Serai dianggap diuretik, tonik dan perangsang. Ia menggalakkan penghadaman yang baik, dan penyediaan serai dengan lada telah digunakan untuk melegakan masalah haid dan rasa loya. Ia mendorong pengeluaran peluh, untuk menyejukkan badan dan mengurangkan demam. Ianya terkenal sebagai penghalau serangga(citronella) dan minyak patinya digunakan dalam menghasil minyak wangi.
Serai (Cymbopogon ciatrus) juga dikenali sebagai Rumput citronella, Rush Sweet atau Demam. Ia adalah herba ajaib dengan beberapa nilai-nilai terapeutik dan kuasa penyembuhan.
Manafaat kesihatan serai merangkumi pelbagai ciri terapeutik dan tindakan penyembuhan dari herba ini, termasuk diuretik, antiseptik, analgesik, pengeluar angin, penenang saraf, galactogogue, tonik, sedatif, antidepresan, penghalang bakteria, penghapus kulat, antimikrobial, penurun panas badan, astringen, menghapus bauan busuk (deodoran) dan banyak lagi yang lain.
Yang pasti, faedah serai diperolehi daripada kandungan yang sangat kaya dengan ubatan herba: terutamanya antioksidan, beta karotena dan vitamin lain, sejumlah unsur-mikro (microelemen) dan lain-lain nutrisi. Senarai kegunaan perubatan herba ini diantaranya :
1) Serai telah berabad-abad lamanya digunakan sebagai perangsang sistem imun yang berkesan dan sebagai pencegah gangguan dan penyakit-penyakit serius.
2) Herba semulajadi ini dapat membantu mencegah pelbagai masalah bersangkutan pencernaan termasuk gastroenteritis, senak, hilang selera makan, angin, kembung perut dan sebagainya.
3) Produk serai boleh digunakan untuk merangsang peredaran darah dan merendahkan tekanan darah.
4) Salah satu daripada manafaat serai untuk kesihatan yang paling penting ialah merendahkan paras kolesterol LDL dalam darah.
5) Penyelidikan menunjukkan bahawa serai mempunyai kuasa anti-kanser yang besar dan boleh melindungi terhadap beberapa jenis kanser termasuk kanser kolon.
6) Manafaat serai termasuk ciri-ciri antibakteria dan antikulat.
7) Ini adalah salah satu remedi herba yang boleh digunakan untuk mengurangkan demam. Di samping itu, penyembuhan yang menggandungi serai berkesan dalam merawat batuk, selsema, bronkitis dan penyakit-penyakit lain.
8) Penggunaan infusi serai dan minyak serai dapat mengurangkan keterukan sakit artritis dan reumatisme.
9) Manfaat kesihatan diuretik serai dapat membantu memperbaiki fungsi buah pinggang dan pundi kencing, serta merangsang detoksifikasi dan mempercepatkan penyingkiran toksin daripada badan.
10) Herba serai boleh digunakan untuk melega gejala tekanan seperti ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, dan sebagainya.
11) melegakan insomnia dan gangguan tidur.
12) Herba serai disyorkan kepada wanita yang mengalami PMS yang teruk atau gangguan pusingan haid.
13) Serai dapat digunakan bagi menyelaras (toning) otot dan tisu.
14) Manafaat serai termasuk kesan positif rawatan keatas kulit: mencegah radang kulit, membantu menghilangkan radang bintik, jerawat, meredakan kesakitan ekzema, dermatitis dan sebagainya.
v penghalau nyamuk / penyembur kimia
: Banyak dikomesialkan sebagai minyak Citronella dan lilin untuk menghalau serangga, nyamuk dan pengharum rumah.
15) Perisa Makanan
: Minyak Citronella juga digunakan sebagai agen perasa makanan, minuman, barang-barang bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu gelatin dan puding.
16) Veterinar
: Minyak sebagai sebahagian dari komponen bahan menghalang anjing dari mengawan.
17) Aromaterapi
: Juga digunakan dalam aromaterapi.
Sumbangan Dalam Banyak Kegunaan
Serai mempunyai banyak kegunaan. Di antaranya ialah:-
Daun
• Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing.
• Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
• Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
• Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi
Batang dan akar pokok serai digunakan untuk:-
• Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).
• Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
• Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan pemakanan.
• Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.
• Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
• Pencegah nyamuk dan gigitan bisa.
• Di jadikan bahan wangian, syampu dan losyen.
Bunga Serai sering di gunakan bagi:-
• Pencegahan kehamilan manusia dan binatang.
• Penyegar dan pelembab kulit (awet muda).
• Kesihatan dan kesegaran rahim
LAGI KHASIAT SERAI
Berikut ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:
- Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.
- Ubat gangguan pencernaan
Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
- Detoksifikasi
Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.
- Manfaat pada sistem saraf
Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
- Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.
- Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.
- Kulit cantik
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.
- Kesihatan wanita
Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.
_ Menyegarkan dan Menyejukan
Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.
Sumber: herbadantumbuhan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment