rendah (0.9 bahagian per juta - ppm). Kesannya lebih baik berbanding dengan ubat kemo biasa yang digunakan di hospital pada kepekatan yang lebih tinggi tetapi hanya mampu membunuh 10.9% sel kanser kolon manusia. Apatah lagi, oligosaccharide yang diberi pada kepekatan yang tinggi iaitu 9.0 ppm mampu membunuh 46% sel kanser kolon manusia.



Penemuan terkini menunjukkan oligosaccharide dalam epal bukan hanya boleh digunakan sebagai ubat kanser yang biasa dan mampu menghalang pembentukan sel kanser payudara, tetapi juga boleh merawat kanser kolon.

Di antara kelebihan ekstrak kulit epal ialah:

1. Mengurangkan dengan berkesan kebolehan pelbagai sel kanser untuk terus hidup.

2. Mengurangkan bilangan antigen yang akhirnya menyebabkan sel kanser tidak mampu membesar dan menggandakan bilangannya.

3. Meningkatkan paras sejenis protein yang dinamai maspin bagi membantu mencegah tumor membesar dan merebak.

Bagi mendapatkan khasiat epal yang maksimum, setiap hari disarankan makan 2 biji epal yang cukup masak tanpa membuang kulitnya. Pastikan anda makan epal yang ditanam secara organik, di mana ia terhindar daripada kesan toksik racun makhluk perosak atau racun rumpai. Toksik daripada racun-racun ini sebaliknya boleh menyebabkan risiko mendapat kanser pula. Epal yang diimport selalunya mengandungi kurang nutrien berbanding dengan epal yang lebih segar dan cukup masak dipetik dari pokok.

'Malangnya kita di Malaysia hanya ada epal yang diimport sahaja...'

via:  sitik's

Sumber

MENGENAI SCABIES ATAU KUDIS BUTA...

Scabies dan puncanya

Scabies
atau dikenali sebagai kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang disebabkan oleh hama kecil dipanggil Sarcoptes Scabiei.


Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatal-gatal ruam dan sengit. Penghidap scabies jarang tahu bahawa mereka mempunyai keadaan sehingga beberapa minggu selepas jangkitan awal, ini bermakna serangan kudis boleh merebak dengan cepat.

Scabies tidak boleh terbang atau melompat. Mereka boleh bertahan beberapa hari selepas meninggalkan tubuh manusia, bererti bahawa orang-orang yang berkongsi pakaian atau katil dengan seseorang yang dijangkiti berisiko. Penghantaran dengan cara ini adalah lebih kurang biasa daripada sentuhan fizikal yang berpanjangan.



Scabies biasanya dilihat sebagai keadaan yang dibawa oleh keadaan hidup yang tidak sihat dan kekurangan kebersihan diri, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ini adalah benar. Scabies boleh menjejaskan sesiapa sahaja dan boleh dirawat dengan krim losyen dan tertentu. Terdapat beberapa kumpulan yang mana mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah kepada keadaan penyakit ini.
Tanda-tanda dan gejala kudis?
Gejala ini dapat dikesan, ia menjadi tanda sesuatu kepada yang orang lain, seperti doktor dapat mengesannya. Sebagai contoh, gejala ini gatal dan ruam merupakan tanda awal. Kadang-kadang tanda-tanda dan gejala kudis tidak kelihatan sehingga enam minggu selepas dijangkiti jangkitan.
Tanda-tanda utama kudis kulit, ruam dan gatal-gatal sengit yang lebih teruk pada waktu malam atau selepas mandi panas atau mandi biasa.
Ruam terdiri daripada bintik kecil merah yang kelihatan seperti gigitan kecil serangga (dipanggil tanda merah), ruam ini boleh disalah anggap sebagai syarat-syarat lain dermatologi, sebagai contoh, ekzema. Tanda merah ini biasanya berada dalam garis kecil empat atau lebih dan biasanya muncul di anggota-angota badan berikut:
-          pada siku
-          pusingan puting - untuk wanita
-          berhampiran kemaluan - untuk lelaki
-          di antara jari dan jari kaki
-          pada pergelangan tangan
Jika ruam tercalar, ia boleh menjadi radang pesakit jika kudis yang berkerak di kawasan tercalar itu semakin teruk. Kawasan lain yang kurang biasa di mana ruam boleh muncul:
-          axillae (ketiak)
-          buku lali
-          punggung
-          kemaluan - untuk wanita
-          pangkal paha
-          di dalam siku
-          lutut
-          kaki lebih rendah
-          putting
-          bahu
-          kaki
-          pinggang
Kanak-kanak dan bayi yang terkena scabies ini boleh menjumpai tanda yang bersembunyi di kawasan-kawasan lain badan mereka termasuk:
-          kulit kepala
-          kaki
-          tapak tangan
-          leher
-           kepala
-           Muka
Apakah yang menyebabkan Scabies ini?
Scabies berlaku apabila badan manusia dipenuhi dengan hama parasit, yang dikenali sebagai Sarcoptes Scabiei. Orang pertama yang dapat mengesan (makhluk-makhluk mikroskopik) dan Scabies ini iaitu pada zaman kurun ke 18 oleh Diacinto Cestoni, beliau adalah seorang biologi dari Italy.

