Sunday, March 31, 2013

TIPS ASLI UNTUK WAJAH ANDA....




Tips yang menarik untuk wanita di luar sana!
(Sorry, lelaki pun boleh juga sebenarnya)
Madu + limau selain baik untuk hilangkan batuk dan kahak ...juga baik...
Untuk kulit yang lebih berseri:Caranya:
ambil lemon yang dipotong separuh (tak kisah yang sudah digunakan atau yang baru), letak 3-4 titik madu asli di atasnya dan sapu ke seluruh wajah.

B
iar 5 minit, cuci dengan air sejuk.
Anda akan dapat melihat terus keputusannya!

* lemon bagus untuk memudarkan parut jerawat dan bintik di muka
* madu pula untuk melembapkan wajah

Cubalah malam ni lepas balik kerja / sebelum tidur!
Back to nature kata kan
Kesian kulit ni siang malam ditempek chemical.
Buat kerap untuk hasil yang lebih ketara ....

sumber: Daily Health Tips

via: pakar diari hati

Wednesday, March 27, 2013

4 RAWATAN SEMULAJADI TOMPOK HITAM...



Apabila umur semakin meningkat, dalam umur pertengahan, kebanyakan orang mempunyai tompok hitam atau dikenali juga sebagai jeragat di muka.

Tompok hitam (jeragat) di muka terjadi disebabkan oleh pertambahan pengeluaran melanin di kawasan muka. Melanin ini dihasilkan oleh melanosit di lapisan bawah epidermis kulit. Sinar UV matahari merangsang aktiviti melanosit menyebabkan melanin yang dihasilkan lebih banyak dan padat di sesuatu kawasan muka berbanding kawasan di sekelilingnya. Semakin banyak melanin dihasilkan semakin jelas kelihatan tompok hitan di muka, selalunya di kawasan pipi.

Di antara sebab terjadinya tompok hitam di muka, ialah:

1. Terdedah kepada sinar UV matahari dalam tempoh yang agak lama

Bagi menghindari terjadinya tompok hitam ini jangan terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari, Jika terpaksa berada di bawah matahari, jangan lupa guna pakaian yang menutup kulit dengan sempurna, cermin mata hitam dan sapu krim pelindung sinar UV. Gunakan krim pelindung sinar UV (sunscreen) sepanjang masa dengan SPF sekurang-kurangnya 15 (sebaik-baiknya gunakan SPF 30 atau lebih bagi mendapatkan perlindungan yang lebih baik daripada sinar UV yang merosakkan).

2. Kesan daripada penggunaan losyen pemutih muka.

3. Keradangan kulit

Ini terjadi apabila kulit tercedera, terluka, terbakar, terdedah kepada bahan kimia bahaya, atau disebabkan oleh kesan jerawat, ekzema dan psoriasis. Ini juga dikenali sebagai hiperpigmentasi pasca-keradangan.

4. Pengambilan hormon

Sesetengah wanita yang mengambil hormon, seperti pil perancang keluarga, terapi hormon, atau kerana sesuatu penyakit juga mengalami pigmentasi di muka. Ini kerana hormon ini menghasilkan fenomena melasma atau kecelaruan pigmentasi. Melasma ini juga selalu dikaitkan dengan kehamilan, dan selalunya akan hilang selepas bersalin.

5. Pengambilan ubat

Tompok hitam (pigmentasi) ini juga mungkin merupakan simptom bagi penyakit autoimun, gastrointestine atau rawatan hormon, antibiotik atau sebagainya.



Di antara rawatan semulajadi di rumah bagi mengurangkan tompok hitam di muka yang boleh diamalkan ialah:

1. Jus lemon, madu dan gula

Jus lemon mampu mencerahkan tompok hitam, madu pula menjadi pelembab kulit bagi melindungi kerosakan kulit. Campurkan kedua-dua bahan ini dan masukkan cairan gula ke dalamnya. Buat pes (paste) dan tempekkan di kawasan tompok hitam. Biarkan lebih kurang 30 minit, kemudian bilas muka. Lakukan sekali sehari.

2. Enzim buah-buahan

Gunakan pes buah-buahan yang berlainan setiap hari dan tempekkan pada tompok hitam, biarkan selama 15 minit dan kemudian bilas. Caranya:

a. Lenyek strawberry dan aprikot yang telah dibuang kulit untuk dijadikan pes.
b. Jus nenas dan betik.
c. Kisar parsley segar dan campurkan dengan jus limau dan kunyit, dengan jumlah yang sama banyak.

3. Sayur-sayuran


Gunakan mana-mana campuran sayur-sayuran berikut:

a. Bawang dan cuka epal - tempekkan pada tompok hitam, biarkan selama 30 minit, bilas dan ulang selama 6 hari berturut-turut.
b. Lenyek 1/2 cawan kacang pea dalam tin dengan sedikit air suam untuk dijadikan pes. Tempekkan pes ini pada tompok hitam, biarkan 30 minit dan kemudian bilas.

4. Produk tenusu

Sapu susu masam atau buttermilk ke atas tompok hitam di muka dengan kapas. Sediakan campuran jus limau dan yogurt atau campuran susu dan mustard kuning, kemudian dikisar bagi membuat pes yang nipis. Tempekkan pada tompok hitam di muka, biarkan selama 20-30 minit dan kemudian dibilas.

Selamat mencuba...


via:  sitik,s
Sumber

Tuesday, March 26, 2013

KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG SEBELUM SARAPAN...


Tahukah anda terdapat banyak kelebihan minum air kosong atau air mineral pada waktu pagi selepas bangun tidur iaitu semasa perut kosong sebelum mengambil apa-apa makanan sebagai sarapan pagi?

Di antara kelebihannya ialah:

* Membersihkan kolon dan memudahkannya menyerap nutrien.
* Menambah pengeluaran sel darah merah dan sel otot yang baru.

* Membantu menurunkan berat badan, dengan minum sekurang-kurangnya 500 ml air kosong yang dingin bagi meningkatkan metabolisma sebanyak 24% pada waktu pagi.

* Mendapatkan kulit yang bersih dan licin kerana air membantu menyingkirkan toksin dari darah yang menyebabkan kulit menjadi bersih.
* Menseimbangkan sistem limfa. Kelenjar limfa membantu badan berfungsi normal, menseimbangkan cecair dalam badan, dan pertahanan diri daripada serangan penyakit berjangkit oleh kuman.





sumber: sitik's

MAKANAN TERBAIK TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI...




Penyakit darah tinggi
sudah tidak asing lagi dalam masyarakat modern sekarang ini. Oleh itu, sebelum mendapat penyakit ini, eloklah kita semua berjaga-jaga dengan mengamalkan cara hidup sihat, melalui senaman/aktiviti fizikal dan pengambilan makanan sihat dan seimbang.

10 makanan yang dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi, termasuklah:

1. Whole grain (Bijirin penuh)

Whole grain ialah bijirin yang tidak dibuang dedaknya (bahagian bran dan germa bijirin). Whole grain mengandungi fiber yang tinggi selain nutrien lain. Whole grain juga berperanan menurunkan tekanan darah tinggi disebabkan kandungan potassium dan magnesium yang tinggi yang mampu menurunkan tekanan darah, di samping terasa kenyang dalam tempoh yang agak lama. Contoh whole grain ialah oatmeal atau roti whole grain.

2. Produk tenusu rendah lemak


Produk tenusu mempunyai kandungan kalsium dan vitamin D yang tinggi. Gabungan kedua-dua bahan ini mampu menurunkan tekanan darah. Kekurangan kalsium boleh meninggikan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Contohnya ialah susu rendah lemak, yugort tanpa lemak, dan lain-lain.

3. Sayur bayam

Sayur bayam mengandungi magnesium dan folate yang tinggi, di samping kalori yang rendah. Oleh itu, sayur bayam mampu membantu menurunkan tekanan darah.

4. Kekacang dan biji-bijian

Biji-bijian tanpa garam (contoh: biji bunga matahari tanpa garam) mempunyai kandungan magnesium yang tinggi yang mampu menurunkan tekanan darah. Kekacang pula (seperti kacang soya) mengandungi potassium dan fiber yang tinggi dan juga mampu merawat tekanan darah tinggi secara semulajadi.

5. Pisang

Pisang adalah sumber potassium yang baik dan mampu menurunkan tekanan darah. Jika kurang potassium, kandungan sodium (garam) akan menambah dalam badan, dan ini akan menaikkan tekanan darah, dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, makan pisang adalah cara yang mudah bagi menseimbangkan kandungan potassium dan sodium (garam) dalam badan.

6. Ubi kentang bakar

Ubi kentang yang dibakar adalah ubi kentang tanpa lemak dan tanpa kolesterol, malahan ia menjadi sumber magnesium dan fiber yang baik. Makan ubi kentang bakar mampu menurunkan tekanan darah kerana kandungan potassiumnya yang tinggi dan sodium (garam) yang rendah.

7. Coklat hitam

Coklat hitam mengandungi antioksidan yang sangat tinggi, di samping nutrien penting yang lain. Antioksidan dalam coklat hitam ini boleh membantu menyingkirkan radikal bebas dalam badan, dan seterusnya memperbaiki kesihatan jantung keseluruhannya. Sebaik-baiknya, makan coklat hitam sedikit setiap hari, jangan ambil terlalu banyak kerana kandungan kalorinya yang tinggi.

8. Ikan salmon

Ikan salmon mengandungi protein rendah lemak dengan kandungan omega-3 yang tinggi, yang mana kedua-duanya dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Bagi memperolehi khasiat ini, ikan salmon hendaklah dimasak dengan cara yang sihat, seperti panggang, bakar atau salai (jangan sekali-kali digoreng). Jika perlu, tambah hanya sedikit garam, minyak zaitun dan lada hitam sebelum dimasak.

9. Teh hijau

Minum teh hijau dipercayai dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Ini kerana teh hijau juga mengandungi antioksidan yang tinggi bagi melawan radikal bebas yang boleh meninggikan tekanan darah. Digalakkan minum air teh hijau secawan pagi (bagi menggantikan kopi pagi) dan secawan lagi selepas makan malam.

10. Avocado

Seperti ubi kentang, avocado juga dikenali sebagai makanan banyak lemak, tetapi ia mengandungi lemak monotepu yang tinggi kandungan antioksidan dan vitamin B6, magnesium dan asid folik. Kandungan potassium dalam avocado juga melebihi potassium dalam pisang.

via:  sitik's

Sumber

Sunday, March 24, 2013

ANTI-DEPRESI SEMULAJADI...




Dalam menjalani
kehidupan seharian, stres atau tekanan memang tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan sebahagian daripada rempah ratus kehidupan manusia. Namun begitu, jika stres yang berlebihan tidak ditangani dengan betul dan berkesan, ia akhirnya akan bertukar menjadi murung (depresi).
Apabila sudah sampai ke tahap ini, hendak tidak hendak ia perlu ditangani dan dirawat dengan segera, sebelum ia menjadi lebih parah atau di luar kawalan, sehingga ada yang sampai membunuh diri dan mengalami masalah mental yang lain.

Mereka yang mengalami depresi (kemurungan) kronik biasanya memerlukan ubat anti-depresi yang dicadangkan oleh doktor, yang mana kemungkinan besar memberi kesan sampingan yang negatif.

Oleh itu, sebelum mendapatkan ubat anti-depresi (mengandungi bahan kimia), eloklah dicuba dahulu ubat anti-depresi semulajadi yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Jika kaedah ini berjaya, tidak perlulah anda mendapatkan ubat anti-depresi dari klinik.

3 kaedah semulajadi bagi menangani depresi ialah melalui:

1. Senaman



Senaman menggalakkan pengeluaran endorphins iaitu bahan kimia di otak yang memberikan rasa gembira dan suka, dan perasaan ini amat membantu mengurangkan depresi (kemurungan) dan kebimbangan serta kegelisahan. Cuba lakukan senaman seperti aerobik, berjalan, jogging, berenang atau berbasikal selama 30 minit sehari untuk tujuan ini. Melakukan senaman di luar rumah itu pun sudah membantu meningkatkan mood yang baik.


2. Makanan

Pengambilan makanan karbohidrat glycemic rendah (karbohidrat berkalori rendah tetapi berfiber tinggi) lebih kurang 110-170 g setiap kali makan dapat meningkatkan pengeluaran bahan kimia serotonin di otak yang memberikan rasa tenang dan nyaman (feel good).
Hindari pengambilan gula pasir dan alkohol yang boleh menyebabkan mood tidak menentu, sebaliknya banyakkan makan buah-buahan, sayuran dan minum air kosong atau air mineral.


