Wednesday, March 27, 2013

4 RAWATAN SEMULAJADI TOMPOK HITAM...



Apabila umur semakin meningkat, dalam umur pertengahan, kebanyakan orang mempunyai tompok hitam atau dikenali juga sebagai jeragat di muka.

Tompok hitam (jeragat) di muka terjadi disebabkan oleh pertambahan pengeluaran melanin di kawasan muka. Melanin ini dihasilkan oleh melanosit di lapisan bawah epidermis kulit. Sinar UV matahari merangsang aktiviti melanosit menyebabkan melanin yang dihasilkan lebih banyak dan padat di sesuatu kawasan muka berbanding kawasan di sekelilingnya. Semakin banyak melanin dihasilkan semakin jelas kelihatan tompok hitan di muka, selalunya di kawasan pipi.

Di antara sebab terjadinya tompok hitam di muka, ialah:

1. Terdedah kepada sinar UV matahari dalam tempoh yang agak lama

Bagi menghindari terjadinya tompok hitam ini jangan terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari, Jika terpaksa berada di bawah matahari, jangan lupa guna pakaian yang menutup kulit dengan sempurna, cermin mata hitam dan sapu krim pelindung sinar UV. Gunakan krim pelindung sinar UV (sunscreen) sepanjang masa dengan SPF sekurang-kurangnya 15 (sebaik-baiknya gunakan SPF 30 atau lebih bagi mendapatkan perlindungan yang lebih baik daripada sinar UV yang merosakkan).

2. Kesan daripada penggunaan losyen pemutih muka.

3. Keradangan kulit

Ini terjadi apabila kulit tercedera, terluka, terbakar, terdedah kepada bahan kimia bahaya, atau disebabkan oleh kesan jerawat, ekzema dan psoriasis. Ini juga dikenali sebagai hiperpigmentasi pasca-keradangan.

4. Pengambilan hormon

Sesetengah wanita yang mengambil hormon, seperti pil perancang keluarga, terapi hormon, atau kerana sesuatu penyakit juga mengalami pigmentasi di muka. Ini kerana hormon ini menghasilkan fenomena melasma atau kecelaruan pigmentasi. Melasma ini juga selalu dikaitkan dengan kehamilan, dan selalunya akan hilang selepas bersalin.

5. Pengambilan ubat

Tompok hitam (pigmentasi) ini juga mungkin merupakan simptom bagi penyakit autoimun, gastrointestine atau rawatan hormon, antibiotik atau sebagainya.



Di antara rawatan semulajadi di rumah bagi mengurangkan tompok hitam di muka yang boleh diamalkan ialah:

1. Jus lemon, madu dan gula

Jus lemon mampu mencerahkan tompok hitam, madu pula menjadi pelembab kulit bagi melindungi kerosakan kulit. Campurkan kedua-dua bahan ini dan masukkan cairan gula ke dalamnya. Buat pes (paste) dan tempekkan di kawasan tompok hitam. Biarkan lebih kurang 30 minit, kemudian bilas muka. Lakukan sekali sehari.

2. Enzim buah-buahan

Gunakan pes buah-buahan yang berlainan setiap hari dan tempekkan pada tompok hitam, biarkan selama 15 minit dan kemudian bilas. Caranya:

a. Lenyek strawberry dan aprikot yang telah dibuang kulit untuk dijadikan pes.
b. Jus nenas dan betik.
c. Kisar parsley segar dan campurkan dengan jus limau dan kunyit, dengan jumlah yang sama banyak.

3. Sayur-sayuran


Gunakan mana-mana campuran sayur-sayuran berikut:

a. Bawang dan cuka epal - tempekkan pada tompok hitam, biarkan selama 30 minit, bilas dan ulang selama 6 hari berturut-turut.
b. Lenyek 1/2 cawan kacang pea dalam tin dengan sedikit air suam untuk dijadikan pes. Tempekkan pes ini pada tompok hitam, biarkan 30 minit dan kemudian bilas.

4. Produk tenusu

Sapu susu masam atau buttermilk ke atas tompok hitam di muka dengan kapas. Sediakan campuran jus limau dan yogurt atau campuran susu dan mustard kuning, kemudian dikisar bagi membuat pes yang nipis. Tempekkan pada tompok hitam di muka, biarkan selama 20-30 minit dan kemudian dibilas.

Selamat mencuba...


via:  sitik,s
Sumber

No comments:

Post a Comment