Serangan bermula apabila serangga betina muncul di dalam kulit, kemudian datangnya serangga jantan untuk mengawannya yang mana serangga betina ini dianggap masih ada dara lagi. Serangga jantan kemudian mati dan serangga betina mula bertelur, yang mengambil kira-kira empat hari untuk menetas.
Apabila telur itu menetas, dan kira-kira dua minggu kemudian matang ke dewasa. Serangga betina yang menjadi matang akan kembali ke dalam kulit. Serangga jantan yang telah matang mereka kekal di permukaan kulit dan mula mencari rakan-rakannya. Melainkan dirawat proses ini akan berulang selama-lamanya.
Walaupun punca gatal teruk yang dialami oleh penghidap scabies belum terbukti, pakar-pakar percaya ia adalah sistem imun pesakit bertindak balas kepada pergerakan, hama telur mereka, air liur mereka dan / atau najis mereka.


Bagaimana Scabies ini merebak atau menjangkit?
Scabies mudah dijangkiti kepada orang lain apabila mereka bersentuh badan dalam tempoh yang agak panjang. Berpegangan tangan untuk sementara atau persetubuhan adalah contoh biasa. Peluk ataupun berpegang tangan adalah kurang untuk dijangkiti.
Scabies tidak boleh terbang atau melompat. Mereka boleh bertahan beberapa hari selepas meninggalkan tubuh manusia, bererti bahawa orang-orang yang berkongsi pakaian atau katil dengan seseorang yang dijangkiti berisiko. Penghantaran dengan cara ini adalah lebih kurang biasa daripada sentuhan fizikal yang berpanjangan.


Persekitaran yang tertutup, seperti rumah kejururawatan atau sekolah, menimbulkan risiko yang lebih tinggi penghantaran disebabkan kudis ini kepada penduduk mereka yang berdekatan antara satu sama lain. Ia adalah penting bahawa kakitangan perubatan dalam persekitaran ini mempunyai latihan yang diperlukan untuk mengenal pasti gejala kudis untuk mengelakkan serangan merebak.

Bagaimana untuk mengatasinya?
Jika seseorang itu terkena suspek penyakit ini, mereka boleh melawat atau berjumpa dengan doktor untuk diperiksa. Doktor akan mengesyorkan rawatan apa yang perlu diambil.
Analisis penyakit ini biasanya akan dinilai oleh doktor untuk mengesan tanda-tanda visual ini.Dalam kes-kes yang kurang jelas, beberapa ujian mungkin perlu dilakukan untuk menghapuskan kemungkinan pesakit yang mempunyai keadaan kulit yang berbeza, seperti ekzema atau impetigo.
Untuk mengesahkan bahawa tanda visual pada kulit memang berlubang, dakwat disapu di kawasan itu. Pad alkohol kemudian menyapu seluruh kawasan ini. Jika lubang yang hadir, beberapa dakwat kekal dan akan muncul sebagai garis gelap pada kulit. Proses ini dikenali sebagai ujian dakwat.
Kadang-kadang, bukannya dakwat, penyelesaian tetracycline topikal boleh digunakan. Penyelesaian ini akan bercahaya apabila di bawah cahaya khas. Tafsiran ujian dakwat boleh menjadi sukar apabila lubang tidak jelas dengan mata kasar atau tersembunyi di bawah tanda awal.
Untuk diagnosis yang lebih muktamad, doktor akan perlu untuk mencari bukti daripada hama kudis. Untuk melakukan ini sampel kawasan yang terjejas akan perlu diperoleh. Sampel ini kemudiannya akan diperiksa bagi yang berikut:
-          hama sendiri
-          hama telur
-          hama najis
Untuk mencari apa-apa kesan di atas, sampel kulit akan ditetapkan dalam beberapa hidroksida kalium dan diperiksa di bawah mikroskop atau dermatoscope.
Bagaimana Scabies dirawat?
Hama ini dapat dibuang sama ada dengan menahan air panas ataupun menyental sabun pada kulit. Krim atau losyen khas perlu digunakan.

Apabila seseorang telah didiagnosis dengan kudis ia adalah penting bahawa semua ahli isi rumah orang itu dan mana-mana rakan-rakan baru-baru seksual dirawat serta. Ini akan mengelakkan jangkitan semula dan patut dilakukan walaupun pihak-pihak lain yang dirawat menunjukkan tiada tanda-tanda atau gejala.

Kedua-dua yang paling biasa krim atau losyen yang digunakan untuk merawat kudis adalah krim
permetrin, yang secara amnya rawatan pertama yang disyorkan, dan losyen malathion, yang digunakan apabila krim permethrin mempunyai kesan tidak. Kedua-dua rawatan menggabungkan racun serangga yang mampu membunuh hama kudis.

 Krim permetrin - perlu diambil dengan berhati-hati jika pesakit adalah lebih muda daripada 2 tahun atau seorang wanita hamil, doktor sentiasa perlu dirujuk sebelum krim digunakan. Kesan-kesan sampingan boleh termasuk gatal-gatal, kerengsaan kulit dan sensasi rasa pedih atau tingly.

    Malathion losyen - walaupun losyen melathion tidak mempunyai kesan yang sama pada wanita mengandung atau menyusukan sebagai krim permetrin, perundingan doktor masih disyorkan. Kesan-kesan sampingan boleh termasuk kerengsaan kulit.

Ia adalah penting untuk mesin membasuh semua pakaian, tuala dan peralatan tempat tidur pada suhu tinggi (melebihi 50 darjah C/122 darjah F) kerana ini akan membunuh mana-mana hama. Antihistamin lisan atau krim steroid boleh ditetapkan untuk membantu melegakan kegatalan.

sumber: baca-blogspot
qsyim

Saturday, May 11, 2013

14 MAKANAN YANG MEMBAKAR LEMAK...

Adakah anda tahu?
kelebihan 14 jenis makanan ini?






Selamat mencuba...

sumber: jomdiet.com