3. Spiritual (Kerohanian)

Kepercayaan yang kuat dan mengamalkan ajaran agama amat membantu menangani depresi. Bagi orang Islam, mengingati Allah dengan berzikir, berdoa dan melatih diri menjadi seorang yang sabar, redha dan tawakkal sangat-sangat membantu menangani depresi dan perasaan keluh kesah yang tidak menentu. Bagi yang bukan Islam, meditasi atau yoga adalah pilihan terbaik.


sumber: sitik's

Thursday, March 21, 2013

PETUA TRADISIONAL HILANGKAN BATUK DAN KAHAK...



Setiap orang mesti tak suka bila mereka sakit batuk dan lebih-lebih lagi jika ada kahak. Sungguh tak selesa rasanya bila ada kahak ni. Jika anda nak menjimatkan duit atau malas ke klinik boleh la cuba beberapa Petua Hilangkan Batuk dan Kahak.
Dengan bahan semulajadi, mudah dan murah ini InsyaAllah anda dapat sembuh dari batuk dan kahak. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. :)







Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1


Anda hanya perlu mencampurkan madu  dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.

Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu,

3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.

Selamat mencuba.




Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 2



Bahan:
1) Limau Kasturi – 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)
2) Madu Lebah Asli
3) Halia 1 Inci

Cara-cara:
- Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambiL jus nya
- Campurkan dengan madu & perahkan limau
- Campurkan semua dan minum





Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 3

Limau kasturi




Bahan:

1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah





Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 4






1) Lemon/ limau nipis + madu
2) Gula2 fisherman’s friend makan satu demi satu secara berturut2 sebanyak 3 biji.
3) Limau kasturi + gula batu
4) Madu
5) Air limau nipis suam
6) Bunga lawang


air limau nipis suam + madu biobarakah
madu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda.
  tambahkan ramuan gula batu juga.

Boleh ye cuba…
Air suam + limau nipis + madu + gula batu







Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 5




1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam

Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (hehehe..xde la sampai mcm tu).

Selamat mencuba....dengan bismillah....



sumber: lepak.my

Wednesday, March 20, 2013

BIJI ANGGUR SIHATKAN GINJAL...





Ginjal atau buah pinggang boleh rosak disebabkan terlalu banyak lemak terkumpul di dalamnya (kerana badan terlalu gemuk) dan paras kuperum yang rendah. Kajian lain juga menunjukkan masalah ginjal bocor berkait rapat dengan obesiti.

Penyelidikan
yang dijalankan di Tunisia menunjukkan biji anggur yang kaya dengan antioksidan mampu membantu menyingkirkan lemak yang berkumpul di dalam ginjal, dan ini membolehkan ginjal berfungsi dengan lebih baik daripada sebelumnya.

Oleh itu, pengambilan suplemen ekstrak biji anggur dipercayai dapat mencegah pengumpulan lemak bahaya di ginjal yang boleh mengganggu fungsi ginjal yang normal.

Selain itu, ekstrak biji anggur juga mampu membantu menjaga kapilari darah dan seterusnya melancarkan sistem peredaran darah.



Sumber

Tuesday, March 19, 2013

CUACA PANAS: NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI...



Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.


Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:


Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Penghidap penyakit sistem pernafasan.
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.


Gejala cuaca panas melampau adalah :


Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah


Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu :





Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Kerap berehat
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar


4.2 Elakkan:


Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
Bersenam dalam cuaca panas


Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;


Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal


sumber: malaysia.gov.my

Saturday, March 16, 2013

MINUMAN RED BULL...PEMBUNUH PERLAHAN?




Jenama minuman "Red Bull"
dipasarkan di seluruh dunia sebagai minuman untuk menghasilkan tenaga segera yang diperlukan oleh golongan tertentu seperti atlet (ahli sukan), remaja yang aktif, memulihkan orang yang koma, dan lain-lain. Minuman ini dianggap sebagai pembunuh perlahan, dan kesannya lebih teruk kepada remaja. Sehubungan itu, Peranchis dan Denmark telah mengambil langkah mengharamkan Red Bull dipasarkan di negara mereka.

Sebenarnya Red Bull direkacipta bagi merangsang otak yang lemah bagi sesiapa yang memerlukannya, dan ia tidak sepatutnya dijadikan minuman harian oleh semua orang. Minuman Red Bull ini mula dicipta oleh Dietrich Mateschitz yang berasal dari Austria. Formula asasnya ialah Kafein dan taurine. Pengeluar Red Bull ini mendakwa bahawa Red Bull mampu menambah daya konsentrasi dan menjalankan sebarang reaksi yang pantas kerana tenaga yang dihasilkan memang sangat banyak. Selain itu, Red Bull ini juga dikatakan dapat memperbaiki mood yang kurang baik.


Kenapa Red Bull Bahaya?

Red Bull ini mengandungi bahan campuran Glucuronolactone iaitu sejenis bahan kimia berfungsi sebagai perangsang yang sangat bahaya, walaupun ia dapat merangsang otak dan bertindak seperti dadah yang mengkhayalkan. Orang yang selalu meminumnya mempunyai indeks kes migrain, tumor serebrum dan penyakit hati yang tinggi.


Apakah kesan minum Red Bull?

1. Sangat bahaya jika minum Red Bull tanpa melakukan aktiviti fizikal atau senaman selepas itu kerana tenaga yang dihasilkan akan mempercepatkan kadar denyutan jantung yang mana boleh menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

2. Risiko mengalami pendarahan di serebrum adalah tinggi kerana Red Bull mengandungi bahan yang mencairkan darah supaya jantung menggunakan tenaga yang kurang untuk mengepam darah.

3. Jangan sekali-kali campurkan Red Bull dengan alkohol kerana campuran ini akan menjadi "bom jangka" yang akan menyerang terus hati (hepa), di mana kawasan yang rosak itu tidak dapat diperbaiki lagi.

4. Satu daripada komponen utama Red Bull ialah vitamin 12 yang digunakan oleh pakar bagi memulihkan pesakit yang koma.

5. Red Bull yang diminum setiap hari akan mencetuskan simptom seperti penyakit saraf yang tidak mungkin boleh dibaiki dan penyakit-penyakit berkaitan neuron yang lain.

* Memandangkan kepada kesan buruk daripada Red Bull, wajarkah semua negara di dunia mengharamkannya?

 Kita sebagai individu pun perlu menghindari daripada mengambil minuman tenaga Red Bull ini.



sumber: sitik's

Wednesday, March 13, 2013

DI BALIK SERUMPUN SERAI....




Serai dianggap diuretik, tonik dan perangsang. Ia menggalakkan penghadaman yang baik, dan penyediaan serai dengan lada telah digunakan untuk melegakan masalah haid dan rasa loya. Ia mendorong pengeluaran peluh, untuk menyejukkan badan dan mengurangkan demam. Ianya terkenal sebagai penghalau serangga(citronella) dan minyak patinya digunakan dalam menghasil minyak wangi.

Serai (Cymbopogon ciatrus) juga dikenali sebagai Rumput citronella, Rush Sweet atau Demam. Ia adalah herba ajaib dengan beberapa nilai-nilai terapeutik dan kuasa penyembuhan.
Manafaat kesihatan serai merangkumi pelbagai ciri terapeutik dan tindakan penyembuhan dari herba ini, termasuk diuretik, antiseptik, analgesik, pengeluar angin, penenang saraf, galactogogue, tonik, sedatif, antidepresan, penghalang bakteria, penghapus kulat, antimikrobial, penurun panas badan, astringen, menghapus bauan busuk (deodoran) dan banyak lagi yang lain.

Yang pasti, faedah serai diperolehi daripada kandungan yang sangat kaya dengan ubatan herba: terutamanya antioksidan, beta karotena dan vitamin lain, sejumlah unsur-mikro (microelemen) dan lain-lain nutrisi. Senarai kegunaan perubatan herba ini diantaranya :


1) Serai telah berabad-abad lamanya digunakan sebagai perangsang sistem imun yang berkesan dan sebagai pencegah gangguan dan penyakit-penyakit serius.

2) Herba semulajadi ini dapat membantu mencegah pelbagai masalah bersangkutan pencernaan termasuk gastroenteritis, senak, hilang selera makan, angin, kembung perut dan sebagainya.

3) Produk serai boleh digunakan untuk merangsang peredaran darah dan merendahkan tekanan darah.

4) Salah satu daripada manafaat serai untuk kesihatan yang paling penting ialah merendahkan paras kolesterol LDL dalam darah.

5) Penyelidikan menunjukkan bahawa serai mempunyai kuasa anti-kanser yang besar dan boleh melindungi terhadap beberapa jenis kanser termasuk kanser kolon.

6) Manafaat serai termasuk ciri-ciri antibakteria dan antikulat.

7) Ini adalah salah satu remedi herba yang boleh digunakan untuk mengurangkan demam. Di samping itu, penyembuhan yang menggandungi serai berkesan dalam merawat batuk, selsema, bronkitis dan penyakit-penyakit lain.

8) Penggunaan infusi serai dan minyak serai dapat mengurangkan keterukan sakit artritis dan reumatisme.

9) Manfaat kesihatan diuretik serai dapat membantu memperbaiki fungsi buah pinggang dan pundi kencing, serta merangsang detoksifikasi dan mempercepatkan penyingkiran toksin daripada badan.

10) Herba serai boleh digunakan untuk melega gejala tekanan seperti ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, dan sebagainya.

11) melegakan insomnia dan gangguan tidur.

12) Herba serai disyorkan kepada wanita yang mengalami PMS yang teruk atau gangguan pusingan haid.

13) Serai dapat digunakan bagi menyelaras (toning) otot dan tisu.

14) Manafaat serai termasuk kesan positif rawatan keatas kulit: mencegah radang kulit, membantu menghilangkan radang bintik, jerawat, meredakan kesakitan ekzema, dermatitis dan sebagainya.
v penghalau nyamuk / penyembur kimia
: Banyak dikomesialkan sebagai minyak Citronella dan lilin untuk menghalau serangga, nyamuk dan pengharum rumah.

15) Perisa Makanan
: Minyak Citronella juga digunakan sebagai agen perasa makanan, minuman, barang-barang bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu gelatin dan puding.

16) Veterinar
: Minyak sebagai sebahagian dari komponen bahan menghalang anjing dari mengawan.

17) Aromaterapi
: Juga digunakan dalam aromaterapi.


Sumbangan Dalam Banyak Kegunaan





Serai mempunyai banyak kegunaan. Di antaranya ialah:-


Daun

• Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing.
• Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
• Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
• Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi


Batang dan akar pokok serai digunakan untuk:-
• Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).
• Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
• Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan pemakanan.
• Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.
• Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
• Pencegah nyamuk dan gigitan bisa.
• Di jadikan bahan wangian, syampu dan losyen.
Bunga Serai sering di gunakan bagi:-
• Pencegahan kehamilan manusia dan binatang.
• Penyegar dan pelembab kulit (awet muda).
• Kesihatan dan kesegaran rahim


LAGI KHASIAT SERAI


Berikut ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:

- Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

- Ubat gangguan pencernaan
Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

- Detoksifikasi
Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

- Manfaat pada sistem saraf
Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

- Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.

- Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.

- Kulit cantik
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

- Kesihatan wanita
Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

_ Menyegarkan dan Menyejukan

Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.


Sumber: herbadantumbuhan.blogspot.com

Tuesday, March 12, 2013

PERHATIAN SI PERUT BOROI....




Perut boroi
menjejaskan penampilan. Malah, beberapa jenis penyakit turut berselindung di sebalik perut buncit itu yang mana saiznya tidak sepadan dengan keseluruhan tubuh pemiliknya.

Menurut pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal, lemak yang menyebabkan kebuncitan pada perut sebenarnya terdiri daripada dua jenis.
Pertama, lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit atau yang biasanya dipanggil lemak subkutaneus.
Kedua, lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut, yang dikenali sebagai lemak viseral.

Lemak viseral
yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal (vena besar yang membawa darah dari usus ke hati). Lemak ini tahan dengan kesan insulin (hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat). "Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, maka semakin buncitlah orang itu," ujarnya. Beliau menegaskan yang jumlah lemak viseral adalah berkait langsung dengan tahap kebuncitan perut.


Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu juga menjelaskan bahawa antara kedua-dua jenis lemak itu, lemak viseral nyata lebih berbahaya. Ini kerana lemak viseral mempunyai kaitan dengan metabolisme seperti pertahanan insulin, diabetes, serta sistem peredaran darah.

Menurut doktor yang kini berkhidmat di Hospital Sari Asih, Tangerang itu lagi, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahanan insulin. Keadaan ini boleh membawa kepada beberapa penyakit. Antara penyakit yang mudah hinggap ialah sakit jantung, strok, beberapa jenis kanser, diabetes jenis 2, serta kekebalan insulin.
"Memang orang buncit berisiko besar mendapat pelbagai penyakit. Sebab itulah perut buncit adalah perkara yang perlu dirisaukan," tegasnya.

Bagaimana mengatasinya? Berikut adalah beberapa tip daripada Dr. Selfie:

1. Makan lemak sihat
Percaya atau tidak, program diet rendah lemak tidak akan menghilangkan perut buncit. Perkara itu didedahkan oleh Profesor Dr. Mehmet Oz, dari Colombia University. Sebenarnya perkara yang harus dilakukan ialah berhenti makan nasi putih dan menggantikannya dengan roti gandum murni. Makanlah lemak sihat seperti avokado dan minyak zaitun.

2. Turuti keinginan tubuh

Kajian American Journal of Clinical Nutrition mendapati, jika seseorang memenuhi keinginan tubuhnya ketika lapar, dia akan cenderung makan lebih sedikit dalam tempoh tertentu. Apabila seseorang mengidam untuk makan burger keju, dia mungkin akan makan burger keju selama beberapa hari sebelum akhirnya tubuh akan berasa bosan dan mengurangkan keinginan terhadap makanan itu. Namun pastikan saiz hidangannya tidak berlebihan.






3. Kurangkan saiz hidangan
Kajian oleh seorang pembantu profesor pemakanan di University of Illinois, Chicago, Krista Varady, mendapati orang yang mengurangkan jumlah hidangan hariannya sehingga 25 peratus, akan kehilangan berat badan sehingga 15 kg dalam 8 minggu. Makan secara terkawal pada hujung minggu juga dapat membantu seseorang mengurangkan berat badan.

4. Senaman sit-up tidak menghilangkan lemak

Sebanyak mana pun sit-up yang anda lakukan, ia tidak akan menyingkirkan lemak di perut. Sit-up akan menguatkan otot namun lemak sukar terbakar hanya dengan senaman itu. Sebaliknya, lakukan latihan menyeluruh di otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada agar proses pembakaran lemak lebih optimum.

5. Banyakkan senaman kardio
Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan beban, maka seterusnya lakukanlah senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak. Berlari atau melakukan senaman aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan dengan syarat pengambilan lemak buruk dihentikan.

6. Jangan kurang / lebih tidur

Kurang tidur akan membuatkan kadar metabolisme tubuh berkurangan sekali gus menyukarkannya membakar lemak. Manakala tidur berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak. Kedua-duanya mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.

7. Berhenti minum minuman bersoda (termasuk soda berlabel "Diet")
Kajian selama 10 tahun oleh University of Texas mendapati mereka yang kerap minum soda diet menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak minum minuman itu. Ini kerana pemanis tiruan dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Gantilah minuman ini dengan teh atau air lemon kosong.

8. Bertafakur
Tahukah anda, ketika berdoa dan bertafakur, pengeluaran hormon stres kortisol akan berkurangan? Ya, inilah hormon yang menyebabkan perut buncit. Jadi, hindarilah stres, perbanyakkan berdoa dan bertafakur untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Walaupun hanya 15 minit setiap hari, ia sudah cukup membantu.

9. Gula yang sihat
Makan makanan manis sudah menjadi budaya orang Malaysia, namun biarlah manis yang sihat. Buah-buahan mengandungi gula semula jadi, begitu juga madu. Apabila makan makanan yang mengandungi gula seperti kerepek dan nasi putih, sebahagian besar kalori yang dimakan akan berubah menjadi lemak di perut.

10. Bersenam secara bijak, bukan secara keras

Apabila lemak di perut kian berkurangan, maka tibalah masanya untuk memulakan senaman perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan melakukannya. Otot perut yang mantap akan membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar.

sumber: yahoo.com


Monday, March 11, 2013

TIMUN, PENGUBATAN ALAMI...


Selama ini, mungkin, kita hanya tahu timun sebagai sayuran dan pelengkap makanan. Padahal, banyak manfaat yang dikandung oleh sayuran ini, baik untuk kecantikan maupun kesihatan. Berikut ini pemaparannya sebagaimana pernah dimuat dalam Majalah Hidayatullah.

Di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sayuran ini sudah digunakan  sebagai salah satu bahan untuk kesihatan. Biasanya, timun dikombinasi dengan kurma segar untuk menjaga keihatan. Dalam sebuah Hadits disebutkan bahwa Rasulullah SAW sering melakukannya.

Dari Aisyah bahwasanya,

“Rasulullah sering makan timun dicampur dengan kurma basah.” (Riwayat Tirmidzi)

Selain untuk menjaga kesihatan, kombinasi keduanya juga untuk meningkatkan berat badan dan mengubah bentuk tubuh yang semula kurus kering   menjadi lebih berisi.

Silakanlah , sesiapa yang rasa dia kurus sangat tu. Insya Allah kalau rajin ada hasilnya...

sumber: Dunia Islam

Wednesday, March 6, 2013

DIABETES : PENCEGAHAN AWAL....



Walaupun ia secara meluas dipercayai bahawa diabetes/ kencing manis  jenis 2  adalah hasil daripada interaksi yang kompleks antara faktor genetik dan persekitaran, bukti yang menarik daripada kajian epidemiologi menunjukkan bahawa wabak kencing manis di seluruh dunia semasa adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh perubahan dalam diet dan gaya hidup.

Kajian kelompok berprospek  dan ujian klinikal rawak telah menunjukkan bahawa diabetes jenis 2 boleh dielakkan sebahagian besarnya melalui pemakanan sederhana dan pengubahsuaian gaya hidup.

Kegemukan  berlebihan adalah faktor risiko yang paling penting untuk kencing manis, dan dengan itu, mengekalkan berat badan yang sihat dan mengelakkan berat badan semasa dewasa adalah asas pencegahan kencing manis.

Meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan tingkah laku yang tidak aktif seperti menonton TV yang berpanjangan adalah penting untuk mengekalkan berat badan dan meningkatkan sensitiviti insulin.

Terdapat bukti yang semakin meningkat bahawa kualiti lemak dan karbohidrat memainkan peranan yang lebih penting daripada kuantiti, dan dengan itu, strategi kesihatan awam perlu menekankan menggantikan lemak tepu dan trans dengan lemak tak tepu dan menggantikan produk bijian halus dengan bijirin. Kajian terbaru juga telah mencadangkan peranan berpotensi untuk kopi, susu, kacang, magnesium, dan kalsium dalam mencegah kencing manis.

Secara keseluruhan, diet yang sihat, bersama-sama dengan aktiviti fizikal yang kerap, penyelenggaraan berat badan yang sihat, pengambilan alkohol yang sederhana / langsung tidak, dan mengelakkan tingkah laku sedentari/ tidak bergerak,  dan merokok, hampir boleh menghapuskan diabetes jenis 2.

Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang yang luas antara apa yang kita tahu dan apa yang kita amalkan dalam bidang kesihatan awam; bagaimana untuk merapatkan jurang yang kekal  kesihatan awam yang utama.

sumber: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15760297

Saturday, March 2, 2013

3 ALASAN SARAPAN DENGAN PISANG....



Manis dan mengenyangkan.

Pisang memang mengandung karbohidrat yang cukup tinggi. Namun, itu bukan alasan untuk tidak mengkonsumsinya. Justeru buah berwarna kuning ini merupakan pilihan tepat untuk memulakan aktiviti.

Kandungan serat dan nutrisinya yang sangat tinggi sangat baik untuk tubuh anda. Konsumsi saja pisang di pagi hari sebagai menu sarapan dan dapatkan tiga keuntungan berikut.

Mengatasi lelah
Pisang kaya dengan  kalium, mineral penting untuk menjaga kesihatan jantung dan menstabilkan tekanan darah. Pengambilan  kalium sangat penting untuk membantu mengatasi kram otot dan kelelahan.

Pisang
juga merupakan sumber vitamin B6 yang berfungsi meningkatkan fungsi otak dan saraf. Sehingga sangat sesuai  jadi menu sarapan anda.


Menenangkan perut
Perut seringkali bermasalah pada pagi hari dan terasa mulas. Untuk meredakannya, anda boleh  mengkonsumsi pisang. Pisang memiliki sifat antacid yang boleh  mengatasi sakit perut. Pisang, seperti dijelaskan  dari Fit Sugar, juga mengandung pektin, serat larut yang dapat membantu menormalkan pencernaan dan menyembuhkan sembelit.

Rendah kalori
Bagi anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, jadikan saja pisang sebagai snek/makanan ringan . Kalorinya tak terlalu tinggi, satu biji  pisang mengandung sekitar 100 kalori. Kerana mengandung serat, pisang akan membuat anda kenyang lebih lama dan mencegah makan berlebihan. Pisang dapat anda konsumsi sebagai makanan ringan sebelum berolahraga. Anda dapat mengkonsumsinya dengan menambahkan satu sendok agar-agar kacang atau dibuat smoothie

sumber:  zilzaal